Monday, March 23, 2009

Mesyuarat Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Bil.3/2009

Tarikh : 23 Mac 2009
Masa : 8.00 - 12.00 Tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat Semarak. BPSH
Bil ahli : Semua Pegawai JPN

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk meyelaraskan penempatan GSST bagi bil.3/2009 seramai 515 orang. Mesyuarat juga menjelaskan kepada pegawai negeri bahawa penempatan bagi kumpulan ini telah ditetapkan pada 13 April 2009 dan JPN juga perlu menyelaraskan semua penempatan pada tarikh yang sama bagi seluruh negara. Pihak JPN juga perlu menyediakan laporan penempatan bil3/2009 pada 24 -25 Mei semasa mesyuarat Ketua Unit menengah dalam borang Pelaporan MPG1. Mesyuarat juga telah menyerahkan senarai guru bagi penempatan bil3/2009 mengikut negeri yang ada penempatan.