Tuesday, February 24, 2009

MESYUARAT KONVENSYEN PATRIOTIK REMAJA KEBANGSAAN


Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola 3/2009
Konvensyen Patriotik Remaja Kebangsaan

Tarikh :
17 Feb 2009 jam 9.00 pagi
Tempat :
Putrajaya International Convention Center (PICC)
Pengerusi :
YBhg Dato’ Noor Rezan bt Bapoo Hashim
Timbalan Ketua Penolong Pengarah (SOP)

Tujuan :
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk memantau tindakan yang telah diambil oleh Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan. Selain mendapat laporan status tindakan, mesyuarat telah memperincikan atur cara pelaksanaan konvensyen. DYTM Raja Nazrin Shah telah memberi perkenan untuk menyampaikan Titah Utama di konvensyen kali ini, manakala YAB Dato’ Seri Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri pula bersetuju untuk menutup rasmi konvensyen.

Ketetapan :
Mesyuarat mengambil maklum bahawa jemputan peserta yang terdiri dari pemimpin pelajar IPT, Pusat Latihan, murid sekolah dan pemimpin masyarakat muda seramai 2,500 orang telah dipanjangkan. Seramai 250 orang pegawai-pegawai kanan kerajaan dijemput hadir di majlis Titah Utama DYTM Raja Nazrin Shah dan di majlis perasmian penutup.

Raptai bagi menyelaraskan pengendalian acara-acara majlis Titah Utama dan perasmian penutup konvensyen akan diadakan sehari sebelum hari konvensyen dianjurkan. Mesyuarat diingatkan bahawa tarikh konvensyen ialah pada 26 Februari 2009, justeru raptai akan diadakan pada 25 Feb 2009.

Penyampaian cek bantuan Palestin KPM, surat kepada anak-anak Palestin dan surat kepada pemimpin dunia akan disampaikan di majlis penutup konvensyen. Cek bantuan dan surat-surat ini akan disampaikan kepada YAB Dato’ Seri Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Dipersetujui bahawa YBhg Dato’ Haji Alimuddin Md Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysian akan menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis Titah Utama. YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran akan menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis penutup konvensyen. Kesemua ucapan disediakan oleh BPPDP.