Monday, May 28, 2012

MESYUARAT PERTUKARAN GURU SECARA BERPUSAT BAGI PERTUKARAN JUN 2012





Tarikh : 14 – 18 Mei 2012

Tempat : Hotel Kinta Riverfront, Ipoh, Perak
Bil Pegawai BPSH : 8 orang
Bil. Pegawai JPN: 45 orang
Bil.Pegawai SOP, KPM: 6 orang

Mesyuarat Pertukaran Guru Secara Berpusat bagi pertukaran 1 Jun 2012 telah diadakan pada 14 – 18 Mei 2012 di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh, Perak. Mesyuarat tersebut melibatkan 16 JPN bersama dengan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian SOP, KPM. Perlaksanaan proses pertukaran bagi sesi Jun terlebih dahulu disediakan draf keluluan oleh negeri masuk berdasarkan jumlah permohonan yang telah memohon masuk mengikut negeri, negeri akan membuat pilhan kepada calon masuk ke negeri berdasarkan keperluan mengikut perjawatan dan opsyen bagi negeri tersebut. Draf atau pilihan negeri masuk akan menjadi draf kelulusan kepada negeri masuk dan juga sebagai draf pra kelulusan kepada KPM bagi membuat keputusan kepada panel kelulusan mengikut negeri. Perbincangan bersama panel KPM tertumpu kepada calon-calon yang perlu dibawa beradasarkan kes-kes yang perlu disemak semula untuk pertimbangan. Berdasarkan draf kelulusan, panel KPM telah meluluskan 1979 calon (28.9%) daripada 6847 permohonan antara negeri.