Monday, February 16, 2009

Mesyuarat JPKA SOP (JPN) Bil.1/2009


Perkara :
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun
Sektor Operasi Pendidikan (Jabatan Pelajaran Negeri) Bil.1/2009

Tarikh :
12 - 14 Februari 2009

Tempat :
Hotel Empress, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

Kehadiran :
Ketua-ketua Sektor K2P  dan akauntan JPN atau wakil

Pengerusi / Ucap Utama:
Y.Bhg Pengarah BPSH

Pengisian Utama:
Mesyuarat ini bertujuan melaporkan pengurusan kewangan bagi suku ke-4 2008 dan membincangkan strategi serta perancangan tahun 2009 khusus berkenaan pengurusan kewangan di JPN.

Pada hari terakhir, semua Bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan  telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat ini. Ini adalah platform bagi semua Bahagian berkenaan untuk bertemu JPN dan membincangkan isu-isu berkaitan kedua-dua belah pihak.

2 Fokus utama tahun 2009 adalah :
  1. mengaktifkan semula penggunaan sistem e-WPK untuk digunakan oleh semua JPN dengan sedikit penambahbaikan yang menjurus kepada format laporan JPKA. BPSH akan mengambil inisistif segera untuk berbincang dengan pembangun sistem.
  2. membantu secara aktif sekolah-sekolah yang mendapat audit berteguran supaya pengurusan kewangan pada tahun 2009 dipertingkatkan sehingga memperolehi sijil audit tanpa teguran.