Thursday, January 15, 2009

PENCALONAN TOKOH GURU


Sempena sambutan Hari Guru 2009. J/Kuasa Hari Guru KPM mengalu-alukan pencalonan bagi anugerah Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan 2009 kepada semua pihak yang berkenaan. Kriteria pemilihan calon Tokoh Guru Kebangsaan hendaklah berasaskan kepada urutan keutamaan seperti berikut:

1.1 Perkhidmatan cemerlang sebagai guru bilik darjah

1.2 Sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan

1.3 Penglibatan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah dan khidmat masyarakat
1.4 Kecemerlangan dalam bidang-bidang lain

2. Calon hendaklah seorang warganegara Malaysia yang dilahirkan di negara ini.

3. Calon Tokoh Guru untuk peringkat kebangsaan seboleh-bolehnya hendaklah dipilih daripada tokoh-tokoh yang telah dianugerahkan gelaran Tokoh Guru Peringkat Negeri.

4. Calon hendaklah berumur 50 tahun atau lebih, sama ada masih berkhidmat ataupun sudah bersara. Walau bagaimanapun, calon yang tidak mencapai had umur tersebut boleh dipertimbangkan jika ia menunjukkan kebolehan pencapaian yang sangat cemerlang.

5. Pemilihan calon boleh juga dibuat ke atas tokoh yang telah meninggal dunia.

6. Calon hendaklah terdiri daripada mereka yang sedang atau pernah berkhidmat sebagai guru (sekurang-kurangnya 5 tahun), pensyarah, pengetua, guru besar atau pentadbir di dalam bidang pendidikan.

7. Pencalonan boleh dikemukakan oleh Jabatan/Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kesatuan/Persatuan Guru.

8. Mereka yang pernah dicalonkan tetapi tidak terpilih, boleh dicalonkan semula.


Maklumat lanjut serta borang pencalonan boleh didapati di laman web rasmi KPM.