Monday, February 16, 2009

Mesyuarat Sektor PKICT Bil.3/2009


Perkara :
Mesyuarat Sektor PKICT Bil.3/2009

Tarikh :
16 Februari 2009 - 11.15 pagi

Tempat :
Bilik Mesyuarat Permata

Kehadiran :
Semua pegawai Sektor PKICT

Pengerusi :
KPP Sektor PKICT

Antara Pengisian Utama:

a. Laporan setiap unit untuk aktiviti minggu lepas:
  1. Unit ICT telah siap membuat pembahagian peruntukan OS35000 peralatan ICT berjulah RM43 juta, antaranya peralatan ICT untuk 140 makmal dan 1386 asrama harian,
  2. Unit Kewangan telah menjalankan Mesyuarat JPKA JPN pada 12-14 Februari di Hotel Empress Sepang
  3. Unit Pentadbiran telah melaksanakan Bengkel Pakej Feb-Jun pada 11-14 Februari di Puteri Resort, Melaka

b. Aktiviti minggu ini mengikut unit:
  1. Ketua Unit ICT akan menghadiri bengkel khas untuk unit-unit ICT di Bahagian dan JPN, anjuran BPG pada 17-20 Februari 2009,
  2. Unit Kewangan akan menghantar bajet 2010-2011 yang diselaraskan mengikut ET (Expenditure Target) yang baru sahaja diturunkan,
  3. Kursus dalaman perisian MS Office akan dijalankan untuk pegawai dan staf yang berminat. Kursus bersiri ini akan dijalankan di makmal komputer BPSH. Tenaga pengajar adalah daripada Microsoft.