Showing posts with label Julai2010. Show all posts
Showing posts with label Julai2010. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

MESYUARAT PENYELARASAN AKADEMIK TINGKATAN ENAM BIL.6/2010



TARIKH : 7 JULAI 2010
TEMPAT : CHERATING BAY RESORT, PAHANG

Mesyuarat dihadiri oleh Semua Pegawai Pengurusan dan Akademik JPN. Turut serta adalah pegawai MPM untuk menerangkan Sistem Modular yang kemungkinan diperkenalkan kepada murid Tingkatan Enam Bawah 2011.

Pengumpulan Data KPT6 30 Jun telah dilakukan. Pegawai-pegawai juga diingatkan sekali lagi agar data yang berkaitan Tingkatan Enam perlu dihantar tepat pada masanya bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Syarat-Syarat kelayakan Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam perlu dibuat penambahbaikan supaya kemasukan murid dapat dijalankan lebih lancar.

Saturday, December 4, 2010

KARNIVAL PRA-U SEKOLAH-SEKOLAH TINGKATAN ENAM 2010


Penyerahan Resolusi Tingkatan Enam kepada Y.Bhg.Dato' Noor Rezan bt. Bapoo Hashim


Aktiviti Eksplorasi Minda di tepi pantai



Bahas Mini-Parlimen di Dewan Cherating Bay Resort, Kuantan, Pahang

TARIKH : 5-8 JULAI 2010
TEMPAT : CHERATING BAY RESORT, PAHANG

Karnival ini disertai oleh 602 orang peserta termasuk 50 orang urusetia. Dengan tema”Pra-U Pemangkin Kecemerlangan Masa Depan” ia dijalankan dengan merangkumi beberapa aktiviti-aktiviti mengikut konsep karnival. Antaranya ialah Kolokium penyelidikan dan kajian, bahas mini parlimen, mengacara majlis, eksplorasi minda, jati diri, ‘team-building’ wacana ilmu, selangkah menuju puncak menara dan ceramah kenegaraan.

Objektif karnival ini adalah untuk menyediakan bakal mahasiswa dan mahasiswi yang berdaya maju, berinovasi, berdikari, bertanggungjawab, berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kurikulum dan kokokurikulum. Karnival ini juga diharapkan dapat memberikan pendedahan dan pengalaman kepada peserta tentang aspek pengurusan masa, pengurusan majlis, perdebatan/perbahasan dan pengucapan awam.

Selain itu, ia dapat menyediakan bakal mahasiswa dan mahasiswi dengan semangat kerjasama, motivasi, keyakinan dan menanamkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan yang pelbagai serta menghormati pegangan kepercayaan masing-masing.

Tuesday, August 17, 2010

PERSIDANGAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PENGETUA NEGERI SELANGOR


Tarikh : 29 Julai 2010
Tempat : Kelab Darul Ehsan, Shah Alam, Selangor
Bil Peserta : 250 Orang
Tetamu VIP : En. Sulaiman bin Wak, Pengarah JPN Selangor

Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Cawangan Selangor dengan kerjasama dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor menganjurkan Persidangan tersebut pada 29 Julai 2010 di 2 Jun – 24 Jun 2010 di Kelab Darul Ehsan, Shah Alam, Selangor. Persidangan pada tahun ini melibatkan seramai 250 orang Pengetua sekolah menengah seluruh Selangor yang bertemakan Pengetua Berkualiti Menjana Gagasan 1 Malaysia.

Thursday, July 22, 2010

LAWATAN KE SEKOLAH - SEKOLAH DI PEJABAT PELAJARAN DAERAH KOTA KINABALU, JABATAN PELAJARAN SABAH

SMK BADIN
MAKTAB SABAH

SMK PULAU GAYA

Tarikh : 22 - 23 Julai 2010
Tempat : SMK Pulau Gaya dan Maktab Sabah(KRK)
Bilangan Ahli : 8 Orang ( 5 BPSH dan 3 JPN Sabah)
Tetamu VVIP : KPP Menengah En Aidie Haji Jantan)

Sempena Program Orientasi GSST Bil.3/2010 ke negeri Sabah, Sektor Pengurusan Sekolah Menengah, BPSH.KPM mengmbil kesempatan untuk melawat ke beberapa buah sekolah berasarkan kepada beberapa kriteria yang dicadangkan, antaranya :-

a. SMK Pulau Gaya - Sekolah Pulau
b. Maktab Sabah - Kelas Rancangan Khas(KRK) dan Kaunseling
c. SM Tinggi Kota Kinabalu - Sekolah Premier
d. SMK Badin - Program Intergrasi Pend Khas, KAA, Tingkatan 6 dan KRK

Berdasarkan kepada maklumat dan daptan dari hsil lawatan akan digunakan sebagai penambahbaikkan kepada pengurusan guru menengah pada masa akan datang dari pelbagai aspek pengurusan dan guru.

MAJLIS ORIENTASI PENEMPATAN GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH GSST BIL 3/2010 BAGI NEGERI SABAH



Tarikh : 21 - 22 Julai 2010
Tempat : Promenade Hotel, Kota Kinabalu
Bil Ahli : 292 Orang GSST ( Semenanjung dan Sabah)
Tetamu VVIP : Timbalan Pengarah, Jab Pel Sabah.

Selepas selesai Program Orientasi di peringkat Kementerian Pelajaran semua Guru Sandaran Siswazah Terlatih telah bergerak mengikut negeri dan penerbangan ke Sabah dana Sarawak. Bagi penrbangan ke Sabah sebanyak 3 penerbangan bermula dengan S1 di ketuai/diiringi oleh En Ab Rahim Othman seramai 69 orang dan diikuti oleh S2 diiringi oleh En Aidie Bin Jantan(KPP Menengah) seramai 70 orang dan S3 di ketuai leh En Zanol Bin Haji Awang seramai 16 Orang. Semua GSST ddari semenanjung ke Sabah telah dikumpulkan di Promenade Hotel dan Majlis Perasmian Program dan Penyerahan GSST ke Jabatan Pelajaran Sabah telah di sempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah. Majlis berjalan lancar dan amat meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua calon GSST.. Selamat Bertugas diNegeri Dibawah Bayu..

Wednesday, July 21, 2010

MAJLIS ORIENTASI PENEMPATAN GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH GSST BIL 3/2010 KE SABAH DAN SARAWAK




Tarikh : 19 - 20 Julai 2010
Tempat : Hotel Goldcourse, Kelang Selangor
Bil Ahli : 300 Orang GSST dan 6 egawai BPSH
Tetamu VVIP : Timbalan Pengarah (Sekolah) Bhg Sekolah.

Majlis Orientasi Guru Sandaran Siswazah Terlatih bil.3/2010 telah dilaksanakan seperti masa dan tempat seperti diatas dan program ini adalah bertujuan untuk membuat penyelarasan penempatan bagi negeri Sabah , Sarawak dan WP Labuan. Selain sebagai pendedahan awal terhadap semua guru baru program ini juga adalah bertujuan untuk memberi gambaran dan persedian mental yang positif dan bersedia untuk penempatan bagi negeri Sabah, Sarawak terutamanya di sekolah-sekolah di kawasan pendalaman. Majlis ini telah dirasmikan oleh En Abdullah Bin Mad Yunus - Timbalan Pengarah (Sekolah) BPSH bagi mewakili pengarah Bahagian Sekolah, KPM.

Monday, July 12, 2010

Mesyuarat Pengurusan Profesional Majlis Pengetua Cemerlang Kebangsaan (MPCK) Bil.3/2010

Tarikh : 6 - 8 Julai 2010
Tempat : Hotel Seri Malaysia Genting Highlands, Pahang
Peserta Mesyuarat : Ahli EXCO Majlis Pengetua Cemerlang Kebangsaan (MPCK)

Perbincangan : Berikut ialah perkara-perkara yang bincangkan dalam mesyuarat tersebut.
1. Persediaan Persidangan MPCK Kali Ke-3
2. Aturan Pentadbiran Operasi Pengurusan Slot Sesi Selari Persidangan MPCK
3. Pelaksanaan Program Immersion Kepengetuaan
4. Hasil Pelaksanaan Program Jururunding Kepengetuaan
5. Buku Santapan Minda Siri II
6. Buku Amalan Pengurusan Terbaik Siri II
7. Peranan MPCK Dalam Pelaksanaan SIP
8. Perbincangan Perancangan Aktiviti Dan Program MPCK 2010