Tuesday, January 11, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN TINGKATAN ENAM BIL.7/2010

TARIKH : 21-24 SEPTEMBER 2010
TEMPAT : WOODLAND RESORT, KUALA TAHAN, PAHANG

Mesyuarat dihadiri oleh pegawai dari Bahagian-Bahagian KPM yang terlibat dengan pengurusan Tingkatan Enam, pegawai-pegawai pengurusan dan akademik JPN. Turut hadir adalah KPP Pengurusan Sekolah JPN Pahang selaku tuan rumah.

Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini adalah Post-Mortem Kemasukan Murid Tingkatan Enam Bawah 2010 di mana statistik tentang pengambilan murid Tingkatan Enam Bawah 2010. Didapati daripada 465 781 calon mengambil SPM hanya 201 299 yang layak ke Tingkatan Enam Bawah. JPN diminta lebih proaktif dalam membuat hebahan dan promosi bagi mempastikan Tingkatan Enam menjadi antara pilihan utama murid.

Isu-isu pengurusan dan akademik juga disentuh dalam mesyuarat iaitu satu garis panduan pertukaran antara daerah dan antara negeri telah dikeluarkan oleh BPSM. Garis panduan pemakaian pelajar juga telah dikeluarkan oleh Unit Disiplin BPSH, KPM dan telah diperbincangkan.

Perjawatan Guru Tingkatan Enam masih menjadi pokok perbincangan kerana pengisian perjawatan masih belum selesai sehingga kini. Begitu juga masa yang diperuntukkan bagi waktu kokokurikulum Tingkatan Enam yang memerlukan kepada perbincangan lebih lanjut.