Tarikh : 6 Januari 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Dato' KPPM
Bil Peserta : 4 Orang
Taklimat dan pembentangan Kertas Cadangan Perlaksanaan ( OPMEN ) kepada Y.Bhg.Dato' Alimuddin Bin Mohd.Dom selaku Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia adalah bertujuan bagi memohon persetujuan KPPM tentang pelaksanaan sistem ini dan dijangkakan akan dilaksanakan sepenuhnya pada Januari 2009 di seluruh negara.
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah membangunkan satu sistem baru ( OPMEN ) bagi kutipan data menengah berhubung keperluan guru, murid dan kelas bagi menggantikan sistem sedia ada ( Borang M ).Aplikasi yang dibangunkan adalah lebih mantap dalam memberikan output menggambarkan keadaan sebenar khusunya di sesebuah sekolah dan lebih berkonsepkan mesra pengguna.