Showing posts with label Jun2011. Show all posts
Showing posts with label Jun2011. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA KALI KE-50 TAHUN 2011







Tarikh : 21 -23 Jun 2011
Tempat : Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya Selangor
Peserta: 900 orang Pengetua seluruh Malaysia

Perasmian : YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia

Perasmian Penutup : YB. Dr. Hj. Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Tema Persidangan : Kepimpinan Holistik Menjana Tranformasi Pendidikan Negara

Matlamat :

Persidangan Kebangsaan Pendidikan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk meningkatkan kecemerlangan pengurusan pendidikan di peringkat sekolah dalam semua bidang kea rah menjadikan sekolah berkualiti, berkesan dan berprestasi tinggi.

Objektif :

i. Meningkatkan tahap profesionalisme kepimpinan pemimpin sekolah menengah agar jurang antara sekolah berprestasi tinggi dan sekolah berprestasi rendah dapat dikecilkan melalui perkongsian amalan terbaik di kalangan Pengetua

ii. Meningkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan sekolah bagi mengekalkan sekolah sebagai pusat pembelajaran cemerlang.

iii. Meningkatkan budaya muafakat dalam kalangan pemimpin sekolah.

iv. Memperkukuhkan jati diri pengurusan sekolah dan memantapkan ketrampilan Pengetua sebagai pemimpin sekolah dalam menghadapi cabaran dan isu-isu pendidikan semasa.

Slot Program :

1. Ucapan Dasar : Y.Bhg. Dato’ Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

2. Ceramah Profesional : Y. Bhg. Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad, mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

3. Ceramah korporat : Y. Bhg. Dato’ Zahri bin Ismail, Pengarah One Malaysia F1 Team dan Y. Bhg. Prof. Dato Wira Dr. Mohd Shukri bin Ab. Yajid, Presiden Kumpulan PTPTL

4. Forum Pendidikan : Y. Bhg. Tan Sri Dr. Asiah Abu Samah, mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ; Dato’ Profesor Dr. Jamil Maah, Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya dan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Saturday, July 2, 2011

PENEMPATAN GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH GSST BIL 2/2011 KE SARAWAK BAGI SEKOLAH MENENGAH



Tarikh : 27 - 29 Jun 2011
Tempat : Concord Inn KLIA & Merdeka Palace, Sarawak
Bil Pegawai : 8 Orang
Bil GSST : 80 Orang

Penempatan bil2/2011 adalah merupakan penempatan kedua bagi tahun 2011 bagi penempatan ke Sarawak dan Sabah. Bagi penempatan bil2 hanya calon GSST yang berasal dari semenanjung hanya ditempatkan ke Sarawak manakala GST asal dari Sabah hanya ditempatkan ke Sabah kerana kedudukan perjawatan di Sabah. Pendaftaran calon GST bermula di Concord Inn pada 27 Jun 2011 dan taklimat bermula jam 9.00am hingga 1.00 pm,. Penerbangan ke Sarawak mulai 28 Jun 2011. Penerbangan pertama Q1 jam 815 am, Q2 pada jn 10.30 dan Q3 pada jam 12.00 tgh. Semua penerbangan diiringi oleh pegawai BPSH bagi memastikan perjalan ke Sarawak berjalan lancar terutama bagi urusan dokumentasi. Semua penerbangan mengikut jadual dan semua GST dapat memulakan taklimat di Sarawak mulai jam 2.00 pm.

PASUKAN BOWLING SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH JOHAN BOWLING BADAN KEBAJIKAN BPSH



Tarikh : 24 Jun 2011
Tempat : Kajang Metro Point
Masa : 9.00 - 11.00 pm
Bil Ahli : 4 Orang SPSM

Pasukan bowling Sektor Penurusan Sekolah Menengah yang di wakili oleh:
1. AB Rahim Bin Othman
2. Zanol Bin Haji Awang
3. Mohd Fariss Bin Johan
4. Dr Jefri Bin Abu

Semangat berpasukan yang tinggi telah membawa kejayaan kepada pasukan kami yang mengumpul mata keseluruhan sebanyak 1700 mata. Dr Jefri turut di nobatkan sebagai naib Johan bagi kategori individu dengan pungutan 406 mata.. Tahniah kepada semua...

Wednesday, June 15, 2011

Kunjungan Hormat Delegasi Majlis Graduan NPQH : Pengarah IAB Dan Perbincangan Konvensyen NPQH/NPQEL Di IAB



Tarikh : 7 Jun 2011
Masa : 9.30 pagi – 3.30 ptg
Tempat : IAB, Genting Highlands
Wakil Bahagian : En. Saiful Bahari bin Mohammed Tauhid

Perkara Penting Yang Dibincangkan :

1 Pembentangan kertas kerja Konvensyen Graduan NPQH Kali Kedua

2 Perbincangan keperluan kumpulan sasaran, tarikh, slot program dan bajet

3. Respons dan maklumbalas Pengarah IAB berkaitan Konvensyen Graduan NPQH Kali Kedua

4. Pemurnian kertas kerja konvensyen berdasarkan input/maklumbalas Pengarah IAB khususnya Konvensyen dilangsungkan serentak dengan komensment IAB

Tindakan Bahagian :
Memberi input penyediaan kertas kerja daripada segi konsep/tema persidangan, slot program, asas pertimbangan, Jawatankuasa Persidangan, dan bajet.