Tuesday, January 11, 2011

MESYUARAT PENYERAHAN SENARAI MURID YANG LAYAK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2010 KE JABATAN PELAJARAN NEGERI


TARIKH : 15 APRIL 2010
TEMPAT : JPN SELANGOR

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai yang menguruskan Tingkatan Enam dari Bahagian-Bahagian seperti BPI, BPTV, BPSBPSK, BPKhas, BPM dan pegawai-pegawai Pengurusan dan Akademik Tingkatan Enam JPN. Bahagian Pengurusan Maklumat, KPM turut memaklumkan bahawa daripada sejumlah 465,781 calon yang menduduki SPM pada Tahun 2009, kira-kira 201,299 murid telah memenuhi kriteria dan layak ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2010. Seterusnya mesyuarat membincangkan Fail Meja Guru Tingkatan Enam dan Fail Meja Penolong Pengarah Tingkatan Enam yang telah dimurnikan.

Pengurusan Pemantauan Pendaftaran Murid ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2010 telah dibincangkan di mana instrumen pemantauan yang telah dimurnikan akan dicetak dan akan digunakan untuk urusan pemantauan mulai 10 hingga 21 Mei 2010.

Analisis Keputusan STPM 2009 peringkat negeri dan kebangsaan telah dibentangkan oleh pegawai akademik JPN Johor dan JPN Melaka. Semua pegawai JPN dipinta untuk membuat pelunjuran pencapaian STPM 2010 dan membentangkannya pada 4 Mei 2010.