Tarikh : 14 - 15 April 2011
Tempat : Hotel Plaza, Kuala Lumpur
Bil Ahli : 10 Orang
Mesyuarat adalah bertujuan bagi melaksanakan proses pemilihan dan pertukaran khas dari negeri Sabah ke semua negeri di seluruh negara mulai 1 Mei 2011. Pertukaran Khas ini adalah atas arahan KPPM bagi menangani isu pelantikan Guru Sandaran Tidak Terlatih bagi negeri Sabah. Pertukaran ini berjalan lancar dan telah berjaya membuat pemilihan hampir 200 calon / guru bagi tujuan berkenaan. Walaubagaimana pun keputusan bagi melaksanakan proses seterusnya adalah memerlukan punca kuasa yang khas terhadap isu ini dari pejabat KPPM.