Monday, September 14, 2009

MESYUARAT PENGURUSAN KAUNSELING KPM BERSAMA JPN

Tarikh : 14 - 16 September 2009
Tempat : Dynasty Hotel, Kuala Lumpur.
Bil Ahli : 20 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan bagi penyelarasan pengurusan data guru kaunseling dan e-Pelaporan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bagi tahun 2009.

Temuduga PTK PTR N11


BPSH melaksanakan Temuduga PTK untuk PTR N11 pada 14 September. Seramai 18 orang AKS telah ditemuduga oleh dua panel penemuduga. Sesi bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari.
Tahniah kepada semua calon dan semoga berjaya!

PERHIMPUNAN BULANAN BPSH (OGOS) 2009


Tarikh : 7 Ogos 2009
Masa : 2.00 pm
Tempat : Ruang Legar BPSH
Perhimpunan Bulanan dan Mesyuarat BPSH pada bulan Ogos di urusetiakan oleh Sektor Pengurusan Sekolah Menengah - BPSH. Tema pehimpunan bulan ini ialah Semangat Patriotisme sempena bulan kemerdekaan..Merdeka..Merdeka..Merdeka..

MESYUARAT TEKNIKAL DATA OPMEN BPSH BERSAMA JABATAN PELAJARAN NEGERI BIL. 3/2009

Tarikh : 14 - 16 September 2009
Tempat : Hotel Dynasty, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Bil Ahli : 30 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan bagi menyelaraskan pengurusan data OPMEN bersama dengan JPN dan memperkenalkan pindaan dalam sistem mengikut keperluan dan permintaan dari JPN negeri . Mesyuarat juga membentangkan tindakan perlu oleh JPN berhubung dengan data bagi Redeyployment guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. JPN perlu bersedia dengan maklumat berkaitan dengan guru bagi 3 matapelajaran tersebut kerana arahan dari Tan Seri KPPM mohon diadakan redeyployment sebelum hujung tahun ini. selain itu mesyuarat juga akan membincangkan penambahbaikkan sistem OPMEN bagi memenuhi kehendak semua pihak.

Friday, September 11, 2009

MESYUARAT PENGURUSAN KETUA UNIT MENENGAH BIL. 3/2009


Tarikh : 07 - 09 September 2009
Tempat : Concorde Inn, KLIA, Selangor.
Bil Ahli : 25 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan bagi menyelaras pengurusan ketua unit dalam semua aspek Pengurusan SPS bersama dengan BPSH. Mesyuarat turut membincangkan Pengurusan Pertukaran Guru(Kreteria), Redeployment guru bagi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. Pembentangan kertas GSTT,Penempatan Pelajar Cemerlang, Penempatan berasaskan Bakat dan Pengurusan Ketua Cemerlang. Selain itu mesyuarat ini juga turut memasukkan input profesional berhubung Perjawatan dan Perkhidmatan PPP oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

Wednesday, August 26, 2009

MESYUARAT PENYELARASAN DATA OPMEN (JULAI) BIL. 3/2009 BPSH BERSAMA JPN SELURUH NEGARA




Tarikh : 17 - 20 Ogos 2009
Tempat : Awana, Genting Highland
Bil Ahli : 45 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan menyelaras kutipan data OPMEN berakhir pada 31 Julai 2009. Penyelarasan kutipan bersama dengan semua JPN seluruh negara dan telah berjaya melaksanakan mesyuarat dengan baik dan semua maklumat yang diperlukan berdasarkan kepada keperluan bahgian pada masa ini telah dapat diperolehi dari semua negeri.. Semua negeri berjaya malaksanakan kutipan data yang baik pada kutipan kali ini, penyelarasan hanya perlu dibuat terhadap dapatan data yang lebih ke penguatkuasaan dan pematuhan kepada semua negeri terhadap pengisian guru mengikut negeri masing-masing.

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL OPMEN online BPSH ( Menengah ) Bil. 2/2009


Tarikh : 02 - 05 Ogos 2009
Tempat : Bayview Hotel, Georgetown.
Bil Ahli : 45 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan untuk menyelaraskan pengurusan bersama negeri seluruh negara berhubung dengan OPMEN online. Mesyuarat bersetuju untuk melaksanakan OPMEN online bagi memudahkan pengemaskinian data dari sekolah ke PPD dan seterusnya ke JPN. Sehubungan dengan itu kertas cadangan dan permohonan bagi melaksanakan OPMEN online sedang disiapkan dan akan dikemukan kepada Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) KPM dalam masa yang terdekat selepas mendapat persetujuan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.