Thursday, December 25, 2008
Majlis Taklimat Persediaan Penggal Persekolahan 2009
Wednesday, December 24, 2008
MESYUARAT PENYELARASAN PENEMPATAN KHAS GURU GSST ( KPLI - RENDAH ) DAN DPLI BIL. 1 / 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat Kemboja. BPSH
Bil Ahli Mesyuarat : 30 Orang
Thursday, December 18, 2008
KURSUS KEPEMIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2008
19 – 22 Ogos 2008
Kota Baharu, Kelantan
Kursus Kepemimpinan Pengawas Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 19 hingga 22 Ogos 2008 bertempat di SMKA Naim Lilbanat Kota Bharu Kelantan. Tujuan kursus ini ialah untuk:
1. memperkembangkan potensi kepemimpinan dalam diri pemimpin pelajar
2. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kepimpinan
3. memperluaskan pengalaman pemimpin pelajar bersama tokoh pemimpin
4. meningkatkan tahap kesedaran dan tanggungjawab pemimpin pelajar dalam memberi
Tema kursus kali ini ialah PEMIMPIN PELAJAR PEWARIS NEGARA. Peserta kursus didatangkan dari seluruh negara. Jumlah peserta yang diperuntukan ialah seramai 800 orang. Mereka adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin pelajar sekolah menengah dan rendah. Kursus telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ibrahim Ahmad, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 Ogos 2008 di Dewan Utama Pusat Sumber Pendidikan negeri Kelantan
20 Ogos 2008 ( Rabu 2.00 ptg– 4.30 PETANG)
BENGKEL MENCANTING BATIK
Bengkel ini telah diadakan dengan kerjasama Pusat Kraftangan Kelantan. Peserta didedahkan dengan cara membuat batik. Pada mulanya para peserta diberikan taklimat dan selepas itu setiap peserta diberikan peluang untuk mencanting batik mengikut kreativiti masing-masing. Pada jam 2.20 tengah hari, para peserta berada di Pusat Inovasi Batik. Sebelum aktiviti mencanting batik dimulakan, para peserta diberikan sedikit taklimat oleh pihak Pusat Inovasi Batik. Setiap peserta diberikan satu kain bercorak batik dan diberi peluang untuk mencanting mengikut kreativiti masing-masing. Sebagai kenang-kenangan, hasil cantingan peserta dibenarkan untuk dibawa pulang.
20 Ogos 2008 ( Rabu 08.00 – 11.00 malam )
CERAMAH CIRI-CIRI PEMIMPIN
Ceramah kepemimpinan ini telah disampaikan oleh En Khalid Bin Wok. Para peserta telah diberikan pendedahan tentang ciri-ciri kepemimpinan yang menjadi idola dan ideal serta perlu diterapkan dalam diri seorang pemimpin. Ceramah ini telah menggariskan sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin. Ceramah ‘Ciri-ciri Pemimpin’ yang disampaikan oleh En Mohd Khalid bin Wok atau lebih mesra dengan panggilan “Abah”. Antara ciri-ciri kepimpinan yang ditekankan oleh Abah ialah berdisiplin, berperancangan, berpersonaliti cemerlang, berdaya juang tinggi serta boleh berkomunkasi dengan baik. Bakal pemimpin juga perlu mempunyai prinsip yang teguh, bersikap keizen, dan sentiasa bersedia untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.
21 Ogos 2008 ( KHAMIS 8.00 – 10.00 pagi )
BENGKEL PENGUCAPAN AWAM
Bengkel ini telah dikendali oleh YM Raja Zulkifli. Para peserta telah didedahkan dengan teknik-teknik dan cara pengucapan awam serta skil yang diperlukan. Kemudian setelah diberikan input secara teoritikal, para peserta dikehendaki untuk menggunakan teori yang telah dipelajari dengan mempraktikkannya dalam pengucapan mereka. Para peserta diberikan masa untuk memberikan ucapan secara spontan dalam bengkel tersebut.
21 Ogos 2008 (Khamis 10.30 pagi – 12.30 tengahari)
FORUM KEPEMIMPINAN
Forum ini telah dikendalikan oleh Tn Hj Nik Mat Bin Nik Lib. Ahli panel adalah terdiri daripada Tn Hj Khairul Anuar iaitu Pengetua SMK Chabang Empat Tumpat, En Abdul Rashid Zakaria, Kaunselor SMKA Tok Bachok dan Saudari Amirah Abdul Aziz Tokoh Pelajar 2008 Peringkat Kebangsaan. Forum ini memberi banyak input bagi menjana potensi ke arah menjadi pemimpin yang berwawasan, berketerampilan dan mempunyai jati diri unggul.
21 Ogos 2008 (Khamis 2.30 ptg – 5.00 petang)
EKSPLORASI MINDA
Para peserta diagihkan dalam kumpulan seramai 20 orang setiap kumpulan. Mereka dikehendaki berjalan di bandar Kota Bharu dan perlu melalui 5 check point yang telah ditetapkan. Sepanjang perjalanan untuk ke setiap check point setiap kumpulan dikehendaki melaksanakan tugasan yang diberikan. Check point satu adalah di Stadium Sultan Muhd Ke 4, check point dua adalah di Pasar Siti Khadijah, check point 3 adalah di Bazar Buluh Kubu, check point 4 adalah di Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan dan check point 5 adalah di Pasar Raya Kota Bharu (KB Mall).
21 Ogos 2008 (Khamis 9.00 – 11.00 malam)
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
Majlis Perasmian Penutup ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Ishak Bin Ismail, Ketua Sektor Pengurusan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Kelantan. Dalam majlis ini Ketua Sektor telah menyampaikan penghargaan kepada semua kontinjen yang telah menyertai kursus. Beliau mengharapkan semoga hubungan yang terjalin akan terus berkekalan. Majlis penutup ini diakhiri dengan penyampaian sijil dan cendarahati kepada semua peserta dan juga guru-guru serta pegawai pengiring.
MESYUARAT PENGURUSAN SEKTOR MENENGAH ( REFLEKSI ) 2008
Puteri Bayu Beach Resort, Pangkor. Perak
Peserta : Semua Pegawai Sektor Pengurusan Sekolah Menengah
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk menyelaras Pelaporan Aktiviti 2008,Penambahbaikan Aktiviti dan Penentapan SKT 2009 bagi Sektor Menengah.
Tuesday, December 16, 2008
Bengkel Blog Untuk Pegawai Prasekolah JPN
Program Lawatan Ke Macau, Hong Kong dan China
Mesyuarat Pengurusan Pengisian Jawatan Guru Besar Dan GPK Gred DGA34 & DGA32
Perhimpunan BPSH Bulan Disember
MESYUARAT PENEMPATAN GURU KPLI RENDAH KE MENENGAH
Tempat: Bilik Nilam, Sektor Menengah, BPSH
Ahli Mesyuarat: Semua pegawai Sektor Menengah
Tujuan: Mesyuarat bertujuan membuat penempatan KPLI rendah ke menengah pada 2 Jan 2009
SEMINAR PENUBUHAN MAJLIS PERMUAFAKATAN
Kementerian Pelajaran Malaysia (Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, Kementerian Pelajaran) telah menganjurkan Seminar Penubuhan Majlis Permuafakatan Pendidikan Daerah (MPPD) Peringkat Kebangsaan pada 14 – 16 November 2008 di Dewan Besar, WismaDarul Iman, Kuala Terengganu, Terengganu. Seramai 350 orang peserta menghadiri seminar tersebut. Peserta seminar terdiri dari Pegawai Pelajaran Daerah seluruh negara, YDP PIBG (seorang setiap daerah), pegawai-pegawai dari Bahagian-Bahagian KPM dan Pengarah Pelajaran Negeri. Jumlah ini juga termasuk pegawai-pegawai agensi luar sebagai panel forum.
Allahyarham YB Dato’ Haji Ghazali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia telah merasmikan seminar pada 15 November 2008 dan seterusnya menutup rasmi seminar tersebut pada 16 November 2008. YBhg. Dato’ Haji Alimuddin Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah membentang kertas Konsep Majlis Permuafakatan Pendidikan Daerah (MPPD)
Para peserta seminar berpendapat bahawa Majlis Permuafakatan Pendidikan Daerah (MPPD) sangat penting dalam usaha Kementerian Pelajaran untuk memantapkan Sistem Pendidikan Negara dan mencapai matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010. Peranan Pegawai Pelajaran Daerah ditingkatkan supaya menjadi tunggak MPPD dalam usaha menangani isu pendidikan dari aspek kokurikulum, akademik, kesihatan dan keselamatan, hal ehwal murid serta kebajikan guru.
Seminar menyedari dan memperaku bahawa untuk membangunkan modal insan dan menangani masalah murid merupakan tanggungjawab bersama Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah, PIBG, PDRM, pihak swasta dan pihak yang berkepentingan dalam pendidikan. Para peserta dengan demikian menerima supaya resolusi seminar menyatakan persetujuan berikut:
* Menyambut baik dan menyokong penuh penubuhan dan pelaksanaan fungsi MPPD
* Semua pihak yang terlibat dengan Jawatankuasa MPPD perlu memainkan peranan penting secara aktif dan proaktif untuk mencapai matlamat dan objektif penubuhan MPPD
* MPPD akan berusaha untuk memperkasakan PIBG supaya dapat memberikan sumbangan dengan lebih berkesan dan bermakna
* Penubuhan dan pelaksanaan MPPD tidak dipolitikkan dan ada pemantauan secara berterusan;
* Menjemput dan menggunakan khidmat bekas murid, tokoh dan pemimpin masyarakat setempat serta ibu bapa yang berkepakaran dan berkemahiran untuk memberikan sumbangan dalam program pendidikan yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan daerah;.
* MPPD akan memastikan agar PIBG merangkumi sekolah menengah dan rendah diwakili dan keanggotaan MPPD dibuka kepada pihak lain yang berkepentingan dalam pendidikan termasuk JKKK dan juga pihak swasta ;
* MPPD mengalu-alukan persetujuan PDRM untuk sentiasa bekerjasama dalam melaksanakan pelbagai program untuk menangani gejala sosial dalam kalangan pelajar sebelum terlibat dengan kes-kes jenayah yang lebih berat.
MESYUARAT KETUA UNIT BILANGAN 4/2008
Tempat : Merdeka Palace. Kuching,Sarawak.
Bilangan Peserta : 25 ( Semua KU Seluruh Negara dan Urusetia )
Mesyuarat ini adalah bertujuan : Penutupan dan Pembukaan Sesi Persekolahan.
Pengisian Mesyuarat
Monday, December 15, 2008
Mesyuarat Penyelarasan di Peringkat Bahagian KPM dan 12 PPD Rintis
Friday, December 12, 2008
PERSIDANGAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING KALI KE TIGA
3 – 5 November 2009
MITC Ayer Keroh Melaka
Seramai hamper 250 orang Guru Bimbingan dan Kaunseling dari seluruh Negara telah menyertai persidangan kali ini. Persidangan tersebut telah mengemukakan resolusinya kepada YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussin, Menteri Pelajaran Malaysia di majlis penutup persdiangan pada 5 November 2008. Antara lain resolusi yang dicapai ialah supaya Kementerian Pelajaran melengkapkan kemudahan komputer di bilik Bimbingan dan Kaunseling sekolah-sekolah. Kemudahan ini akan meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan bidang ini melaksanakan fungsinya sebagai elemen sokongan penting dalam mendidik dan membangunkan anak-anak di sekolah secara menyeluruh.
Rata-rata peserta persidangan menyatakan bahawa perlunya ada perubahan dan tambahan sokongan bagi menangani isu-isu murid sekolah yang sedang membentuk jati diri mereka. Cabaran yang dihadapi oleh anak-anak pada hari ini adalah berbeza dari tahun-tahun 1980’an dan 1990’an. Justeru pendekatan perlu disesuaikan dan sekolah memerlukan kelengkapan-kelengkapan yang dapat menyokong perkhidmatan bimbingan dan kaunseling supaya lebih meluas dan berkesan.
Persidangan yang telah dianjurkan merumuskan agar perkara-perkara berikut dipertimbangkan oleh pihak kementerian:
a. Melengkapkan kemudahan teknologi maklumat seperti komputer riba dengan talian internet di semua Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah-sekolah di seluruh negara.
b. Mengkaji semula peruntukan Bantuan Perkapita (PCG) unit bimbingan dan kaunseling dengan kadar RM 4.50 seorang kepada RM 20.00 seorang.
c. Memohon mewujudkan Sub Unit Bimbingan dan Kaunseling di Sektor Hal Ehwal Murid Kementerian Pelajaran Malaysia, Unit Bimbingan dan Kaunseling di Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri dan Pegawai Bimbingan dan Kaunseling di Pejabat Pelajaran Daerah.
d. Menyediakan peruntukan khas bagi tujuan latihan peningkatan profesionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling di peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.
e. Menyediakan peruntukan khas bagi menaiktaraf bilik dan kemudahan unit Bimbingan dan Kaunseling demi kesejahteraan murid.
f. Jawatan Kaunselor Gred Terbuka di Bahagian Psikologi dan Kaunseling ( di KPM, JPN dan PPD) ditutup kepada DG kerana Kaunselor DG lebih memahami dan menjiwai keperluan guru yang memerlukan perkhidmatan kaunseling.
Wednesday, December 10, 2008
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM PERMATA OLEH KPM
Thursday, December 4, 2008
Perasmian Kelas Prasekolah SK FELDA Ulu Tebrau Oleh YAM Tengku Mahkota Johor


Mesyuarat Jerayawara Modul Skim Bantuan Tuisyen (SBT) Murid Tahun 6, 2008
Mesyuarat Peningkatan Akademik Bersama Pegawai Akademik Sekolah Rendah Jabatan Pelajaran Negeri Bil. 1/2008
MESYUARAT PENGURUSAN LAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN

HOTEL GOLDCOURSE. KLANG. SELANGOR
BILANGAN PESERTA : 90 ORANG
Wednesday, December 3, 2008
Mesyuarat Penyelarasan Inisiatif ICT
Tuesday, December 2, 2008
Mesyuarat Penyelarasan Program Prasekolah Bersama Agensi Kerajaan
HARI BERTEMU PELANGGAN
i. Batu Pahat Mall, Batu Pahat, Johor pada 22 – 24 Februari 2008
ii. Melaka Mall, Air Keroh, Melaka pada 25 – 27 April 2008
iii. Berjaya Mega Mall, kuantan, Pahang pada 25 – 27 Julai 2008
iv. Queenbay Mall, Bayan Lepas, PP pada 1 – 3 November 2008
Tujuan program HBP diadakan adalah untuk menerangkan tugas dan tanggungjawab Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Pelanggan akan diberi layanan yang sebaik-baiknya oleh para petugas dalam menjawab sebarang kemusykilan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan.
MESYUARAT PENGURUSAN PENDIDIKAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DAN PERSIDANGAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN TAHUN 2008
i. Pembentangan kertas Kerja oleh Bahagian-Bahagian di KPM
ii. Pembentangan kertas Kerja oleh PPD
iii. Pembentangan Kertas Kajian Pelaksanaan Program Intenvensi KPM oleh PPD/G
iv. Lawatan Penandarasan dan Lawatan Kerja
v. Penyediaan Kertas cadangan penstrukturan PPD dan Penggredan Jawatan PPD
vi. Menilai tahap pengurusan dan pelaksanaan dasar-dasar sedia ada dan dasar-dasar baru di
Mesyuarat Khas Peluasan Prasekolah 2009
Program Penempatan Guru Januari 2009
MESYUARAT PEMUAFAKATAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KPPM TAHUN 2008
Sepanjang tahun 2008, sebanyak 2 kali mesyuarat telah dijalankan iaitu :
1. Mesyuarat Permuafakatan Pengurusan Pendidikan KPPM Bil. 1/2008 diadakan di Hotel Heritage, Ipoh Perak pada 13 - 15 Januari 2008
2. Mesyuarat Permuafakatan Pengurusan Pendidikan KPPM Bil. 2/2006 di The Zon Regency, Johor Bahru, Johor pada 19 – 21 September 2008
MESYUARAT PENYELARASAN KELAS RANCANGAN KHAS ( KRK )

HOTEL REGENCY, KUALA LUMPUR
BILANGAN PESERTA : 40 ORANG
Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaraskan seminar Kelas Rancangan Khas ( KRK ) yang akan diadakan di Terengganu pada 26 - 28 November 2008. Penyelarasan ini perlu diadakan kerana melibatkan ramai peserta jemputan dari agensi luar yang akan membentangkan kertas kerja seminar.
SEMINAR KELAS RANCANGAN KHAS ( KRK )

PERMAIN INN, TERENGGANU
BILANGAN PESERTA : 70 ORANG
Mesyuarat ini bertujuan untuk membentangkan kertas kerja sekolah-sekolah KRK yang terpilih sebagai penanda aras bagi setiap negeri.
MESYUARAT PENGURUSAN PENDIDIKAN KPPM TAHUN 2008
Sepanjang tahun 2008, sebanyak 6 kali mesyuarat telah dijalankan iaitu :
1. Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM Bil. 1/2008 diadakan di Hotel Heritage, Ipoh Perak pada 11 – 13 Januari 2008
2. Mesyuarat Pengurusan pendidikan KPPM Bil. 2/2008 diadakan di Vistana Hotel, Kuala Lumpur pada 29 – 30 April 2008
3. Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM Bil. 3 dan 4/2008 diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6 Blok E8, Putrajaya iaitu pada 18 Julai dan 20 Ogos 2008
4. Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM Bil. 5/2008 diadakan di The Zon Regency, Johor Bahru, Johor pada 20 – 22 September 2008.
5. Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM Bil. 6/2008 diadakan di Renaissance, Kota Bharu, Kelantan pada 7 – 9 November 2008.
TAKLIMAT PEMANTAPAN PELAKSANAAN MS ISO 9001 : 2000 KUMPULAN SOKONGAN
Tarikh : 21-23 Oktober 2008 di Hotel Sri Costa, Melaka
Taklimat ini dihadiri oleh 3 orang Kumpulan Sokongan setiap Jabatan Pelajaran Negeri termasuk dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Penceramah yang dijemput terdiri dari En. Razif Ismail dari (JPN Perak), Tn. Hj. Mohd Yazid Buntal (JPN Negeri Sembilan) dan En. Mohd Nasim Zakaria serta En. Mohammad Yong Salleh dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Taklimat ini berfokus kepada strategi pelaksanaan MS ISO 9001 : 2000, pengurusan fail dan perkhidmatan, supaya lebih mantap dalam melaksanakan pengurusan dan pentadbiran di Bahagian dan Negeri masing-masing. Taklimat ini juga bertujuan memberi pendedahan tentang persediaan bagi kelancaran proses audit pemantauan kedua oleh pihak SIRIM QAS.
MESYUARAT JAWATANKUASA PERSIDANGAN PGNPQH
HOTEL SEAVIEW, LANGKAWI
BILANGAN PESERTA : 30 ORANG
MESYUARAT SKU/SKT SEKTOR PENGURUSAN DASAR DAN KEURUSETIAAN
Mesyuarat ini untuk memurnikan dan menambahbaik tugas tugas pegawai dan takwim bagi sektor ini. Mesyuarat ini hanya dihadiri oleh pegawai dan staff sokongan sektor SPDK. Diantara fokus utama mesyuarat ini ialah :
1. menetapkan fokus utama sektor
2. merancang aktiviti-aktiviti bagi mencapai sasaran fokus utama
3. menyediakan takwim pelaksanaan aktiviti sepanjang Tahun 2009
Seminar Pematuhan dan Pemantapan Kontrak untuk Tukang Masak Asrama
Hotel Dynasty & Plaza Hotel, K. Lumpur
Seminar ini bertujuan untuk memberi taklimat berkaitan pengurusan pemakanan, pengurusan kantin asrama dan penyediaan makanan kepada 300 orang kontraktor pengusaha dan pekerja kantin asrama seluruh Malaysia
Seminar ini adalah usahasama di antara Kementerian Pelajran Malaysia dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Kontraktor dan pekerja mereka telah diberi pendedahan berkaitan penyediaan makanan oleh chef dari hotel tersebut. Kementerian Kesihatan juga telah menyampaikan taklimat dari aspek kesihatan, manakala BPSH telah menyampaikan taklimat dari aspek kebersihan dan keselamatan di kantin asrama sekolah.
MESYUARAT PENYELARASAN KUTIPAN DATA OPMEN BIL. 4/2008
BILANGAN PESERTA : 40 ORANG
Tujuan : Penyelarasan kutipan data opmen semua JPN bersama dengan BPSH.
MESYUARAT KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
MITC AYER KEROH, MELAKA
BILANGAN PESERTA : 25 ORANG
Penutupan sesi persekolahan 2008 dan pembukaan sesi persekolah 2009 serta lantikan guru dan kelulusan pembukaan kelas tingkatan 6.
Semua Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Negeri telah hadir ke mesyuarat ini dan beberapa keputusan berkaitan dengan pembukaan dan penutupan sesi persekolah telah mendapat persetujuan semua ahli mesyuarat.
Rakan Hotline
Hotel Gold Course
Program ini merupakan program rintis kepada 150 orang murid Pembimbing Rakan Sebaya dari negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Program ini bertujuan untuk melahirkan ahli yang prihatin dan bertanggungjawab untuk menangani masalah disiplin dan salah laklu murid di sekolah mereka. Program ini juga memberi bimbingan dan kemahiran komunikasi dalam menguruskan aduan-aduan yang terima di peringkat sekolah mereka. Program ini juga mengundang Prof. Madya Dr. Zuraidah Abdul Rahman yang mengasas Pembimbing Rakan Sebaya. Program ini diharapkan dapat di adakan di negeri lain pada masa akan datang.
Mula Bertugas di Bilik Urus Setia Adudisiplin
LAWATAN PENGARAH KE SEKOLAH PEDALAMAN SABAH

MESYUARAT PENYELARASAN PUSAT INTERAKSI PELANGGAN KPM
24-26 November 2008
Ancasa, MITC, Ayer Keroh, Melaka
Kementerian Pelajaran Malaysia akan mewujudkan Pusat Interaksi Pelanggan KPM (PIP) di Menara VADs, TM di Taman Tun Dr. Ismail bermula 19 Disember 2008. Pusat Interaksi Pelangan ini akan mengendalikan semua pertanyaan, aduan dan cadangan oleh awam melalui talian 03-77267070. Mesyuarat bertujuan mengumpul maklumat untuk keperluan PIP ini dikelolakan oleh Bahagian Hal Ehwal Korporat bersama bahagian-bahagian KPM dan pegawai Vads, TM Sdn. Bhd. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian diwakili oleh Puan Norliza Haji Mohd. Noah sebagai perintis hotline di KPM.
ORIENTASI PENEMPATAN GURU SISWAZAH SANDARAN TERLATIH BIL. 6/2008

10 - 14 NOVEMBER 2008
HOTEL EMPRESS, SEPANG
BILANGAN GSST : 496 ORANG
Sebagai persediaan kepada bakal guru-guru baru yang akan ditempatkan di Sabah dan Sarawak.
Pendedahan awal kepada GSST yang akan dilantik sebagai penjawat awam. Dari segi urusan perlantikan, peraturan dan kod tatakelakuan perkhidmatan awam. Gambaran awal terhadap GSST mengenai kawasan penempatan di Sabah dan Sarawak, selain mengenali budaya masyarakat setempat. Keutamaan diberi kepada guru di Sabah dan Sarawak dari segi perlantikan sebagai GSST.
Mesyuarat Profesional Guru Besar Murid Orang Ali

Bertempat di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur telah berlangsung Mesyuarat Profesional Guru Besar Murid Orang Asli iaitu pada 6 - 8 November 2008. Seramai 97 orang peserta telah menghadiri mesyuarat ini. Tujuan mesyuarat ini untuk mendapatkan maklumbalas data murid, guru dan perkembangan pendidikan murid Orang Asli.
Program Karnival Prasekolah KPM
Program prasekolah peringkat kebangsaan telah diadakan pada 20 - 23 oktober 2008 yang lalu bertempat di De Rhu Beach Resort, Kuantan. Pelbagai acara telah diadakan sempena karnival tersebut. Antara acara yang dijalankan adalah tarian, nyanyian dan gerakan, pakaian beragam, hafazan, bercerita, deklamasi sajak, membrilie, kod isyarat tangan dan binaan istana pasir. Seramai 750 orang peserta terlibat dalam program karnival kali ini. Selain itu diadakan juga pameran bahan-bahan bantuan mengajar dan hasil kerja murid. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ibrahim bin Ahmad, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian mewakili Pengarah BPSH.
MESYUARAT TEKNIKAL SISTEM OPMEN KEPADA SEMUA PPD / PPG SELURUH NEGARA
PUTERI RESORT, AYER KEROH, MELAKA
BILANGAN PESERTA : 215 ORANG
TUJUAN : MEMPERKENALKAN SISTEM KUTIPAN DATA OPERASI VERSI BARU MENENGAH (OPMEN) KEPADA SEMUA PPD / PPG SELURUH NEGARA
Sepanjang 3 hari peserta didedahkan dengan variabel baru dalam sistem Opmen. Peserta juga diminta membuat ujilari terhadap sistem mengikut daerah masing-masing. Sistem ini akan diguna pakai sepenuhnya di seluruh negara sebagai sistem kutipan data menengah pada Januari 2009.
Keseluruhan peserta berpuas hati dan mengharapkan sistem ini dapat membantu dalam operasi kutipan data di daerah masing-masing.
PENGEMASKINIAN DATA PERIBADI DAN PROFIL PERKHIDMATAN SISTEM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HRMIS)
Penempatan Guru Sekolah Rendah
Seminar Pengurusan Pendidikan Prasekolah
Seminar pengurusan pendidikan prasekolah telah dijalankan dengan jayanya pada 4 - 6 Jun 2008 bertempat di Quality Hotel, Shah Alam. Seramai lebih 200 orang para peserta yang hadir. Para peserta seminar terdiri daripada pegawai-pegawai KPM, JPN dan guru-guru prasekolah dari seluruh negara. Sebanyak lima kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar tersebut.
Mesyuarat Penyelarasan Teras 3 PIPP - Memperkasa SK Bersama Pegawai Penyelaras Teras 3 PIPP KPM/JPN
Tarikh 12 - 14 Mac 2008, bertempat di Hotel City Bay View, Melaka telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Teras 3 PIPP - Memperkasa SK. Mesyuarat ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Pn. Ashah bt Samah, Timbalan Pengarah (Sekolah) dan telah dihadiri seramai 35 orang peserta. Tujuan mesyuarat ini untuk membuat penyelarasan pelaksanaan pelan tindakan serta aktiviti Teras 3 PIPP diperingkat Bahagian KPM dan Jabatan bagi membuat persediaan menyediakan Kad Laporan setengah tahun PIPP. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Tn. Hj. Zulkifly Wazir, Pengarah Bahagian Sekolah.
Pertukaran Guru Sekolah Rendah
Mesyuarat Proof Reading Modul Skim Bantuan Tuisyen (SBT) Tahun 6
Mesyuarat Proof Reading Mdul SBT Tahun 6 telah diadakan di Hotel Rossa Pasadena Cameron Highlands, Pahang pada 8 - 10 April 2008. Mesyuarat telah dihadiri seramai 30 orang peserta. Tujuan mesyuarat untuk Pemurnian dan Proof Reading Modul Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik Tahun 6. Perbincangan dalam kumpulan mengikut matapelajaran, penyemakan dan proof reading naskhah hardcopy serta pindaan dan penambahbaikan kepada salinan softcopy Modul SBT untuk diserahkan kepada pihak percetakan. Keputusannya Proof reading dan pemurnian modul SBT Tahun 6 dapat diselesaikan dan sedia untuk diserahkan kepada pihak percetakan.
Catatan lain: Modul SBT Tahun 6 telah selesai dicetak dan telah serahkan kepada JPN dan PPD untuk diedarkan kepada pihak sekolah pada bulan Ogos 2008.
PELAKSANAAN MS ISO 9001:2000
pasukan audit dalam telah melaksanakan tugas pengauditan mulai 5 Mei hingga 28 Jun 2008 di semua 117 lokasi. Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan pula telah diadakan pada 29 Oktober 2008 dan dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' Hajah Noor Rezan binti Bapoo Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan). Mesyuarat ini bertujuan bagi memastikan sistem kualiti yang dilaksanakan terus sesuai, mencukupi dan berkesan. Kajian semula ini juga meliputi penilaian ke atas peluang-peluang penambahbaikan dan keperluan perubahan kepada sistem pengurusan kualiti termasuk dasar kualiti dan objektif-objektif kualiti.
Pihak SIRIM QAS yang diketuai oleh Puan Hajah Fauziah Sulaiman dan dibantu oleh En. Maseri Saleh telah menjalankan Audit Pemantauan Kedua di BPSH , Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan dan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang mulai 17 hingga 26 November 2008. Dalam mesyuarat penutup audit pemantauan kedua pada 26 November 2008, pihak SIRIM QAS telah memperakukan bahawa BPSH dapat mengekalkan persijilan MS ISO 9001:2000. Mulai tahun 2009, BPSH bersama Bahagian-Bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan akan berusaha melaksanakan MSISO versi 2008.
SISTEM PENGURUSAN ASET
Sistem Pengurusan Aset Alih Kerajaan ini adalah satu sistem yang dibangunkan mengikut pekeliling Perbendaharaan Bil. Tahun 2007. Sistem inin adalah berfungsi daripada penerimaan aset sehingga kepada proses pelupusan atau hapuskiria.
Sistem ini adalah satu sistem pengurusan aset secara online yang mana Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah dipilih menjadi 5 perintis di Kementerian ini. Sistem ini dapat memudahkan urusan pengendalian aset. Ini bermakna semua urusaan mengenai aset di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian akan mudah dikenal pasti hanya melalui penggunaan 'bar code'.
Model sistem ini diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia telah diurusetiakan oleh Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset. Pemasangan pengisian dan peralatan di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian akan diadakan pada 4 Disember 2008.
MAJLIS ANUGERAH 3K
HOTEL GOLDCOURSE, KLANG
Majlis Anugerah 3K Peringkat Kebangsaan 2008 telah dirasmikan oleh YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Majlis ini dihadiri oleh 300 orang terdiri daripada Ketua Unit HEM JPN, Penyelia Kesihatan JPN, Penyelia Disiplin JPN, Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Selangor, Guru Besar dan Pengetua sekitar Negeri Selangor. Logo 3K juga telah dilancarkan pada majlis tersebut.
Sekolah yang telah menjuarai pertandingan tersebut bagi kategori Sekolah Menengah ialah SMK USJ 12, Subang Jaya, Selangor manakala bagi kategori Sekolah Rendah ialah SK Kuala Besut Terengganu. Masing-masing telah memperoleh hadiah wang tunai sebanyak RM 5000.00 beserta piala dan sijil kemenangan. Bagi naib johan dimenangi oleh SMK Dato' Peter Monjunpin, Penampang, Sabah bagi kategori Sekolah Menengah dan bagi kategori Sekolah Rendah dimenangi oleh SK Bandar Anggerik, Shah Alam, Selangor. Kategori ini memperoleh wang tunai sebanyak RM 3000.00 beserta piala dan sijil. SMK Putrajaya Precint 9(2), Putrajaya dan SRK St. Mary Convent, Sandakan, Sabah telah memenangi tempat ketiga dengan memperoleh wang tunai sebanyak RM 2000.00, piala dan sijil.
Sekolah-sekolah yang telah menyertai pertandingan ini juga telah mendapat piala penyertaan beserta sijil bagi menggalakkan sekolah menyertai 3K dan membudayakan 3K di peringkat sekolah.
Mesyuarat Akta Pelajaran/Surat Pekeliling Ikhtisas, Surat Siaran Siri 3/2008
Mesyuarat ini telah diadakan di Kota Kinabalu yang telah dihadiri oleh pegawai dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan ,Bahagian Pendidikan Islam,Bahagian Pendidikan Swasta, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Pegawai Khas Dato KPPM,dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian serta semua Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dan Ketua Unit Perhubungan Negeri Jabatan Pelajaran Negeri.Mesyuarat ini ini melibatkan seramai 45 orang peserta termasuk urusetia.Mesyuarat ini bertujuan memurnikan, menyemak semula Surat Pekeliling Ikhtisas/Surat Siaran,masalah warganegara asing dan anak jalanan,serta kutipan yuran dan yuran tambahan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Sulaiman Wak selaku Timbalan Pengarah(Dasar) dan penutup mesyuarat serta rumusan oleh En Shazali Ahmad selaku Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Dasar dan Keurusetiaan.
Mesyuarat Pengurusan Program Prasekolah
Mesyuarat Pengurusan Program Prasekolah bersama Jabatan Pelajaran Negeri akan diadakan pada 3 hingga 5 November 2008 bertempat Kuala Lumpur International Hotel. Di dalam mesyuarat tersebut beberapa perkara telah dibincangkan antaranya mengenai, peluasan program prasekolah 2009, pengurusan pertukaran dan penempatan guru prasekolah, pengurusan kewangan, menaik taraf prasekolah sedia ada dan sebagainya. Setiausaha Bahagian Kewangan, telah sama-sama hadir dalam mesyuarat ini untuk membincangkan beberapa perkara yang berkaitan pengurusan kewangan prasekolah.
Monday, December 1, 2008
Bengkel Pelaporan dan Takwim BPSH
Bengkel ini telah dihadiri oleh 17 orang pegawai dan kakitangan yang mewakili kelima-lima sektor dalam BPSH.
Matlamat utama bengkel ini adalah untuk menyiapkan laporan aktiviti BPSH sepanjang tahun 2008 secara atas talian. Bengkel ini juga bertujuan untuk menyiapkan takwim BPSH 2009. Sebagai pembaharuan kali ini, takwim BPSH 2009 akan disediakan dalam bentuk maya. Kalendar Outlook yang digunakan oleh warga BPSH untuk melihat emel di pejabat akan digunakan.
Peserta bengkel telah diperkenalkan kepada blog dengan cara membina blog peribadi/keluarga sendiri. Langkah demi langkah ditunjukkan satu persatu.