Showing posts with label Dis10. Show all posts
Showing posts with label Dis10. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH AMANAH KOHORT PERTAMA 2011

Tarikh : 10 Disember 2010
Tempat : Putrajaya
Bil Ahli :
VVIP : Menteri Pelajaran
Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, telah melancarkan 10 buah sekolah amanah, masing-masing lima di Johor dan Sarawak pada 10 Disember 2010 di Putrajaya. Ini merupakan inisiatif bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Khazanah Nasional Berhad bertujuan meningkatkan prestasi akademik dan bukan akademik sekolah menerusi konsep perkongsian awam-swasta (PPP).

Sekolah yang telah dipilih untuk menyertai projek rintis ini di bawah program Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan AMIR (sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional Berhad) ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Uda 2, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Kangkar Pulai, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semenchu, SMK Gelang Patah, SK Kampong Layau, SM Sains Kuching, SMK Bandar Kuching 2, SK Tabuan, SK Empila dan SK Combined.

Tuesday, January 11, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN TINGKATAN ENAM BIL.9/2010

TARIKH : 30 DISEMBER 2010
TEMPAT : BILIK MESYUARAT KEMBOJA, BPSH

Mesyuarat terakhir bagi tahun 2010 ini dihadiri oleh semua Bahagian yang berkaitan dengan Tingkatan Enam termasuklah pegawai dari MPM, BPG, BPM, BPSM (Cawangan Naik Pangkat Siswazah 1) dan BPSM (Cawangan Perjawatan dan Naziran). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh KPP SPSM, KPM.

Mesyuarat ini diadakan, hasil perbincangan dengan beberapa pegawai JPN berkaitan dengan perjawatan guru Tingkatan Enam.

Setiap bahagian menerangkan peranan masing-masing serta perancangan untuk tahun 2011. Banyak isu tentang guru dapat diselesaikan setelah perbincangan antara pegawai BPSM (Cawangan Naik Pangkat Siswazah 1) dengan pegawai-pegawai JPN dibuat.

Monday, December 6, 2010

MESYUARAT PENYELARASAN PENGURUSAN KETUA UNIT MENENGAH BIL4/2010



Tarikh : 07 - 10 Disember 2010
Tempat : Hotel Seaview Langkawi, Kedah
Bil Ahli : 20 Orang ( Ketua Unit Menengah )

Mesyuarat penyelarasan Ketua Unit Menengah adalah bertujuan dapat untuk membuat penyelarasan berkaitan pengurusan di unit menengah semua JPN berhubung dengan pengurusan Guru, Pelaporan, Penggal persekolahan 2011 dan berkaitan dengan pertukaran dan penempatan guru. Penyelarasan ini perlu memandangkan sesi persekolahan baru akan bermula tidak lama lagi. Jpn perlu memastikan bekalan guru kepada semua sekolah dibawah kawalan masing-masing mengikut keperluan sebenar.

MESYUARAT PENYELARASAN DATA OPMEN BIL. 4/2010




Tarikh : 07 - 10 Disember 2010
Tempat : Seaview, Langkawi Kedah
Bil Ahli : 35 Orang Pegawai Data JPN
VIP : KPP Menengah

Mesyuarat adalah bertujuan bagi menyelaraskan Data OPMEN bil4/2010 bersama dengan semua JPN seluruh negara. Mesyuarat juga adalah bertujuan bagi menyelaraskan ABM perjawatan bagi tahun 2011. Mesyuarat peneylarasan data ini penting bagi sektor menengah kerana akan diguna pakai sebagai data operasi bagi sesi Januari 2011. Bagi memastikan proses ini berjalan denganm lancar dan berkesan BPSH telah memaklumkan kepada semua JPN terutama kepada pegawai data negeri berhubung dengan perkara-perkara yang perlu dilaksanakan atau dibuat pengemaskinian.

Saturday, December 4, 2010

MESYUARAT PENGURUSAN DAN REFLEKSI SEKTOR MENENGAH 2010




Tarikh : 3 - 5 Disember 2010
Tempat : Tiara Beach Resort, Port Dickson
Bil Ahli : Semua Sektor Menengah BPSH
VIP : Ketua Penolong Pengarah


Mesyuarat adalah bertujuan bagi membincangkan pelaksanaan dan prestasi sektor menengah 2010 dan membincangkan takwim bagi sektor tahun 2011. Semua unit di sektor menengah terlibat dalam mesyuarat ini. Semua unit diminta membuat pelaporan dan prestasi unit bagi aktiviti tahun 2010 dan membincangkan perancangan bagi tahun 2011 bagi semua unit.