Friday, March 20, 2009

Mesyuarat Menangani Gejala Disiplin Sekolah


Mesyuarat Menangani Gejala Disiplin Sekolah bersama
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Polis Diraja Malaysia

Tarikh :
12 Mac 2009 jam 2.30 petang

Tempat :
Bilik Mesyuarat Utama KPM

Pengerusi :
YBhg. Dato’ Haji Alimuddin Haji Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia



Tujuan :
Mesyuarat bersetuju supaya menangani gejala disiplin di sekolah hendaklah mengguna pendekatan berdasarkan sekolah (school base). Cara dan pendekatan yang digunakan hendaklah merujuk kepada masalah dan suasana setempat. Dijangka tindakan ini akan dapat menyelesaikan apa jua isu yang berkaitan dengan lebih tepat dan berkesan.

Pendekatan gerak gempur ke sekolah-sekolah juga hendaklah dipertimbangkan kerana pendekatan ini tidak memerlukan perbelanjaan yang besar di samping dapat menggembling agensi-agensi penguatkuasaan dan pengurusan setempat secara menyeluruh.

Peruntukan ke Jabatan Pelajaran Negeri telah pun disalurkan oleh KPM (BPSH) bagi membiayai aktiviti kendalian bersama oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan kontinjen PDRM negeri. Peruntukan ini boleh digunakan bagi pembiayaan aktiviti di peringkat negeri, daerah mahupun sekolah.

Penyelesaian gejala disiplin murid di sekolah hendaklah ditangani secara kerjasama oleh semua pihak. Selain dari Kementerian Pelajaran dan PDRM, pihak MCPF juga dilibatkan. MCPF diminta memainkan peranan sebagai penggesa kepada organisasi dan badan yang mempunyai potensi untuk menyumbang kepada penyelesaian isu yang berkaitan. KPM dan PDRM akan merancang dan melaksana tindakan dalam bidangkuasa masing-masing seperti yang diamalkan.

Dimaklumkan bahawa penglibatan murid dalam tingkahlaku jenayah ialah sebanyak 0.03 % dari jumlah keseluruhan populasi murid di sekolah. Didapati bahawa sejumlah 80 % murid yang dikenakan hokum gantung sekolah membuat rayuan untuk bersekolah semula.

Tidak terdapat murid yang terlibat dalam kegiatan jenayah adalah anggota gangster atau bertingkahlaku sebagai gengster. Mereka yang terlibat dalam perlakuan jenayah hanya diklasifikasikan terlibat dalam kegiatan ala gengster.