Thursday, March 5, 2009

MS ISO 9001:2000 PKPS 4

MESYUARAT SEMAKAN MS ISO 9001:2000 PKPS 4
Pengurusan Aduan dan Maklumbalas Pelanggan
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


Tarikh :
26-28 Februari 2009

Tempat :
Royal Guest House, Kota Bharu, Kelantan

Pengerusi :
Puan Norliza Mohd Noah
Penolong Pengarah BPSH (SPKD)

Peserta :
22 orang pegawai JPN dan Bahagian KPM

Perasmian / Penutup :
Haji Mohd. Anuar bin Haji Abdul Hamid
Ketua Penolong Pengarah BPSH (SPKD)

Tujuan :
Mesyuarat adalah bertujuan untuk mengemaskini panduan pengurusan aduan dan maklumbalas pelanggan (PKPS 4) disamping untuk memantau tindakan atas isu berbangkit dengan dengan pengurusan Unit Aduan di BPSH (SPKD).

Ketetapan :
Dimaklumkan bahawa pengurusan adu disiplin akan mengguna struktur sedia ada di JPN dan PPD. Walaupun begitu kesefahaman kebanyakan JPN bahawa tugas berkaitan diserahkan kepada Unit Perhubungan di Sekor Pengurusan Sekolah. Di PPD walau bagaimanapun diserahkan kepada pihak pengurusannya untuk menentukan pegawai yang bertanggungungjawab. Surat dari kementerian akan dikeluarkan untuk memaklumkan kepada JPN akan keperluan melaksanakan adu disiplin dengan teratur dan pasti.

Saranan mengguna SPSS untuk menganalisa data adu disiplin diterima. Dalam hubungan ini para pegawai yang berkaitan perlu dipastikan menguasai ilmu dan kemahiran berkaitan.

Pengurusan di peringkat JPN dan PPD diingatkan supaya mengatur mesyuarat berkala 2-3 bulan sekali bagi memastikan supaya semua aduan mendapat perhatian dan maklumbalas. Pegawai berkaitan dingatkan bahawa maklumbalas yang disampaikan kepada pengadu boleh dalam bentuk maklumat yang lengkap mahupun status tindakan yang telah diambil. Walaupun begitu semua maklumbalas hendaklah mempunyai elemen komitmen dan kesungguhan.

Pengurusan Aduan dan Maklumbalas Pelanggan (PKPS 4) disemak semula berdasarkan keperluan semasa. Pindaan-pindaan yang dilakukan didaftarkan supaya dasar pengurusan yang berkaitan dirujuk dalam daftar MS ISO 9001:2000.

JPN Selangor dilantik sebagai pengelola kepada Seminar Adu Disiplin. Seminar ini dicadangkan supaya diadakan pada April 2009. Surat lantikan akan diserahkan bersama dengan waran peruntukan oleh pihak kementerian dalam masa terdekat. Buku Manual Prosidur Pengurusan Aduan akan dilengkapkan untuk tujuan rujukan di seminar ini.