Monday, July 25, 2011

MESYUARAT PENYELARASAN PENGURUSAN PROFESIONALISME KETUA UNIT MENENGAH BIL. 2/2011


Tarikh : 20 -22 Julai 2011
Tempat : Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis
Bil Ahli : 50 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan menyelaras beberapa perkara berhubung dengan pengurusan sektor menengah di KPM bersama dengan sektor menengah di semua JPN seluruh negara. Mesyuarat bermula dengan agenda seperti berikut:

1. Mesyuarat Profesionalisdme Ketua Unit Menengah Bil. 2/2011.
2. Pengurusan profesional berhbung dengan Bimbingan dan Kaunseling, Guru Ganti , GSTT , Redeyployment dan pengurusan pengetua cemerlang.
3. Pegurusan Maklumbalas Penempatan Guru tahun 2011
4. Mesyuarat Majlis Ketua Unit Kebangsaan
5. Penambahbaikkan Sistem Pertukaran dan Penempatan guru
6. Verifikasi data Opmen bagi 30 April 2011

Tuesday, July 12, 2011

DOUBLE STRIKE FOR SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH IN JULAI 2011


Bulan : Julai 2011
Tempat : Bhg Pengurusan Sekolah Menengah
Sektor : SPS Menengah

SPSM melakar kejayaan berganda... pada Julai 2011,,
Tahniah kepada semua warga SPSM... tahniah..tahniah..tahniah..

1. Tahniah kerana menjadi sektor terbaik 5S bagi bulan Julai
2. Tahniah kerana menjadi juara keseluruhan Bowling antara sektor bpsh...
3. Tahniah kerana kerjasama anda semua warga SPSM menyumbang kepada kejayaan sektor

Saturday, July 2, 2011

Tahniah ....Sektor Pengurusan Sekolah Menengah Kerana Melaksana dan Mengamalkan 5S...

Tarikh : 1 Julai 2011
Tempat : Dataran Perhimpunan BPSH
VVIP : Datuk Hji Isa Bin Haji Abu

Tahniah ..!!!!!

Kepada semua pegawai dan staf Sektor Pengurusan Sekolah Menengah serta khusus kepada Penyelaras dan Jawatankuasa 5S Sektor Menengah kerana telah dipilih sebagai penerima tempat pertama atau mata tertinggi 97.9 % bagi bulan Julai dalam melaksana dan mengamalkan 5S bagi Sektor Pengurusan Menengah khususnya dan BPSH amnya..

PENEMPATAN GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH GSST BIL 2/2011 KE SARAWAK BAGI SEKOLAH MENENGAH



Tarikh : 27 - 29 Jun 2011
Tempat : Concord Inn KLIA & Merdeka Palace, Sarawak
Bil Pegawai : 8 Orang
Bil GSST : 80 Orang

Penempatan bil2/2011 adalah merupakan penempatan kedua bagi tahun 2011 bagi penempatan ke Sarawak dan Sabah. Bagi penempatan bil2 hanya calon GSST yang berasal dari semenanjung hanya ditempatkan ke Sarawak manakala GST asal dari Sabah hanya ditempatkan ke Sabah kerana kedudukan perjawatan di Sabah. Pendaftaran calon GST bermula di Concord Inn pada 27 Jun 2011 dan taklimat bermula jam 9.00am hingga 1.00 pm,. Penerbangan ke Sarawak mulai 28 Jun 2011. Penerbangan pertama Q1 jam 815 am, Q2 pada jn 10.30 dan Q3 pada jam 12.00 tgh. Semua penerbangan diiringi oleh pegawai BPSH bagi memastikan perjalan ke Sarawak berjalan lancar terutama bagi urusan dokumentasi. Semua penerbangan mengikut jadual dan semua GST dapat memulakan taklimat di Sarawak mulai jam 2.00 pm.

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH URUSETIA MESYUARAT BULANAN BPSH BAGI BULAN JULAI 2011


Tarikh : 1 Julai 2011
Masa : 8.30 am - 12.15 tgh
Tempat : Dataran Perhimpunan & Bilik Mesyuarat Kemboja

Sektor Pengurusan Sekolah Menengah adalah urusetia bagi perhimpunan bulanan bagi bulan Julai. Pehimpunan ini merupakan perhimpunan terakhir bagi Datuk Pengarah BPSH kerana beliau akan bersara wajib dari perkhidmatan mulai 15 Julai 2011."Selamat Bersara Datuk" Datuk juga mempengerusikan mesyuarat bersama semua pegawai dan staf BPSH selepas perhimpunan bulanan. Perhimpunan kali ini berjalan lancar dan dimulakan dengan bacaan yasin yang diketuai oleh ustaz Abdul Wahid.. Tahniah dan terima kasih kepada semua pegawai dan staf SPSM atas kerjasama dan sokongan tuan-puan bagi menjayakan perhimpunan kali ini.

PASUKAN BOWLING SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH JOHAN BOWLING BADAN KEBAJIKAN BPSH



Tarikh : 24 Jun 2011
Tempat : Kajang Metro Point
Masa : 9.00 - 11.00 pm
Bil Ahli : 4 Orang SPSM

Pasukan bowling Sektor Penurusan Sekolah Menengah yang di wakili oleh:
1. AB Rahim Bin Othman
2. Zanol Bin Haji Awang
3. Mohd Fariss Bin Johan
4. Dr Jefri Bin Abu

Semangat berpasukan yang tinggi telah membawa kejayaan kepada pasukan kami yang mengumpul mata keseluruhan sebanyak 1700 mata. Dr Jefri turut di nobatkan sebagai naib Johan bagi kategori individu dengan pungutan 406 mata.. Tahniah kepada semua...

Wednesday, June 15, 2011

Kunjungan Hormat Delegasi Majlis Graduan NPQH : Pengarah IAB Dan Perbincangan Konvensyen NPQH/NPQEL Di IAB



Tarikh : 7 Jun 2011
Masa : 9.30 pagi – 3.30 ptg
Tempat : IAB, Genting Highlands
Wakil Bahagian : En. Saiful Bahari bin Mohammed Tauhid

Perkara Penting Yang Dibincangkan :

1 Pembentangan kertas kerja Konvensyen Graduan NPQH Kali Kedua

2 Perbincangan keperluan kumpulan sasaran, tarikh, slot program dan bajet

3. Respons dan maklumbalas Pengarah IAB berkaitan Konvensyen Graduan NPQH Kali Kedua

4. Pemurnian kertas kerja konvensyen berdasarkan input/maklumbalas Pengarah IAB khususnya Konvensyen dilangsungkan serentak dengan komensment IAB

Tindakan Bahagian :
Memberi input penyediaan kertas kerja daripada segi konsep/tema persidangan, slot program, asas pertimbangan, Jawatankuasa Persidangan, dan bajet.