BPSH adalah salah satu Bahagian KPM yang terlibat dalam Projek Rintis Sistem Pengurusan Aset Alih Online (SPA Online) di bawah Kementerian Kewangan.
BPSH telah dibekalkan dengan peralatan seperti Pengimbas Kod Bar dan Pencetak Kod Bar. Pegawai Aset dan PT Aset BPSH juga telah menghadiri kursus SPA Online anjuran BPPA dengan kerjasama Kementerian Kewangan.
Setakat ini, BPSH telah berjaya mendaftarkan kod-kod lokasi bagi semua bilik dan ruang BPSH di kedua-dua tingkat 3 dan 4. Proses Pendaftaran Harta Modal dan Inventori sedang giat dijalankan dan disasarkan untuk siap sepenuhnya menjelang 1 April 2009.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada pegawai BPPA yang menyelaras projek hebat ini, terutamanya kepada Cik Mas Ayu, En Wahab, En Mustafa, dan En Mizi yang sentiasa sedia membantu kami di BPSH.
Contoh : Satu petang, BPSH melaporkan bahawa printer Zebra untuk mencetak kod bar tidak berfungsi dengan baik. Pada petang itu juga En. Mizi dan seorang rakannya telah turun membantu. Malangnya masih tidak berjaya. Mereka berjanji akan segera melaporkan kepada Cik Mas Ayu dan En Wahab mengenai masalah ini. Esoknya, pagi-pagi lagi, pegawai dari Kementerian Kewangan telah tiba di BPSH untuk membantu membetulkan kembali "setting" pencetak berkenaan.
Kagum. Cepat betul tindakan BPPA. Terima kasih.