Monday, March 5, 2012

MESYUARAT PENYELARASAN DAN VERIFIKASI DATA OPMEN BIL 1/2012 JABATAN PELAJARAN NEGERI BERSAMA KPM.


Tarikh : 27 - 29 Februari 2012
Tempat : Hotel Heritage, Ipoh, Perak
Bil Ahli : 20 Orang( Pegawai Data Negeri dan Pegawai KPM)


Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelarasan data guru berhubung dengan keperluan dan pengisian guru bagi sekolah menengah bagi data berakhir 31 Januari 2012. Penyelarasan dan verifikasi data ini perlu bagi memastikan kedudukan sebenar guru di seluruh bagi sekolah menengah bagi tujuan penempatan dan pertukaran guru yang akan datang. Verifikasi data juga perlu bagi menentukan penempatan dan pertukaran guru yang akan dilaksanakan mematuhi waran perjawatan yang diluluskan bagi tahun semasa. Pematuhan ini perlu dikuatkuasakan memandangkan pelaksanaan waran perjawan berasaskan sekolah diseluruh negara. Selain itu kedudukan kelas yang ditawarkan pada tahun ini adalah mematuhi waran yang diluluskan berdasarkan capaian enrolmen bagi sesebuah negeri. Semua data telah diverifikasi dan disahkan oleh semua negeri dan akan digunakan sebagai data asas pelaksanaan penempatan dan pertukaran bagi tahun 2012.

MESYUARAT PENYELARASAN PERTUKARAN DAN PENEMPATAN GURU BIL.1/2012 BAGI KETUA UNIT MENENGAH TAHUN 2012

Tarikh : 27 - 29 Februari 2012
Tempat : Hotel Haritage, Ipoh, Perak.
Bilangan Ahli : 25 Orang ( Semua KU seluruh negara dan Pegawai KPM)

Mesyuarat penyelarasan bersama dengan semua Ketua Unit Pengurusan Sekolah Menengah bagi tujuan penempatan dan pertukaran. Penempatan yang dapat dilaksanakan bagi sektor menengah pada tahun ini ialah sebanyak 2 kali. Bilangan 1/2012 pada 16 Januari 2012 dan penempatan bilangan 2/2012 pada 20 Februari. Berdasarkan kepada Standard Operating Prosidure (SOP) bagi penempatan adalah perlu memaklumkan kepada setiap peringkat sekolah/PPD dan JPN serta Bahagian KPM supaya penempatan ini dapat maklumkan secara online melalui sistem yang telah dibangunkan (SMG) . SOP yang sama bagi proses penempatan pertukaran yang telah dilaksanakan dan perlu melapor di stesen baru mulai 1 Januari 2012 bagi semua peringkat ..Dalam Daerah/ Antara Daerah dan Antara Negeri/ Bahagian. Guru/sekolah perlu membuat tindakan melapor/tidak melapor di stesen yang baru dalam masa tujuh hari bekerja..

MESYUARAT TEKNIKAL PENEMPATAN GURU (MPG-1) DAN PENEMPATAN PERTUKARAN (MPG-2) BAGI ZON SARAWAK

Tarikh : 14 - 17 Februari 2012
Tempat : Merdeka Palace, Kuching, Sarawak
Bilangan Ahli : 45 Orang ( Semua PPD Sarawak dan Pegawai JPN Sarawak)

Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelarasan dan pembentangan bagi pelaksanaan Aplikasi Sistem Maklumat Guru(SMG) / e-Operasi yang akan dilaksanakan ke seluruh negara mulai tahun 2012. Pembentangan ini adalah bagi memaklumkan kepada kepada semua pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah yang menguruskan penempatan dan pertukaran guru di peringkat PPD. Semua pegawai meja yang terlibat adalah diharapkan dapat melaksanakan proses kerja yang telah ditetapkan supaya proses penempatan dan pertukaran guru dapat dilaksanalkan dengan baik dan teratur.

MESYUARAT TEKNIKAL PENEMPATAN DAN PENEMPATAN PERTUKARAN BAGI ZON SABAH DAN WP LABUAN


Tarikh : 12 - 14 Februari 2012
Tempat : Hotel Novotel, Kota Kinabalu, Sabah
Bil Ahli : 40 Orang ( Semua PPD Negeri Sabah dan JPN Sabah serta WPLabuan)
Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelarasan dan pembentangan bagi pelaksanaan penempatan guru (MPG-1) dan penempatan pertukaran (MPG-2) melalui aplikasi yang akan dilaksanakan ke seluruh negara mulai tahun ini. Aplikasi ini ialah Sistem Maklumat Guru(SMG) e-Operasi. Taklimat dan pendedahan terus pegawai yang melaksanakan maklumat di peringkat PPD bersama dengan sekolah di bawah kawalan masing-masing. Pelaksanaan ini akan memudahkan kerja di sektor Pengurusan Sekolah bagi tujuan penempatan dan pertukaran guru.

Thursday, February 9, 2012

MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL PERTUKARAN GURU BERSAMA JAWATANKUASA TEKNIKAL KPM BIL.1/2012

Tarikh : 9 Februari 2012
Tempat : Bilik Mesyuarat Wardah, BPI Cyberjaya
Ahli : Semua Pegawai Pertukaran SOP.KPM
Pengerusi : En Zanol Haji Awang. BPSH

Mesyuarat penyelarasan bersama dengan jawatankuasa teknikal KPM bagi semua Sektor Operasi Pendidikan ini bagi tujuan membuat penyelarasan kepada beberapa perkara berhubung dengan proes pertukaran bagi sesi Jun 2012. Antara perkara yang dibincangkan adalah berhubung dengan beberapa peringkat seperti berikut:
i. Sebelum pertukaran
ii.Semasa Pertukaran
iii.Selepas Pertukaran
iv. Isu-isu Pertukaran
v. Penambahbaikkan Sistem Pertukaran
vii. Hal-hal lain
Hasil mesyuarat sangat memberansangkan dan beberapa ketetapan baru telah dipersetujui bersama dan akan dibuat penambahbaikkan dalam proses pertukaran yang akan datang

MESYUARAT PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) BAGI SEKOLAH MENENGAH BIL. 2/2012



Tarikh : 8 Februari 2012
Tempat : Bilik Mesyuarat Nilam. BPSH
Bil Ahli : 5 Pegawai Menengah
Pengerusi : Ketua Unit Menengah

Mesyuarat adalah bertujuan membuat penyelarasan penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Bil.2/2012 bagi sekolah menengah. Penempatan ini adalah bagi calon PPP bagi opsyen B.ed Tesl seramai 72 orang calon dan di tempatkan ke seluruh negara kecuali kepada beberapa negeri yang kedudukan opsyen bahasa inggeris telah penuh. Cadangan penempatan bagi calon PPP ini adalah pada 20 Februari 2012 dan makluman berkaitan penempatan boleh disemak oleh calon pada 10 Februari 2012 melalui laman web KPM..Tahniah kepada semua

Mesyuarat Penyelarasan SKU/SKT Sektor Pengurusan Sekolah Menengah Tahun 2012


Tarikh : 2 Februari 2012
Tempat : Bilik Mesyuarat Nilam. BPSH
Ahli : Semua Unit SPSM
VIP : En Aidie Bin Haji Jantan


Mesyuarat adalah bertujuan menyelaras SKU / SKT bagi sektor menengah dan pegawai sektor menengah bagi tahun 2012. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah SPSM sebagai langkah awal bagi membuat penyelarasan kepada semua tugas pegawai bagi sektor menengah, penyelarasan juga bertujuan semua perancangan yang dirangka sepanjang tahun 2012 bagi SPSM dapat dilaksanakan dan tambahan program baru jika sasaran tahun ini tidak dapat mencapai sasaran sebenar..