Thursday, December 25, 2008

Majlis Taklimat Persediaan Penggal Persekolahan 2009

Perkara :
Majlis Taklimat Persediaan Penggal Persekolahan 2009

Tarikh :
24 Disember 2009

Tempat  :
Auditorium Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya

Jemputan :
Semua ketua Bahagian KPM,
Semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri,
Semua Pegawai Pelajaran Daerah (PPD)

Ucap Utama :
Y.Bhg Dato' Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Pengisian Utama :
Menyerah dan memperjelas kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 7 2008

Sila klik sini untuk muat turun SPI Bil 7 2008:

Wednesday, December 24, 2008

MESYUARAT PENYELARASAN PENEMPATAN KHAS GURU GSST ( KPLI - RENDAH ) DAN DPLI BIL. 1 / 2009

Tarikh : 24 Disember 2008
Tempat : Bilik Mesyuarat Kemboja. BPSH
Bil Ahli Mesyuarat : 30 Orang

Mesyuarat Khas berkaitan penempatan guru Sandaran Siswazah Terlatih ( GSST ) yang telah tamat mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ( KPLI - Rendah ) ke sekolah menengah Bil. 1/2009 oleh Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah Harian, Bahagian Pengurusan Sekolah Rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Mesyuarat juga membincangkan tentang maklumbalas Penempatan Guru ( MPG - 1 ) selepas penempatan ke negeri. Mesyuarat juga membincangkan tentang cadangan memendekkan tempoh melapor diri GSST daripada 30 hari kepada 14 hari. Mesyuarat juga menyerahkan senarai penempatan mengikut negeri pada semua ahli mesyuarat yang terlibat dengan penempatan.

Thursday, December 18, 2008

KURSUS KEPEMIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2008




19 – 22 Ogos 2008
Kota Baharu, Kelantan

Kursus Kepemimpinan Pengawas Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 19 hingga 22 Ogos 2008 bertempat di SMKA Naim Lilbanat Kota Bharu Kelantan. Tujuan kursus ini ialah untuk:

1. memperkembangkan potensi kepemimpinan dalam diri pemimpin pelajar
2. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kepimpinan
3. memperluaskan pengalaman pemimpin pelajar bersama tokoh pemimpin
4. meningkatkan tahap kesedaran dan tanggungjawab pemimpin pelajar dalam memberi

khidmat sosial kepada komuniti meningkatkan keyakinan dan harga diri pemimpin pelajar

Tema kursus kali ini ialah PEMIMPIN PELAJAR PEWARIS NEGARA. Peserta kursus didatangkan dari seluruh negara. Jumlah peserta yang diperuntukan ialah seramai 800 orang. Mereka adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin pelajar sekolah menengah dan rendah.
Kursus telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ibrahim Ahmad, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 Ogos 2008 di Dewan Utama Pusat Sumber Pendidikan negeri Kelantan

20 Ogos 2008 ( Rabu 2.00 ptg– 4.30 PETANG)
BENGKEL MENCANTING BATIK

Bengkel ini telah diadakan dengan kerjasama Pusat Kraftangan Kelantan. Peserta didedahkan dengan cara membuat batik. Pada mulanya para peserta diberikan taklimat dan selepas itu setiap peserta diberikan peluang untuk mencanting batik mengikut kreativiti masing-masing. Pada jam 2.20 tengah hari, para peserta berada di Pusat Inovasi Batik. Sebelum aktiviti mencanting batik dimulakan, para peserta diberikan sedikit taklimat oleh pihak Pusat Inovasi Batik. Setiap peserta diberikan satu kain bercorak batik dan diberi peluang untuk mencanting mengikut kreativiti masing-masing. Sebagai kenang-kenangan, hasil cantingan peserta dibenarkan untuk dibawa pulang.


20 Ogos 2008 ( Rabu 08.00 – 11.00 malam )
CERAMAH CIRI-CIRI PEMIMPIN

Ceramah kepemimpinan ini telah disampaikan oleh En Khalid Bin Wok. Para peserta telah diberikan pendedahan tentang ciri-ciri kepemimpinan yang menjadi idola dan ideal serta perlu diterapkan dalam diri seorang pemimpin. Ceramah ini telah menggariskan sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin. Ceramah ‘Ciri-ciri Pemimpin’ yang disampaikan oleh En Mohd Khalid bin Wok atau lebih mesra dengan panggilan “Abah”. Antara ciri-ciri kepimpinan yang ditekankan oleh Abah ialah berdisiplin, berperancangan, berpersonaliti cemerlang, berdaya juang tinggi serta boleh berkomunkasi dengan baik. Bakal pemimpin juga perlu mempunyai prinsip yang teguh, bersikap keizen, dan sentiasa bersedia untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.


21 Ogos 2008 ( KHAMIS 8.00 – 10.00 pagi )
BENGKEL PENGUCAPAN AWAM

Bengkel ini telah dikendali oleh YM Raja Zulkifli. Para peserta telah didedahkan dengan teknik-teknik dan cara pengucapan awam serta skil yang diperlukan. Kemudian setelah diberikan input secara teoritikal, para peserta dikehendaki untuk menggunakan teori yang telah dipelajari dengan mempraktikkannya dalam pengucapan mereka. Para peserta diberikan masa untuk memberikan ucapan secara spontan dalam bengkel tersebut.

21 Ogos 2008 (Khamis 10.30 pagi – 12.30 tengahari)
FORUM KEPEMIMPINAN

Forum ini telah dikendalikan oleh Tn Hj Nik Mat Bin Nik Lib. Ahli panel adalah terdiri daripada Tn Hj Khairul Anuar iaitu Pengetua SMK Chabang Empat Tumpat, En Abdul Rashid Zakaria, Kaunselor SMKA Tok Bachok dan Saudari Amirah Abdul Aziz Tokoh Pelajar 2008 Peringkat Kebangsaan. Forum ini memberi banyak input bagi menjana potensi ke arah menjadi pemimpin yang berwawasan, berketerampilan dan mempunyai jati diri unggul.

21 Ogos 2008 (Khamis 2.30 ptg – 5.00 petang)
EKSPLORASI MINDA


Para peserta diagihkan dalam kumpulan seramai 20 orang setiap kumpulan. Mereka dikehendaki berjalan di bandar Kota Bharu dan perlu melalui 5 check point yang telah ditetapkan. Sepanjang perjalanan untuk ke setiap check point setiap kumpulan dikehendaki melaksanakan tugasan yang diberikan. Check point satu adalah di Stadium Sultan Muhd Ke 4, check point dua adalah di Pasar Siti Khadijah, check point 3 adalah di Bazar Buluh Kubu, check point 4 adalah di Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan dan check point 5 adalah di Pasar Raya Kota Bharu (KB Mall).

21 Ogos 2008 (Khamis 9.00 – 11.00 malam)
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

Majlis Perasmian Penutup ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Ishak Bin Ismail, Ketua Sektor Pengurusan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Kelantan. Dalam majlis ini Ketua Sektor telah menyampaikan penghargaan kepada semua kontinjen yang telah menyertai kursus. Beliau mengharapkan semoga hubungan yang terjalin akan terus berkekalan. Majlis penutup ini diakhiri dengan penyampaian sijil dan cendarahati kepada semua peserta dan juga guru-guru serta pegawai pengiring.


MESYUARAT PENGURUSAN SEKTOR MENENGAH ( REFLEKSI ) 2008


18 - 20 Dis 2008
Puteri Bayu Beach Resort, Pangkor. Perak
Peserta : Semua Pegawai Sektor Pengurusan Sekolah Menengah

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk menyelaras Pelaporan Aktiviti 2008,Penambahbaikan Aktiviti dan Penentapan SKT 2009 bagi Sektor Menengah.


Mesyuarat ini akan menumpukan terhadap Pelaporan aktiviti Sektor Menengah terutama kepada Penempatan Guru,Pertukaran Guru, Penempatan Murid dan Pengurusan Tingkatan 6 sertta lain-lain aktiviti. Selain itu penyelarasan takwim/aktiviti Pengurusan Menengah tahun 2009, peruntukan ABM pengurusan unit menengah, kertas-kertas makluman mengenai penempatan , pertukaran, pengurusan data sekolah, kelas, guru dan murid.

Mesyuarat juga mengambil kesempatan untuk membuat latihan terhadap semua pegawai mengenai pelaporan aktiviti pegawai meja kepada BPSH melalui "bpsh-aktiviti.blogspot". Program ini adalah lanjutan daripada kursus pembinaan laporan yang di anjurkan oleh Sektor PKICT pada awal bulan ini.

Tuesday, December 16, 2008

Bengkel Blog Untuk Pegawai Prasekolah JPN

Satu bengkel membina laman blog bagi para pegawai prasekolah akan diadakan pada 16 hingga 17 Dis 2008 ini bertempat di Hotel Empress, Sepang. Tujuan program ini adalah supaya semua pegawai prasekolah dapat mewujudkan laman blog masing-masing bagi melaporkan semua program dan aktiviti di peringkat negeri. Para pegawai juga diminta menyebar luaskan kemahiran ini ke peringkat PPD dan sekolah supaya guru-guru prasekolah juga berkemahiran untuk membina laman blog masing-masing dan dapat memaklumkan program dan aktiviti di perngkat sekolah mereka.

Program Lawatan Ke Macau, Hong Kong dan China

Pegawai-pegawai prasekolah JPN akan mengadakan program lawatan tidak rasmi ke Macau, Hong Kong dan China pada 18 hingga 21 Disember 2008. Program lawatan ini akan diketuai oleh KU Unit Prasekolah.

Mesyuarat Pengurusan Pengisian Jawatan Guru Besar Dan GPK Gred DGA34 & DGA32

Mesyuarat berkaitan akan diadakan pada 16 Disember 2008 di Bilik Semarak, BPSH. Timbalan Pengarah (Sekolah) akan mempengerusikan mesyuarat berkenaan. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Ketua Unit Rendah JPN. Tujuan mesyuarat adalah bagi mengisi kekosongan perjawatan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara.