Showing posts with label Nov2011. Show all posts
Showing posts with label Nov2011. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

PERSIDANGAN MEMPERKASAKAN PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH KALI Ke - 2 TAHUN 2011

En Aidie Bin Haji Jantan
KPP Sektor Menengah


YBhg. Tan Sri Musa Bin Tan Sri Dato' Haji Hassan
Penagarah Perang Saraf Media & Informasi UITM
Mantan Ketua Polis Negara )


YB. Dato' Saifuddin Bin Abdullah
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

YB. Dato' Saifuddin Bin Abdullah
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

YAB Dato' Sri Idris Bin Jusoh
Mantan Menteri Besar Terengganu(Pengerusi MARA)




Tarikh : 20 - 23 November 2011
Tema : Tranformasi Pendidikan Pengurusan Menengah
Tempat : Kuala Lumpur International,Hotel
Bil Ahli : 250 Peserta Jemputan Seluruh Negara
VVIP : Datuk Sri Ghafar Bin Mahmud ( KPPM)

MESYUARAT PENYELARASAN DATA OPMEN BIL. 4/2011 BPSH BERSAMA SEMUA JABATAN PELAJARAN NEGERI





Tarikh : 29 - 01 Dis 2011
Tempat : Hotel Legacy Avilion, Melaka
Bil Ahli : 45 Orang



Mesyuarat adalah bagi menyelaras data OPMEN pada peringkat KPM berdasarkan kepada data berakhir pada 31 Oktober 2011. Berdasarkan kepada makluman dan data ini BPSH akan dapat melaksanakan beberapa keputusan yang penting berkaitan dengan kedudukan guru mengikut semua negeri bagi tujuan pengisian guru pada 3 Januari 2012. Selain itu beberapa makluman penting yang menjadi agenda BPSH setiap kali kutipan data dapat digunakan selepas makluman berkaitan kedudukan data dapat disahkan oleh semua JPN bersama dengan BPSH.
Makluman awal ini sanagt penting bagi menentukan keperluan guru pada awal sesi persekolahan Januari 2012, selain itu makluman berkaitan dengan kedudukan guru selepas pertukaran guru bagi sesi Jun 2011.

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PERSIDANGAN MEMPERKASA PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH KE-2 TAHUN 2011



Tarikh : 20 – 21 November 2011
Tempat : Kuala Lumpur International Hotel. Kuala Lumpur
Tema : Transformasi Pendidikan Pengurusan Sekolah Menengah
Peserta : 16 orang Ketua Unit JPN & 3 orang dari BPSH

Tujuan :



Mesyuarat JK Pelaksana ini diadakan bertujuan untuk membuat persiapan akhir dan meneliti tahap kesediaan JK Pelaksana Persidangan Memperkasa Pengurusan Sekolah Menengah Kali Ke-2 Tahun 2011 dalam melaksanakan persidangan. Mesyuarat pada kali ini juga akan melaksanakan 3 kali Sesi raptai bagi majlis perasmian dan penutupan persidangan serta melihat kelancaran perjalanan persidangan.

Setiap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Persidangan Memperkasa Pengurusan Sekolah Menengah Kali Ke-2 Tahun 2011 diminta melaporkan status persediaan meraka dalam melaksanakan tugas masing-masing. Ahli mesyuarat juga membincangkan Isu dan masalah yang timbul serta mencari jalan penyelesaian bagi memastikan kelancaran persidangan

Jawatankuasa Pelaksana juga sekali lagi mengadakan mesyuarat dan mendapat maklumat akhir daripada pihak hotel dan seterusnya bertindak menyiap tempat persidangan dengan semua keperluan, Sesi raptai telah diadakan sebanyak tiga kali bagi memastikan kelancaran persidangan tersebut.

MESYUARAT PROFESIONALISME KETUA UNIT MENENGAH BIL. 4/2011



Tarikh : 29 November – 1 Disember 2011
Tempat : Avalion Legacy, Melaka


Peserta : 16 orang Ketua Unit dari JPN & 4 orang Urus Setia

Tujuan :

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk meneliti pencapaian tahun 2011 dan merancang serta menyelaras pelaksanaan pengurusan menengah di BPSH, KPM bersama Unit Menengah di semua Jabatan Pelajaran Negeri bagi tahun 2012 . Mesyuarat juga akan membincang beberapa tindakan seperti senarai perbincangan di bawah.
Slot Perbincangan :

1. Mesyuarat Profesioonalisme Ketua Unit Menengah Bilangan 4/2011
2. Bil/Status guru sandaran tidak terlatih (COS) 2011dan Bil/Status guru kontrak (CFS) 2011
3. Bil guru yang akan bersara 2012 (pegawai yang tidak memilih opsyen umur 60 tahun)
4. Bil/status guru ganti (OS29000) : guru ganti (2011) : Anggaran guru ganti (2012)
5. Data guru mata pelajaran Sejarah : Bil. yang mengajar matapelajaran Sejarah : Bil yang tidak mengajar matapelajaran Sejarah
6. Penempatan 2012 – peruntukan kewangan (Cadangan penempatan Januari 2011,1400 orang)
7. Isu ketirisan maklumat sulit (pertukaran dan penempatan guru)
8. Laporan maklum balas dan penambahbaikan Persidangan Pengurusan SM Kali Ke-2 Tahun 2012 dalam mesyuarat Post Mortem
9. Sesi Perbengkelan dapatan persidangan untuk dijadikan plan strategik pengurusan Menegah
10. Cadangan perubahan dasar penempatan dan pertukaran guru (arahan YAB Menteri Pelajaran)
11. Cadangan Jawatankuasa Pelaksana Pemantauan Perakuan Menangani Beban Tugas Guru dan tugasan jawatankuasa

Untuk melangkapkan pengurusan menengah di BPSH dan JPN pihak urus setia juga menjemput dua orang penceramah iaitu:
i. Encik Yuswan bin Yunus dari SPP – Tajuk Pelaksanaan Perlantikan Guru Sandaran Terlatih Tahun 2011 dan 2012.
ii. Dr. Jafri Abu dari BPSH – Tajuk pelaksanaan OBB Dalam Pengurusan Penempatan dan Pertukaran Guru.

Secara keseluruhannya mesyuarat ini telah dapat mencapai objektif untuk memastikan pengurusan guru dikemaskini dan buat penambahbaikan.