Tuesday, November 3, 2009

PROGRAM ORIENTASI PENAMPATAN GSST KE SARAWAK OLEH JPN SARAWAK




Tarikh : 27 - 29 Oktober 2009
Tempat : Santubong Kuching Resort.
Bil Ahli : 374 Orang GSST

Program Orientasi telah dilaksanakan oleh JPN Sarawak bagi semua GSST ke Sarawak, program ini sebagai penyelarasan kepada semua guru baru semenanjung ke Sarawak sebagai penambahbaikkan kepada penempatan guru baru ke Sarawak, dimana melalui program ini GSST telah didedahkan dengan pelbagai isu yang berkaitan guru,sekolah perjawatan dan sebaginya.

LAWATAN DATO' HAJI ZULKIFLY BIN HAJI MOHD WAZIR KE SMK SEBUYAU & SMK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK




Tempat : SMK Sebuyau & SMK Kota Samarahan, Sarawak
Bil Ahli : 6 Orang
VVIP : Pengarah BPSH

Program Lawatan ke sekolah menengah luar bandar Sarawak bagi tujuan pemantauan sekolah dan penempatan Guru Sandaran Terlatih bil. 8/2009 ke Sarawak. SMK Sebuyau dipilih sebagai lokasi lawatan kerana sekolah ini diketogorikan sebagai sekolah luar bandar dan mempunyai kemudahan asrama serta ada isu berkaitan dengan fizikal sekolah yang memerlukan perhatian pihak KPM.

PENEMPATAN GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH KE SARAWAK BIL. 8/2009


Tarikh : 26 - 27 Oktober 2009
Tempat : Hotel Empress, Sepang Selangor.
Bil Peserta : 374 GST dan 5 Pegawai BPSH

Program Orientasi Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih( GSST ) ke Sarawak telah diadakan di Hotel Empress Sepang. Program ini bagi tujuan menempatkan guru baru ke Sarawak dan majlis ini bertujuan menyampaikan maklumat awal penempatan dan bagi tujuan penyelarasan penempatan ke Sarawak, terutamanya berkaitan dengan Surat Tawaran Penempatan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Sekolah) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, En Abdullah Bin Mohd Yunus.

Wednesday, October 14, 2009

MESYUARAT PERTUKARAN GURU SECARA BERPUSAT BAGI SESI JANUARI 2010 KPM BERSAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN KPM DAN JPN NEGERI

Ucapan Perasmian oleh
Dato' Haji Zulkifly Bin Mohd Wazir
Tarikh : 19 - 23 Oktober 2009
Tempat : Hotel Royal Bintang, Seremban
Bil Ahli : 150 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan bagi menyelaraskan pertukaran guru di KPM bersama dengan bahagian-bahagian KPM dan JPN seluruh negara. Permohonan guru menengah diseluruh negara adalah seramai 5932 permohonan, dan memohon ke Bhg-bhg lain KPM seramai 193 permohanan. Keputusan kelulusan permohonan pertukaran boleh di semak secara online pada 06 Oktober 2009 ( Jumaat) oleh pemohon.

MESYUARAT PENGURUSAN PERTUKARAN GURU MPV KPM/JPN 2009

Tarikh : 12 Hingga 14 Oktober 2009
Tempat : Hotel Seri Costa, Melaka
Bil Ahli : 50 Orang

Mesyuarat penyelarasan bagi pertukaran guru MPV dari Jabatan Pelajaran Negeri bersama KPM bagi memastikan pertukaran kali ini dapat memenuhi kehendak sebenar dan keperluan negeri mengikut mata pelajaran yang ditawarkan. Ini perlu supaya pergerakan pertukaran guru MPV ini tidak akan menjeaskan persekolahan murid. Mesyuarat ini juga bertujuan bagi kutipan data/senarai sepadu pertukaran negeri bagi sekolah menengah ke sekolah menengah dan sekolah menengah kebaagian-bahagian lain di KPM. Mesyuarat berjalan lancar dan dapat menepati kehendak dan tujuan mesyuarat.

Friday, October 9, 2009

Mesyuarat Pengurusan e-Pelaporan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan

Tarikh : 05 - 07 Oktober 2009
Tempat : Hotel MITC Ancasa
Bil Ahli : 50 Orang

Mesyuarat bagi menyelaraskan penyelarasan e-Pelaporan bagi semua negeri bersama dengan Pegawai Kaunseling negeri dan Jurulatih Utama setiap negeri. Mesyuarat juga bagi menyelaraskan kaedah kutipan e-pelaporan mengikut negeri bagi semua sekolah menengah dan renda hseluruh negara.

Thursday, October 8, 2009

Mesyuarat JPKA & JKPAK Bil 4 2009

Mesyuarat JKPA dan JKPAK Bil 4 BPSH telah diadakan pada 8 Oktober 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Semarak.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Y.Bhg Pengarah BPSH.