Monday, May 28, 2012

MAJLIS ORIENTASI PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KE SARAWAK DAN WP LABUAN BIL.3/2012



Tarikh : 23 – 24 Mei 2012

Tempat : Hotel Pearl International, Kuala Lumpur
Bil Pegawai BPSH : 8 0rang
Bil. Pegawai JPN Sarawak : 10 orang
Bil. Guru Baharu : 824 orang

Penempatan bil. 3/2012 adalah merupakan penempatan ketiga bagi tahun 2012 bagi penempatan ke Sarawak dan WP Labuan. Bagi penempatan kali ini hanya calon PPP yang berasal dari semenanjung ditempatkan ke Sarawak dan WP Labuan manakala PPP yang berasal dari Sabah hanya ditempatkan ke Sabah kerana kedudukan perjawatan di Sabah yang terhad. Pendaftaran PPP bermula di Hotel Pearl International pada 23 Mei 2012 dan taklimat bermula jam 10.00 pagi hingga 10.30 malam. Penerbangan ke Sarawak mulai 24 Jun 2012. Penerbangan pertama ke Sibu dan Bintulu pukul 7.15 pagi manakala penerbangan terakhir ke Kuching pada pukul 7.10 malam. Semua penerbangan diiringi oleh pegawai JPN Sarawak dan PPD Miri, Bintulu, Sibu dan PPD Kuching bagi memastikan perjalan ke Sarawak berjalan lancar terutama bagi urusan dokumentasi.