Monday, February 23, 2009

MESYUARAT PENYELARASAN DATA OPMEN BIL. 1/2009 BPSH BERSAMA BHG-BHG KPM DAN JPN


Tarikh : 23 - 26 Februari 2009
Tempat : Putra Brasmana, Kuala Perlis. Perlis
Bil Ahli : 45 Orang ( KU Men, Pegawai Data Bhg-Bhg KPM dan Pegawai Data Negeri )

Mesyuarat ini adalah bertujuan membuat penyelarasan data operasi BPSH ( Men ) bersama dengan Bahagian-Bahagian KPM dan Jabatan Pelajaran Negeri seluruh negara. Mesyuarat ini akan diadakan secara berkala iaitu sebanyak empat kali setahun ( 31 Januari, 30 April, 31 Julai dan 31 Oktober ). Penyelarasan data ini perlu bagi mendapat maklumat terkini di semua JPN bagi tujuan pengisian jawatan, kekosongan jawatan, lebih kurang guru mengikut negeri, mengikut opsyen dan sebagainya. Data pengisian guru perlu terkini bagi tujuan Penempatan dan juga Pertukaran guru mengikut negeri. Selain itu maklumat-maklumat lain perlu dimaklumkan pada negeri mengenai :
i/. Pergerakan Guru ke Bahagian-Bahagian lain KPM
ii/. Penempatan PKPG sepanjang 2009
iii/. Penempatan KSPK tahun 2009
iv/. Pertukaran guru pada Januari 2009
v/. Rayuan Pertukaran guru bil 1/2009
vi/. ABM Perjawatan 2010 ( B41 )
vii/. Maklumat pengisian jawatan tingkatan 6
viii/.Pengisian pengetua gred DG44 - DG54 dan JUSA
ix/. Data Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan