Thursday, February 19, 2009

Mesyuarat Pengurusan Guru Besar SJKT Malaysia


Mesyuarat Pengurusan Guru Besar SJKT Malaysia bersama dengan Pegawai Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah diadakan pada 18 Februari 2009, mulai pukul 9.00pagi di Bilik Mesyuarat Semarak, BPSH.KPM. Mesyuarat ini telah di Pengerusikan oleh En.Wan Roslan B.Wan Yaacob, KPP Sektor Sekolah Rendah. Seramai 26 orang Guru Besar telah hadir ke mesyuarat ini. Mereka ini adalah wakil Persatuan Guru Besar Sekolah Tamil negeri masing-masing. Beberapa isu mengenai Sekolah Tamil telah dibincangkan dalam mesyuat ini. Mesyuarat berakhir pada pukul 3.00 petang.