Thursday, July 22, 2010

LAWATAN KE SEKOLAH - SEKOLAH DI PEJABAT PELAJARAN DAERAH KOTA KINABALU, JABATAN PELAJARAN SABAH

SMK BADIN
MAKTAB SABAH

SMK PULAU GAYA

Tarikh : 22 - 23 Julai 2010
Tempat : SMK Pulau Gaya dan Maktab Sabah(KRK)
Bilangan Ahli : 8 Orang ( 5 BPSH dan 3 JPN Sabah)
Tetamu VVIP : KPP Menengah En Aidie Haji Jantan)

Sempena Program Orientasi GSST Bil.3/2010 ke negeri Sabah, Sektor Pengurusan Sekolah Menengah, BPSH.KPM mengmbil kesempatan untuk melawat ke beberapa buah sekolah berasarkan kepada beberapa kriteria yang dicadangkan, antaranya :-

a. SMK Pulau Gaya - Sekolah Pulau
b. Maktab Sabah - Kelas Rancangan Khas(KRK) dan Kaunseling
c. SM Tinggi Kota Kinabalu - Sekolah Premier
d. SMK Badin - Program Intergrasi Pend Khas, KAA, Tingkatan 6 dan KRK

Berdasarkan kepada maklumat dan daptan dari hsil lawatan akan digunakan sebagai penambahbaikkan kepada pengurusan guru menengah pada masa akan datang dari pelbagai aspek pengurusan dan guru.

MAJLIS ORIENTASI PENEMPATAN GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH GSST BIL 3/2010 BAGI NEGERI SABAH



Tarikh : 21 - 22 Julai 2010
Tempat : Promenade Hotel, Kota Kinabalu
Bil Ahli : 292 Orang GSST ( Semenanjung dan Sabah)
Tetamu VVIP : Timbalan Pengarah, Jab Pel Sabah.

Selepas selesai Program Orientasi di peringkat Kementerian Pelajaran semua Guru Sandaran Siswazah Terlatih telah bergerak mengikut negeri dan penerbangan ke Sabah dana Sarawak. Bagi penrbangan ke Sabah sebanyak 3 penerbangan bermula dengan S1 di ketuai/diiringi oleh En Ab Rahim Othman seramai 69 orang dan diikuti oleh S2 diiringi oleh En Aidie Bin Jantan(KPP Menengah) seramai 70 orang dan S3 di ketuai leh En Zanol Bin Haji Awang seramai 16 Orang. Semua GSST ddari semenanjung ke Sabah telah dikumpulkan di Promenade Hotel dan Majlis Perasmian Program dan Penyerahan GSST ke Jabatan Pelajaran Sabah telah di sempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah. Majlis berjalan lancar dan amat meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua calon GSST.. Selamat Bertugas diNegeri Dibawah Bayu..

Wednesday, July 21, 2010

MAJLIS ORIENTASI PENEMPATAN GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH GSST BIL 3/2010 KE SABAH DAN SARAWAK




Tarikh : 19 - 20 Julai 2010
Tempat : Hotel Goldcourse, Kelang Selangor
Bil Ahli : 300 Orang GSST dan 6 egawai BPSH
Tetamu VVIP : Timbalan Pengarah (Sekolah) Bhg Sekolah.

Majlis Orientasi Guru Sandaran Siswazah Terlatih bil.3/2010 telah dilaksanakan seperti masa dan tempat seperti diatas dan program ini adalah bertujuan untuk membuat penyelarasan penempatan bagi negeri Sabah , Sarawak dan WP Labuan. Selain sebagai pendedahan awal terhadap semua guru baru program ini juga adalah bertujuan untuk memberi gambaran dan persedian mental yang positif dan bersedia untuk penempatan bagi negeri Sabah, Sarawak terutamanya di sekolah-sekolah di kawasan pendalaman. Majlis ini telah dirasmikan oleh En Abdullah Bin Mad Yunus - Timbalan Pengarah (Sekolah) BPSH bagi mewakili pengarah Bahagian Sekolah, KPM.

Monday, July 12, 2010

Mesyuarat Pengurusan Profesional Majlis Pengetua Cemerlang Kebangsaan (MPCK) Bil.3/2010

Tarikh : 6 - 8 Julai 2010
Tempat : Hotel Seri Malaysia Genting Highlands, Pahang
Peserta Mesyuarat : Ahli EXCO Majlis Pengetua Cemerlang Kebangsaan (MPCK)

Perbincangan : Berikut ialah perkara-perkara yang bincangkan dalam mesyuarat tersebut.
1. Persediaan Persidangan MPCK Kali Ke-3
2. Aturan Pentadbiran Operasi Pengurusan Slot Sesi Selari Persidangan MPCK
3. Pelaksanaan Program Immersion Kepengetuaan
4. Hasil Pelaksanaan Program Jururunding Kepengetuaan
5. Buku Santapan Minda Siri II
6. Buku Amalan Pengurusan Terbaik Siri II
7. Peranan MPCK Dalam Pelaksanaan SIP
8. Perbincangan Perancangan Aktiviti Dan Program MPCK 2010

Tuesday, June 29, 2010

MESYUARAT PENYELARASAN DATA OPMEN BIL. 2/2010 KPM BERSAMA JABATAN PELAJARAN NEGERI


Tarikh : 29 - 01 Julai 2010
Tempat : Hotel Brisdale, Kuala Lumpur
Bil Ahli : 32 Orang
Mesyuarat adalah bertujuan untuk membuat penyelarasan kutipan data dan verifikasi data pada 30 Apil 2010 bagi semua negeri. Pelaksanaan kutipan dan verifikasi pada masa ini dilaksanakan mengikut zon bagi tujuan penjimatan wang kerajaan dan proses verifikasi bersama dengan semua JPN dilaksanakan secara berpusat bagi menyelesaikan sebarang masalah berbangkit berhubung dengan pengurusan data menengah. Makluman awal kepada semua JPN pada tahun 2010 semua waran perjawatan yang dilaksanakan tidak kan ada perubahan dan pindaan terhadap dasar sedia ada kecuali PIB..

Persidangan Pengurusan Pendidikan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia Kali Ke-49


Tarikh : 22 - 24 Jun 2010
Tempat : Hotel Grand Riverview, Kota Bharu
Bil Peserta : 600 Orang
Tetamu VVIP : Tan Sri Dato' Haji Alimuddin Bin Mohd Dom (KPPM)
Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSM) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan menganjurkan Persidangan tersebut pada 22 Jun – 24 Jun 2010 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan. Persidangan pada tahun ini melibatkan seramai 600 orang Pengetua sekolah menengah seluruh Malaysia yang bertemakan Pengetua Berkualiti Menjana Gagasan 1 Malaysia.

Objektif persidangan ialah :
a. Meningkatkan tahap profesonalisme kepimpinan pemimpin sekolah menengah
b. Meningkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan sekolah
c. Meningkatkan budaya muafakat dalam kalangan pemimpin sekolah
d. Memperkukuhkan jati diri pengurusan sekolah dalam menghadapi isu dan cabaran pendidikan semasa

Di antara pengisian slot program persidangan ialah :
a. Taklimat pelaksanaan School Improvement Programme oleh En. Abdullah bin Mohd Yunus, Timbalan Pengarah (S), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
b. Ceramah Profesionalisme oleh Y. Bhg. Dato’ Professor Dr. Hussin bin Mohd@Abd. Rahman, Pengarah UiTM Kelantan.
c. Forum Pendidikan yang bertajuk Isu dan Cabaran Pelaksanaan NKRA yang dipengerusikan oleh Professor Madya Dr. Mohammad Agus bin Yusuff manakala ahli forum terdiri daripada Y. Bhg. Dato’ Noor Rezan bt. Bapoo Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan) dan Y. Bhg. Dato’ Hassan Harun, Pengarah Sekolah Antarabangsa Wadi Sofia.
d. Taklimat Program Modul Induksi Guru Permulaan oleh Dr. Nasaruddin bin Basar dari Bahagian Pendidikan Guru

Sunday, June 27, 2010

MESYUARAT PENGURUSAN KETUA UNIT MENENGAH BIL 2/2010


Tarikh : 29 Jun - 01 Julai 2010
Tempat : Hotel Brisdale, Kuala Lumpur
Bilangan Ahli : 36 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelrasan ari segi pengurusan sekolah menengah bersama semua negeri diseluruh negara. Melalui mesyuarat ini juga banyak slot-slot berhubung dengan pengurusan sektor pengurusan sekolah seperti ABM Perjawatan, Guru Kaunseling dan sebagainya. Mesyuarat juga turut membincangkan isu-isu berbangkit dan pelbagai isu berhubung dengan pengurusan sekolah, pengurusan murid, pengurusan tingkatan 6 dan lain-lain lagi.