Showing posts with label Ogos2010. Show all posts
Showing posts with label Ogos2010. Show all posts

Saturday, December 4, 2010

PROGRAM LESSON STUDY BAGI MATA PELAJARAN SEJARAH, BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS


TARIKH : 8-10 OGOS 2010
TEMPAT: SMK ALAUDDIN RIAYAT SHAH 1,PAGOH
BILANGAN: 75 ORANG GURU
VIP:PEGAWAI PEJABAT PELAJARAN DAERAH MUAR

Program ini diadakan untuk meningkatkan pengupayaan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru baru dan bukan opsyen yang mengajar mata pelajaran tersebut. Di samping itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik sekolah-sekolah yang mengambil bahagian di PPD Muar khususnya.Program ini juga memberi pendedahan dan keyakinan kepada guru-guru yang terlibat dalam program ini.Program ini dikendalikan oleh Guru-guru pakar mata pelajaran dari Negeri Johor,Melaka dan Selangor.Peserta peserta kursus dapat mewujudkan jaringan profesional dalam bidang masing-masing khususnya bersama denga moderator kursus.

Tuesday, August 24, 2010

MESYUARAT PENYELARASAN KUTIPAN DATA OPMEN BIL. 3/2010

PEGAWAI DATA OPMEN
PEMBENTANGAN DATA OPMEN

Tarikh : 23 - 26 Ogos 2010
Tempat : Hotel Federal, Kuala Lumpur
Bil Ahli : 23 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelarasan kutipan data OPMEN berakhir pada 31 Julai 2010. Penyelarasan ini perlu dilaksanakan bersama dengan semua JPN memandangkan banyak perkara-perkara seperti perlantikan/pergerakan pegawai dan kedudukan terkini terhadap operasi sekolah setiap negeri terutama berhubung dengan perjawatan di semua negeri di seluruh negara. Verifikasi data bersama dengan JPN juga akan dapat menentukan bilangan pengisian guru dan keperluan guru. Pembentangan hasil verifikasi data telah dilaksanakan bersama dengan semua Ketua Unit sektor Pengurusan Sekolah semua JPN seluruh negara dan semua negeri akur dan mengesahkan data yang dilaporkan adalah benar bagi Data pada 31 Julai.

MESYUARAT PROFESIONALISME PENGURUSAN KETUA UNIT MENENGAH BIL. 3/2010


Tarikh : 23 - 26 Ogos 2010
Tempat : Hotel Federal .Kuala Lumpur
Bil Ahli : 46 Orang ( JPN dan BPSH(Menengah)
VVIP : Timbalan Pengarah (Sekolah) BPSH

Mesyuarat adalah bertujuan menyelaraskan beberapa perkara berhubung dengan pengurusan sekolah Jbtan Pelajaran Negeri bersama dengan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian( Menengah). Perkara-perara yang menjadi fokus dan agenda dalam mesyuarat ialah:

1. Pengurusan Pengetua Cemerlang
2. Perlaporan Status perbelanjaan (Redeployment dan Penempatan)
3. Pengurusan Penempatan Guru
4. Pengurusan Pertukaran Guru
5. Pengurusan Seminar Menengah/isu-isu penempatan
6.Pengurusan Data OPMEN
7. Pengurusan Data Operasi

Mesyuarat juga mengambil maklum tentang beberapa perkara berhubung dengan pelbagai isu dan perkara-perkara berbangkit dengan semua JPN. Mesyuarat akan dirasmikan oleh tuan KPP Menengah En Aidie Bin Haji Jantan.

Wednesday, August 18, 2010

MESYUARAT PENGURUSAN GURU MPV BIL 1/2010 BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN BERSAMA JABATAN PELAJARAN NEGERI


Tarikh : 17 - 19 Ogos 2010
Tempat : Hotel Goldcourse, Kelang, Selangor
Bilangan Ahli : 20 Orang ( 16 JPN dan 4 Pegawai KPM)
Mesyuarat adalah bertujuan bagi menyelaras data guru MPV( Mata Pelajaran Vokasional) seluruh negara, Bahagian pengurusan Sekolah Harian dan JPN. Data ini akan dignakan bagi tujuan data sepadu terkini guru MPV bagi negeri dan khusus bagi tujuan Pertukaran dan Penempatan guru MPV bagi sesi Januari 2011. Penyelarasan ini bertujuan bagi memastikan pertukaran da penempatan guru MPV meepati kehendak sekolah dan mengikut keperluan sebenar sekolah.