Wednesday, October 14, 2009

MESYUARAT PERTUKARAN GURU SECARA BERPUSAT BAGI SESI JANUARI 2010 KPM BERSAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN KPM DAN JPN NEGERI

Ucapan Perasmian oleh
Dato' Haji Zulkifly Bin Mohd Wazir
Tarikh : 19 - 23 Oktober 2009
Tempat : Hotel Royal Bintang, Seremban
Bil Ahli : 150 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan bagi menyelaraskan pertukaran guru di KPM bersama dengan bahagian-bahagian KPM dan JPN seluruh negara. Permohonan guru menengah diseluruh negara adalah seramai 5932 permohonan, dan memohon ke Bhg-bhg lain KPM seramai 193 permohanan. Keputusan kelulusan permohonan pertukaran boleh di semak secara online pada 06 Oktober 2009 ( Jumaat) oleh pemohon.

MESYUARAT PENGURUSAN PERTUKARAN GURU MPV KPM/JPN 2009

Tarikh : 12 Hingga 14 Oktober 2009
Tempat : Hotel Seri Costa, Melaka
Bil Ahli : 50 Orang

Mesyuarat penyelarasan bagi pertukaran guru MPV dari Jabatan Pelajaran Negeri bersama KPM bagi memastikan pertukaran kali ini dapat memenuhi kehendak sebenar dan keperluan negeri mengikut mata pelajaran yang ditawarkan. Ini perlu supaya pergerakan pertukaran guru MPV ini tidak akan menjeaskan persekolahan murid. Mesyuarat ini juga bertujuan bagi kutipan data/senarai sepadu pertukaran negeri bagi sekolah menengah ke sekolah menengah dan sekolah menengah kebaagian-bahagian lain di KPM. Mesyuarat berjalan lancar dan dapat menepati kehendak dan tujuan mesyuarat.

Friday, October 9, 2009

Mesyuarat Pengurusan e-Pelaporan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan

Tarikh : 05 - 07 Oktober 2009
Tempat : Hotel MITC Ancasa
Bil Ahli : 50 Orang

Mesyuarat bagi menyelaraskan penyelarasan e-Pelaporan bagi semua negeri bersama dengan Pegawai Kaunseling negeri dan Jurulatih Utama setiap negeri. Mesyuarat juga bagi menyelaraskan kaedah kutipan e-pelaporan mengikut negeri bagi semua sekolah menengah dan renda hseluruh negara.

Thursday, October 8, 2009

Mesyuarat JPKA & JKPAK Bil 4 2009

Mesyuarat JKPA dan JKPAK Bil 4 BPSH telah diadakan pada 8 Oktober 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Semarak.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Y.Bhg Pengarah BPSH.

Wednesday, September 16, 2009

Mesyuarat Sektor PKICT Bil.20/2009


Mesyuarat Sektor PKICT diadakan pada 16 September 2009 di Bilik Delima.
mesyuarat dipengerusikan oleh KPP PKICT dan dihadiri oleh KU, PP, PAK dan KPT.

Tuesday, September 15, 2009

Lawatan Susulan Laporan Audit RMT Ke Sibu




Pada 7-9 September 2009, satu lawatan susulan telah diadakan ke sekolah-sekolah sekitar Sibu, Sarawak. Lawatan ini adalah susulan daripada laporan audit Bahagian Audit Sekolah terhadap pengurusan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Sarawak.
Lawatan melibatkan 2 pegawai PKICT dan seorang pegawai JPN Sarawak. Sekolah-sekolah yang dilawati adalah:
  1. SK Nanga Bon
  2. SK Sg Nibung
  3. SK Sg Salim
  4. SK Batu 10
  5. SK Sibu Jaya
Laporan lengkap lawatan telah disiapkan dan akan dibentangkan kepada Pengarah BPSH.

Bengkel StraPP BPSH




Bengkel Strategi Pembangunan dan Pelaksanaan (StraPP)BPSH telah diadakan pada11-13 September di Royale Bintang Seremban. Bengkel ini melibatkan pengurusan tertinggi BPSH, daripada peringakat Pengarah sehingga KPP.

Terdapat 3 komponen utama dalam StraPP iaitu hala tuju, peta strategi, dan sistem pengukuran. Komponen 1 dan 2 telah dibincangkan secara menyeluruh dalam bengkel kali ini.

Untuk sesi kedua, bengkel akan melibatkan ketua-ketua unit dan akan memberi fokus kepada komponen ke-3 iaitu sistem pengukuran.

Bengkel telah dikendalikan dengan jayanya oleh Dr Amin bin Senin, Mantan Timbalan Pengarah (Dasar) BPSH).