Tuesday, January 18, 2011

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH AMANAH KOHORT PERTAMA 2011

Tarikh : 10 Disember 2010
Tempat : Putrajaya
Bil Ahli :
VVIP : Menteri Pelajaran
Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, telah melancarkan 10 buah sekolah amanah, masing-masing lima di Johor dan Sarawak pada 10 Disember 2010 di Putrajaya. Ini merupakan inisiatif bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Khazanah Nasional Berhad bertujuan meningkatkan prestasi akademik dan bukan akademik sekolah menerusi konsep perkongsian awam-swasta (PPP).

Sekolah yang telah dipilih untuk menyertai projek rintis ini di bawah program Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan AMIR (sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional Berhad) ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Uda 2, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Kangkar Pulai, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semenchu, SMK Gelang Patah, SK Kampong Layau, SM Sains Kuching, SMK Bandar Kuching 2, SK Tabuan, SK Empila dan SK Combined.

Friday, January 14, 2011

MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL e-OPERASI BIL.1/2011


Tarikh : 12 -13 Januari 2011
Tempat : Bilik Mesyuarat Semarak, BPSH
Bil Ahli : 30 Orang ( Semua Bhg dibawah SOP,BPSM&BPM)
Vip : Timbalan Pengarah (Sekolah)

Satu mesyuarat penyelarasan teknikal bagi pembangunan sistem e-operasi secara online telah diadakan dan di urus setiakan oleh Sektor Pengurusan Sekolah Menengah BPSH. Penyelarasan ini perlu dilaksanakan bagi memberi input-input daripada semua Bahagian dibawah Sektor Operasi(OP) Kementerian Pelajaran, kepada Bahagian Pengurusan Maklumat sebagi pembangun sistem ini. Untuk makluman e-operasi merujuk kepada sistem data bersepadu guru yang menjadi pengkalan data induk bagi sub modul yang lain seperti e-GTukar, e-Guru dan Penempatan. Tempaoh pembangunan sistem dijangkan setahun iaitu sepanjang tahun 2011 dan akan dilancarkan secara rasmi pada Januari 2012 kepada semua bahgian dibawah SOP. Walaubagaimanapun pembangunan sistem secara berperingkat dan pelaksanaan juga di jangkakan juga akan dibuat secara berperingkat mengikut tahap kesediaan modul yang dibangunkan.

Thursday, January 13, 2011

MESYUARAT PENYELARASAN MURID BUKAN WARGANEGARA BIL 1/2010




TARIKH : 05 – 07 OKTOBER 2010
TEMPAT : HOTEL REGENCY KUALA LUMPUR
BIL. PESERTA : 33 ORANG ( Semua JPN)
PENCERAMAH : 2 ORANG
BAHAGIAN KEWARGANEGARAAN,
BAHAGIAN KELAHIRAN DAN ANAK ANGKAT,
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

Mesyuarat bertujuan menyelaras pengurusan kemasukan murid bukan warganegara ke sekolah bersama dengan pegawai-pegawai mengurus di Jabatan Pelajaran Negeri. Penceramah – penceramah yang dijemput adalah dari Penasihat Undang-Undang, KPM, Bahagian Kewangan, KPM, Jabatan Pendaftaran dan Jabatan Imigresen. Pengurusan kemasukan murid bukan warganegara melibatkan proses semakan dokumen berdasarkan syarat mengikut Akta Pendidikan 1996.

Tuesday, January 11, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN TINGKATAN ENAM BIL.9/2010

TARIKH : 30 DISEMBER 2010
TEMPAT : BILIK MESYUARAT KEMBOJA, BPSH

Mesyuarat terakhir bagi tahun 2010 ini dihadiri oleh semua Bahagian yang berkaitan dengan Tingkatan Enam termasuklah pegawai dari MPM, BPG, BPM, BPSM (Cawangan Naik Pangkat Siswazah 1) dan BPSM (Cawangan Perjawatan dan Naziran). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh KPP SPSM, KPM.

Mesyuarat ini diadakan, hasil perbincangan dengan beberapa pegawai JPN berkaitan dengan perjawatan guru Tingkatan Enam.

Setiap bahagian menerangkan peranan masing-masing serta perancangan untuk tahun 2011. Banyak isu tentang guru dapat diselesaikan setelah perbincangan antara pegawai BPSM (Cawangan Naik Pangkat Siswazah 1) dengan pegawai-pegawai JPN dibuat.

MESYUARAT PERANCANGAN STRATEGIK PENEMPATAN GURU TINGKATAN ENAM



TARIKH : 23-25 NOVEMBER 2010
TEMPAT : HOTEL SELESA, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh kedua-dua pegawai pengurusan dan akademik semua JPN. Mesyuarat ini memberi laluan kepada pegawai-pegawai negeri untuk membentangkan Laporan Aktiviti dan juga Pengurusan Strategik 2011. Laporan Aktiviti Tahun 2010 telah dibentangkan oleh dua buah negeri iaitu Melaka dan Pulau Pinang. Sementara bagi Perancangan Strategik pula, empat negeri telah dipilih untuk membentangkan Perancangan Strategik masing-masing bagi Tahun 2011. Negeri-negeri yang terlibat adalah Kedah, Johor, Pahang dan Sabah.

Pengumpulan data KPT6 pada 31 Oktober 2010 telah dikumpulkan dan pengerusi mohon kepada semua pegawai supaya melihat data murid bukan warganegara yang agak ramai sama ada mereka sudah didaftarkan atau belum.

Pembentangan kertas kerja mengenai Perjawatan Tingkatan Enam di KPM telah dilakukan oleh pegawai dari JPN Pahang.

MESYUARAT PEMBENTANGAN LAPORAN PEMANTAUAN PENGURUSAN TINGKATAN ENAM





TARIKH : 20-22 OKTOBER 2010
TEMPAT : HOTEL AVILLION LEGACY, MELAKA

Mesyuarat dihadiri oleh pegawai pengurusan dari JPN. Kali ini menumpukan kepada pemantauan keseluruhan Tingkatan Enam iaitu meliputi aspek pengurusan dan akademik. Pembentangan Laporan Pemantauan telah dibuat oleh setiap JPN dan tindakan susulan terhadap dapatan pemantauan perlu dibuat dan dihantar ke BPSH dengan kadar segera.

Selain itu, Pihak BPSH telah mengeluarkan cadangan senarai sepadu untuk pertukaran guru Tingkatan Enam dan akan dihantar ke BPSM untuk tindakan selanjutnya.

MESYUARAT PENGURUSAN TINGKATAN ENAM BIL.7/2010

TARIKH : 21-24 SEPTEMBER 2010
TEMPAT : WOODLAND RESORT, KUALA TAHAN, PAHANG

Mesyuarat dihadiri oleh pegawai dari Bahagian-Bahagian KPM yang terlibat dengan pengurusan Tingkatan Enam, pegawai-pegawai pengurusan dan akademik JPN. Turut hadir adalah KPP Pengurusan Sekolah JPN Pahang selaku tuan rumah.

Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini adalah Post-Mortem Kemasukan Murid Tingkatan Enam Bawah 2010 di mana statistik tentang pengambilan murid Tingkatan Enam Bawah 2010. Didapati daripada 465 781 calon mengambil SPM hanya 201 299 yang layak ke Tingkatan Enam Bawah. JPN diminta lebih proaktif dalam membuat hebahan dan promosi bagi mempastikan Tingkatan Enam menjadi antara pilihan utama murid.

Isu-isu pengurusan dan akademik juga disentuh dalam mesyuarat iaitu satu garis panduan pertukaran antara daerah dan antara negeri telah dikeluarkan oleh BPSM. Garis panduan pemakaian pelajar juga telah dikeluarkan oleh Unit Disiplin BPSH, KPM dan telah diperbincangkan.

Perjawatan Guru Tingkatan Enam masih menjadi pokok perbincangan kerana pengisian perjawatan masih belum selesai sehingga kini. Begitu juga masa yang diperuntukkan bagi waktu kokokurikulum Tingkatan Enam yang memerlukan kepada perbincangan lebih lanjut.