Friday, March 20, 2009

TAKLIMAT SMART SUPPORT TEAM (SST) DI ZON TIMUR


Tarikh : 10-12 Mac 2009
Tempat : Kuching, Sarawak
Perasmian: Haji Mohd Anuar bin Haji Abdul Hamid
Ketua Penolong Pengarah (SPKD)
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Bil. Peserta : 30 orang pegawai
PPD dan Kaunselor Sarawak, Sabah dan Labuan

Maklumat Taklimat :
Fungsi SST ialah untuk menenangkan anak-anak yang ditempatkan di pusat penempatan bencana. Anggota pasukan akan mengadakan aktiviti seperti sesi bercerita, bermain, berbincang dan aktiviti-aktiviti lain yang dapat mententeramkan pemikiran dan jiwa anak-anak yang sedang menghadapi trauma bencana.

Diingatkan bahawa anggota pasukan tidak seharusnya memberi perkhidmatan pemindahan mangsa, menyediakan kemudahan, memasak dan sebagainya, kerana tugas seumpama dikendalikan oleh pasukan-pasukan lain. Tumpuan dan prioriti hendakalah hanya kepada anak-anak mangsa.

Anggota pasukan perlu dilantik secara rasmi oleh JPN. Dengan demikian kehadiran bertugas adalah mematuhi peraturan dan syarat jabatan. Perkara ini akan memastikan kebajikan anggota terjamin, dan dalam masa yang sama berhak untuk membuat tuntutan menjalankan tugas dan dilindung sebagai kaki tangan kerajaan yang sedang menjalankan tugas jika berlaku sebarang kemalangan.