Tuesday, January 11, 2011

MESYUARAT PENYELARASAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN ENAM SECARA ONLINE 2010

TARIKH : 24-26 MAC 2010
TEMPAT : HOTEL CITY VILLA, KUALA LUMPUR

Mesyuarat yang dianjurkan oleh BPSH ini turut dihadiri oleh pegawai BPM, BPSBPSK, BPTV, BPI serta semua pegawai meja bidang pengurusan Tingkatan Enam JPN seluruh negara. Mesyuarat pada kali ini memberi tumpuan kepada pengumpulan data dan maklumat berkenaan dengan kemasukan murid ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2010. Selain itu, turut membincangkan mengenai urusan:

Pengurangan peruntukan 2010 yang menyebabkan mesyuarat-mesyuarat dirangkumkan dalam satu mesyuarat yang sama bagi menjimatkan perbelanjaan dan memaksimakan input daripada pegawai-pegawai JPN. Ini penting bagi memastikan Pengurusan Tingkatan Enam masih dapat berjalan dengan baik walaupun dalam keadaan kekurangan peruntukan.
KPP dan KU Tingkatan Enam memberi penerangan ringkas berkenaan Government Transformation Programme (GTP) melalui enam NKRA, School Improvement Programme (SIP) dan Trust School (Sekolah Amanah).

Lain-lain perkara yang dibincangkan ialah;
i) Perjawatan Fasa 2 kenaikan pangkat bagi guru-guru Tingkatan Enam,
ii) Pemantauan pendaftaran murid Tingkatan Enam Bawah Tahun 2010,
iii) Fail Meja Guru Tingkatan Enam dan Penolong Pengarah Tingkatan Enam.
iv) Analisis Keputusan STPM dengan melihat kepada cadangan kombinasi subjek untuk calon untuk digunakan oleh pihak sekolah sebagai panduan terutama dalam usaha merancang pakej mata pelajaran yang bersesuaian untuk tujuan permohonan ke IPT.