Mesyuarat JK Induk Hari Guru Bil.2/2010 telah diadakan pada 18 Mac 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Kemboja BPSH.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Y.Bhg.Tan Sri Dato' KPPM.
Mesyuarat dihadiri oleh Pengarah-pengarah Bahagian dan Jabatan.
Tuan rumah perayaan hari guru kali ini adalah JPN Pahang.
Tema : "Guru Pembina Negara Bangsa"
Thursday, March 18, 2010
Tuesday, March 16, 2010
MESYUARAT PENYELARASAN TERHADAP ARAHAN PENEMPATAN SERAMAI 20 ORANG CALON GURU (GSST) DARI UNITAR OLEH PEJABAT MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
Tarikh : 16 Mac 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat Kemboja, BPSH
Bil Ahli : Semua Bhg KPM
Mesyuarat berhubung dengan isu berhubung dengan penempatan graduan IPTS ke sekolah dibawah KPM. BPSH menerima seramai 402 orang graduan IPTS dari BPSM untuk penempatan ke sekolah-sekolah menengah dibawah KPM. Walau bagaimana pun, penempatan ini tidak dapat dilaksanakan kerana BPSH masih mengguna pakai dasar sedia ada bagi penempatan guru sandaran siswazah terlatih dari IPTA bagi sekolah menengah dan IPGM bagi sekolah rendah. Ekoran dengan iru satu kertas makluman sedang disediakan bagi memaklumkan kepada Menteri Pelajaran berhubung dengan perkara ini.
Tempat : Bilik Mesyuarat Kemboja, BPSH
Bil Ahli : Semua Bhg KPM
Mesyuarat berhubung dengan isu berhubung dengan penempatan graduan IPTS ke sekolah dibawah KPM. BPSH menerima seramai 402 orang graduan IPTS dari BPSM untuk penempatan ke sekolah-sekolah menengah dibawah KPM. Walau bagaimana pun, penempatan ini tidak dapat dilaksanakan kerana BPSH masih mengguna pakai dasar sedia ada bagi penempatan guru sandaran siswazah terlatih dari IPTA bagi sekolah menengah dan IPGM bagi sekolah rendah. Ekoran dengan iru satu kertas makluman sedang disediakan bagi memaklumkan kepada Menteri Pelajaran berhubung dengan perkara ini.
MESYUARAT VERIFIKASI DATA OPMEN JABATAN PELAJARAN NEGERI BERSAMA BPSH BIL 1/2010
Tempat : Hotel Goldcourse, Klang Selangor
Bil Ahli : 20 Orang
Mesyuarat adalah bertujuan untuk membuat verifikasi data OPMEN bil 1/2010 antara JPN dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM. Mesyuarat juga mengambil maklum berhubung dengan keperluan guru sekolah menengah seluruh negara, pengisian guru dan Waran yang di luluskan mengikut negeri. Mesyuarat juga memutuskan ABM perjawatan yang dikendalikan oleh BPSM masih tidak diputuskan berhubung dengan pindaan yang telah dibuat oleh negeri.
Wednesday, March 10, 2010
Mesyuarat Profesionalisme Ketua Unit Pengurusan Sekolah Menengah dan Verifikasi Data Opmen Peringkat KPM Bil. 1/2010
Tempat : Hotel Goldcourse, Kelang Selangor
Bil Ahli : 40 Orang ( 10 Pegawai BPSH, 16 Ketua Unit Menengah JPN dan 16 Pegawai Data Menengah)
Mesyuarat pengurusan sekolah menengah bil. 1 / 2010 akan membincangkan pelbagai perkara berhubung dengan pengurusan sekolah menengah bersama dengan semua ketua unit menengah semua JPN seluruh negara. Perbincangan juga meliputi semua aspek pengurusan termasuk guru, murid, Rededeployment, ABM Perjawatan 2010, pengisian guru mengikut negeri, penempatan, pertukaran, program tingkatan 6 dan pelbagai isu berhubung dengan SPS. Selain itu mesyuarat juga memberi fokus kepada data OPMEN bil 1/2010 bagi data berakhir 31 Jan 2010 dari segi ABM perjawatan yang diterima, keperluan guru dan pengisian guru dan juga berkaitan dengan muri dan kelas bagi tahun 2010
MESYUARAT PENGURUSAN PROFESIONALISME PKPSM BIL. 1/2010
TEMPAT : HOTEL SUMMIT USJ, SUBANG JAYA, SELANGOR
PESERTA MESYUARAT : AHLI JAWATANKUASA PKPSM KEBANGSAAN
PERKARA-PERKARA DIBINCANGKAN ;
PERKARA-PERKARA DIBINCANGKAN ;
1. PERSEDIAAN PERSIDANGAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PKPSM KALI KE-49 DI KOTA BHARU, KELANTAN PADA 22 -24 JUN 2010
2. PENYEMAKAN AKHIR DRAF MANUAL PROSEDUR KERJA SEKOLAH MENENGAH
3. TAKLIMAT PENGURUSAN DATA OPMEN DAN PENGURUSAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH
4. PERBINCANGAN PELAKSANAAN NKRA BIDANG SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI DAN GANJARAN BARU
5. AKTIVITI BIRO PROFESIONAL, DOKUMENTASI DAN SOSIAL & LAWATAN
Tuesday, March 2, 2010
MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL e-GTukar KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Tempat : Hotel Empress, Sepang
Bil Ahli : 60 Orang (JPN dan Bhg-Bhg KPM bagi Menengah dan Rendah)
Mesyuarat adalah bertujuan untuk membuat penyalarasan bersama dengan semua negeri bagi pegawai guru menengah dan rendah berhubung dengan pelaksanaan pertukaran guru bagi tahun 2010 seluruh negara berhubung dengan tindakan JPN bersama dengan semua PPD masing-masing dalam proses pembersihan data guru dan sebagainya. Penyelarasan penjelasan dan penerangan ini penting sebagai panduan kepada semua JPN untuk memjelaskan kepada negeri selepas ini berhubung dengan perkara yang sama
MESYUARAT PENYELARASAN DAN VERIFIKASI DATA OPMEN JANUARI 2010 MENGIKUT ZON
Tempat : JPN WP Labuan ( Zon SQL)
Bil Ahli : 3 Pegawai BPSH dan JPN Sabah, JPN Sarawak dan JPN WP Labuan
Verifikasi data OPMEN bagi zon SQL di urusetiakan oleh JPN WP Labuan dan pemeriksaan juga tertumpu kepada waran bagi tahun 2010 dan pengisian yang dilaksankan oleh semua JPN yang terlibat. Pemtuhan kepada ABM yang diluluskan adalah sangat penting memandangkan waran bagi tahun 2010 belum diluluskan secara resmi oleh BPSM kerana penyelarasan sedang dilaksanakan oleh negeri bagi mengikut keperluan operasi sebenar sekolah mngikut negeri.
MESYUARAT PENYELARASAN DAN VERIFIKASI DATA OPMEN JANUARI 2010 MENGIKUT ZON( MELAKA) ZON SELATAN DAN (PERAK) ZON UTARA
Tempat : JPN Melaka & JPN Perak
Bil Ahli : 2 Pegawai BPSH dan 2 Urusetia dari JPN Melaka
Zon Selatan (Pegawai Opmen Johor,Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur)
Zon Utara (JPN Perak,JPN Perlis, JPN Kedah, JPN Pulau Pinang, JPN Kelantan dan JPN Terengganu)Verifikasi data OPMEN bagi kutipan berakhir pada 31 Januari 2010 bermula dari 17 - 2 Mac dilaksanakan secara berperingkat dan mengikut 3 zon iaitu Utara (Perak), Selatan (Melaka) dan Zon SQL (WP Labuan). Verifiksi kali ini akan memberi penekanan kepada waran yang diluluskan mengikut cnegeri dan pematuhan ABM yang diluluskan disamping tentang pengisian guru, muri dan Kelas.
PEMANTAUAN KE PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU LANGAT DAN PPD SEPANG SELANGOR
Tarikh : 10 & 11 Februari 2010
Tempat : PPD Hulu Langat dan PPD Sepang
Bil Ahli : 5 Orang Pegawai BPSH dan 2 Orang Pegawai JPN
Pemantauan juga adalah bertujuan mendapat maklumbalas dan pelaksanaan pengurusan sekolah oleh JPN kepada semua PPD mencpai matlamat dan kehendak kementerian pelajaran. Pemantauan di Selangor juga sebagai penandaaras bagi semua negeri lain dalam pengurusan sekolah terutama berhubung dengan pengurusan guru.
PEMANTAUAN KE PEJABAT PELAJARAN DAERAH PETALING PERDANA DAN SEKOLAH SMK TAMAN SERI MUDA
PEMANTAUAN GSST SMK TM SERI MUDA
Tarikh : 9 Februari 2010
Tempat : PPD Petaling Perdana
Bil Ahli : 5 Orang Pegawai BPSH & 3 Orang Pegawai JPN
Pemantauan ke PPD Gombak pula adalah bagi memastikan pelaksanaan penempatan, pematuhan ABM dan Redeployment yang dilaksanakan oleh JPN Selangor kepada semua PPD di Selangor adalah dibawah kawalan masing-masing dan menepati kehendak yang teah ditetapkan oleh KPM.
Monday, March 1, 2010
PEMANTAUAN PENEMPATAN GSST, PEMATUHAN ABM, PENGISIN GURU DAN REDEPLOYMENT BAGI NEGERI SELANGOR
Tarikh : 8 - 12 Februari 2010
Tempat : JPN Selangor,PPD Petaling Perdana, PPD Hulu Langat, PPD Gombak dan PPD Sepang
Bil Ahli : 6 Orang Pegawai Menengah
Jemputan : Timbalan Pengarah (Sekolah) BPSH
Pemantauan adalah bertujuan bagi memastikan semua program berhubung dengan guru di pengurusan menengah menepati dasar BPSH, KPM yang telah ditetapkan. Pemantauan program ini juga bagi memastikan program yang dirancang bagi peringkat JPN, PPD dan Sekolah menepati kehendak sebenar program dan menepati kehendak kementerian amnya. Selain itu pemantauan ini juga bertujuan memasikan pelaksanaan redeployment oleh negeri berjalan mengikut jadual dan tidak menimbulkan sebarang masalah.
PEMANTAUAN PENEMPATAN GSST Bil 1 / 2010 DAN PROGRAM ORIENTASI KE SEKOLAH
Tempat : SMK Ayer Molek, Melaka
Bil Ahli : 1 Pegawai BPSH(Menengah) 2 Pegawai JPN Melaka & GSST
Pemantauan Program adalah bertujuan bagi memastikan JPN melaksanakan Program Orientasi di peringkat JPN dan Sekolah. Program ini juga bertujuan memastikan penempatan yang dilaksanakn oleh JPN menepati kehendak Kementerian dari segi pengisian guru mengikut opsyen yang diperlukan oleh sekolah. Pemantauan juga bertujuan untuk penambahbaikan terhadap program orientasi penempatan GSST pada masa akn datang.
Mesyuarat Mingguan PKICT
Subscribe to:
Posts (Atom)