Tuesday, January 11, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN TINGKATAN ENAM BIL.1/2010

TARIKH : 26 JANUARI 2010
TEMPAT : BILIK MESYUARAT KEMBOJA, BPSH

Mesyuarat ini disertai oleh pegawai-pegawai Pengurusan dan Akademik Tingkatan Enam dari 16 buah negeri dan juga pegawai-pegawai dari Bahagian. Antaranya termasuklah dari BPM, BPI, BPTV, BPSBPSK dan BP Khas. Mesyuarat ini memberi fokus kepada usaha-usaha menyelaraskan segala input bagi urusan kemasukan murid Tingkatan Enam Bawah Tahun 2010, terutama dari segi penyelarasan pembukaan sekolah saluran dan sekolah pusat Tingkatan Enam. Selain itu memberi perhatian kepada penetapan syarat minimum kemasukan murid ke Tingkatan Enam Bawah 2010 dengan mengambilkira aspek penggredan baru yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Pihak BPM telah menyediakan satu program untuk menetapkan sekolah saluran (feeder school) dan sekolah pusat bagi murid-murid tingkatan lima tahun 2009. Pengemaskinian maklumat akhir calon SPM 2009 akan dibuat pada akhir Februari untuk memastikan kemasukan murid ke Tingkatan Enam Bawah 2010 berjalan lancar melalui sistem ‘on-line’.

Mesyuarat ini juga bertujuan untuk mengumpulkan data dan maklumat guru Tingkatan Enam yang telah dilantik dan yang belum dilantik bagi setiap sekolah untuk mempastikan bekalan guru cukup dan mengikut opsyen.