Friday, March 20, 2009

MESYUARAT KETUA UNIT HEM JPN BULAN MAC 2009

Tarikh : 24 Februari 2009
Tempat : Dewan Konvensyen Taman Tamaddun IslamKuala Terengganu
Pengerusi: Dato’ Haji Alimuddin Mohd. DomKetua Pengarah PelajaraN alaysia

Tujuan :
Mesyuarat adalah bertujuan untuk mendapat maklumat mengenai persediaan pelaksanaan majlis pelancaran perayaan Hari Guru 2009, dan dalam masa yang sama untuk mendapat persetujuan berhubung dengan cadangan-cadangan perubahan dasar pengurusan. Mesyuarat telah dihadiri juga oleh Ahli Jawatankuasa Pengelola.

Ketetapan :
Dipersetujui supaya dilibatkan guru dari sekolah-sekolah bandar dan guru yang mengajar di dalam acara Menjunjung Budi Guru Pedalaman. Kumpulan guru ini perlu diberi perhatian kerana jasa mereka tidak kurang besarnya dalam mendidik anak bangsa.
Mengambil maklum bahawa:Menteri Pelajaran, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah bersetuju supaya tema perayaan tahun ini ialah Guru Pembina Negara Bangsa.Pertandingan Bahas Guru di peringkat pemilihan pasukan ke pertandingan separuh akhir kebangsaan akan dilaksanakan dalam bentuk karnival di IAB Cawangan Utara, Jitra, Kedah.Peraduan Menulis Cerita Kanak-kanak anjuran Bahagian Buku Teks diperluaskan penyertaan dengan menambah kategori menengah atas.Yayasan Guru Malaysia Berhad bersetuju untuk menyumbang sebuah mesin haemodilisis kepada Jabatan Pelajaran Terengganu bagi membantu keperluan warga pendidik yang memerlukan kemudahan peralatan ini. Sumbangan ini adalah bersempena dengan perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan di Terengganu kali ini.Hanya BTP akan membuat rakaman video dan gambar pegun dalam semua acara yang dianjurkan bersempena dengan perayaan. Lain-lain pihak akan hanya membuat rakaman melalui saluran (feed) BTP.Pelancaran buku-buku yang diterbitkan oleh Bahagian-bahagian di Kementerian dan juga Jabatan Pelajaran Negeri akan dilaksanakan pada majlis jamuan makan negeri (15 Mei 2009). Pelancaran akan disempurnakan oleh Menteri Pelajaran.