Tarikh :
12 Januari 2009
Tempat :
Seluruh Semenanjung ( PSPN Negeri Kedah )
Bilangan Ahli :
8 Orang Pegawai Sektor Menengah ( Pelaporan ini merujuk kepada Penempatan ke Kedah )
Tujuan :
Pemantauan Program Orientasi GSST ( Men ) ke Negeri-Negeri Terpilih
Pengisian Utama :
Pemantauan Program ini adalah bagi memastikan semua JPN melaksanakan program tersebut, selain mendapat maklumat awal berkaitan dengan bilangan GSST yang melapor dan bilangan GSST yang tidak melapor diri ke JPN masing-masing mengikut surat penempatan yang telah dihantar mengikut negeri. Pemantauan ini juga bagi mendapat makluman berkaitan dengan penempatan yang telah dilaksanakan sebelum ini iaitu pada 10 November 2008 dan 1 Januari 2009 . Pemantauan ini juga adalah khusus bagi penempatan KHAS iaitu seramai 80 orang guru KPLI dari sekolah rendah ditempatkan ke sekolah menengah. Hasil pemantauan ini akan menjadi garis panduan pada Sektor Menengah untuk membuat penambahbaikan dan pelaporan kepada Jawatankuasa Petugas Penempatan.