Sunday, March 29, 2009

Majlis Jasamu Dikenang - Tn Hj Ibrahim Ahmad TP(M)



Sempena dengan persaraan Tn Hj Ibrahim bin Ahmad, Timbalan Pengarah (Murid) BPSH, satu Majlis Malam Jasamu Dikenang telah diadakan khas untuk beliau di Puteri Resort, Melaka, pada 27 Mac 2009.

Majlis diserikan dengan kehadiran Y.Bhg Dato' Noor Rezan binti Bapoo Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang turut menyampaikan ucapan penghargaan beliau. Selain beliau, Y.Bhg, Pengarah BPSH turut juga memberikan ucapan.

Dalam ucapannya, Tn Hj Ibrahim menyingkap kembali sejarah perkhidmatannya dalam perkhidmatan kerajaan yang  menjangkau tempoh masa lebih 30 tahun. Beliau mengakui bahawa antara tempat kerja yang paling menyeronokkan adalah di BS/BPSH.



Petang sebelum jamuan, Tn Hj Ibrahim sempat berlumba "go-kart" bersama kakitangan BPSH. Turut bersama beliau adalah En Abdullah bin Mad Yunus, Timbalan Pengarah (Sekolah).

Selamat bersara buat Tn Hj Ibrahim. Jasamu dikenang.