Tuesday, March 31, 2009

MESYUARAT PENYELARASAN PENGURUSAN KELAS RANCANGAN KHAS BIL. 1/2009

Tarikh : 30 Mac - 01 April
Tempat : Hotel Regency. Alor Setar, Kedah
Ahli Mesyuarat : Semua Pegawai KRK Negeri.

Mesyuarat adalah bertujuan bagi menyelaraskan Kelas Rancangan Khas bagi semua negeri di seluruh negara. Mesyuarat juga adalah bertujuan bagi mendapatkan maklumat terkini daripada negeri berhubung dengan KRK negeri. Maklumat ini sangat penting bagi mendapat gambaran awal terhadap KRK dan juga sebagai langkah dan tindakan perlu bagi setiap negeri dan KPM untuk masa akan datang, selain melihat prestasi pelajar yang mengikuti KRK.

PENYELARASAN PENEMPATAN GURU SISWAZAH SANDARAN TERLATIH BAGI TAHUN 2009

Tarikh : 23 Mac 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat Kemboja
Ahli Mesyuarat : Semua Bhg-Bhg KPM dan Wakil Negeri

Mesyuarat adalah bertujuan menyelaras kedudukan guru menengah yang mempunyai lebihan opsyen dalam beberapa subjek seperti Matematik, Biologi, Fizik, Kimia dan beberapa opsyen yang lain. Mesyuarat ini juga telah memutuskan beberapa kreteria untuk menangani masalah ini dan mesyuarat juga bersetuju untuk mengatasi masalah ini secara bersama.

Sunday, March 29, 2009

Majlis Jasamu Dikenang - Tn Hj Ibrahim Ahmad TP(M)



Sempena dengan persaraan Tn Hj Ibrahim bin Ahmad, Timbalan Pengarah (Murid) BPSH, satu Majlis Malam Jasamu Dikenang telah diadakan khas untuk beliau di Puteri Resort, Melaka, pada 27 Mac 2009.

Majlis diserikan dengan kehadiran Y.Bhg Dato' Noor Rezan binti Bapoo Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang turut menyampaikan ucapan penghargaan beliau. Selain beliau, Y.Bhg, Pengarah BPSH turut juga memberikan ucapan.

Dalam ucapannya, Tn Hj Ibrahim menyingkap kembali sejarah perkhidmatannya dalam perkhidmatan kerajaan yang  menjangkau tempoh masa lebih 30 tahun. Beliau mengakui bahawa antara tempat kerja yang paling menyeronokkan adalah di BS/BPSH.



Petang sebelum jamuan, Tn Hj Ibrahim sempat berlumba "go-kart" bersama kakitangan BPSH. Turut bersama beliau adalah En Abdullah bin Mad Yunus, Timbalan Pengarah (Sekolah).

Selamat bersara buat Tn Hj Ibrahim. Jasamu dikenang.

Bengkel Refleksi BPSH


Perkara :
Bengkel Refleksi BPSH

Tarikh :
27-28 Mac 2009

Tempat :
Puteri Resort, Melaka

Kehadiran :
Semua kakitangan BPSH

Pengisian :
  1. MS ISO 2008 oleh En Mohd Nasim Zakaria
  2. Pelaksanaan 5S di BPSH oleh En Mohd Nasim Zakaria
  3. Struktur Organisasi BPSH oleh Y.Bhg. Tn Hj Zulkifly Mohd Wazir, Pengarah BPSH

Tuesday, March 24, 2009

Mesyuarat Sektor PKICT


Perkara :
Mesyuarat Sektor PKICT Bil 8 2009

Tarikh / Hari / Masa :
23 Mac 2009 /Isnin / 2.30 petang

Pengerusi :
Pn Faridah Mohamed Zain, KU Kewangan


MESYUARAT PEMERIKSAAN ABM PERJAWATAN (B41)TAHUN 2010 BAGI SEKOLAH MENENGAH DIBAWAH KPM BAGI WP LABUAN DAN SABAH

Tarikh : 23 - 26 Mac 2009
Masa : 8.00 - 5.00 pm
Tempat : JPN Labuan
Bil Ahli : Semua pegawai dari Bhg-Bhg KPM

Mesyuarat ini adalah bertujuan bagi menyelaras dan membuat pemeriksaan bagi ABM 2010 bagi negeri WP Labuan dan Negeri Sabah. Pemeriksaan ini bagi memastikan bekalan guru dan pembukaan kelas bagi negeri Labuan dan Sabah mengikut keperluan sebenar untuk tahun 2010. Tumpuan atau pemeriksaan lebih berfokus kepada sekolah yang membuat penambahan kelas dan pengurangan kelas, bagi sekolah yang mengekalkan kelulusan sedia ada juga turut diperiksa.

MESYUARAT PEMERIKSAAN ABM PERJAWATAN (B41)TAHUN 2010 BAGI SEKOLAH MENENGAH DIBAWAH KPM BAGI NEGERI SARAWAK

Tarikh : 23 - 24 Mac 2009
Masa : 8.00 - 5.00 pm
Tempat : JPN Sarawak
Bil Ahli : Semua Pegawai Bhg-Bhg KPM

Mesyuarat adalah bertujuan bagi menyelaras dan pemeriksaan ABM bagi negeri Sarawak bagi tahun 2010 untuk semua jenis sekolah dibawah kawalannya. Pemeriksaan ini juga bertujuan bagi memastikan semua sekolah dibawah kawalan JPN mendapat bekalan guru yang cukup dan membuka kelas brdasarkan keperluan sebenar sekolah berkenaan.