Tuesday, January 11, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN TINGKATAN ENAM BIL.5/2010

TARIKH : 22 JUN 2010
TEMPAT : JPN WP PUTRAJAYA

Mesyuarat kali ini juga dijalankan di Pejabat Pelajaran Putrajaya kerana masalah kekurangan peruntukan. Dihadiri oleh semua pegawai akademik dan pengurusan Tingkatan Enam JPN. Mesyuarat dipengerusikan oleh KPP SPSM, BPSH, KPM. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan Pengurusan Tingkatan Enam.

KPP menerangkan bahawa data menunjukkan berlaku penurunan pada penempatan murid Tingkatan Enam Bawah Tahun 2010. Jumlah murid yang mendaftar tidak seperti unjuran yang dirancangkan terutama pengisian murid di SMT yang terlalu rendah dan perlu diberi perhatian yang serius. Masalah lain yang perlu diberi perhatian ialah pendaftaran lewat dan pertukaran jurusan oleh murid.

Pembentangan Unjuran STPM 2011 peringkat negeri dan kebangsaan. Semua pegawai JPN perlu berusaha ke arah meningkatkan prestasi STPM di negeri masing-masing.

Pembentangan Laporan Pemantauan Program Orientasi Tingkatan Enam Bawah 2010. Sebanyak 33 buah sekolah telah dilawati. (kecuali di Sabah, Sarawak dan WP Labuan) Secara keseluruhannya sekolah-sekolah telah melaksanakan program orientasi dengan jayanya terutamanya dari segi perancangan, penjadualan, pelaksanaan slot-slot, pengisian input dan hala tuju pembelajaran di Tingkatan Enam.

Pembentangan awal Persediaan Karnival Pra-U 2010 telah dibuat oleh Pegawai dari JPN Pahang kerana karnival ini akan diadakan di Cherating Bay Resort, Kuantan, Pahang pada 5-8 Julai 2010.