Monday, April 23, 2012

Majlis Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (MPSM) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang mengadakan Persidangan Kali Ke-51 yang bertemakan Kepimpinan Kreatif Dan Inovatif Menjana Transformasi Pendidikan Negara





Tarikh : 11 - 14 April 2012
Tempat : Hotel The Zenith, Kuantan, Pahang
Bil Peserta : 1454 orang
Perasmian Pembukaan : Dato' Sri Abdul Ghaffar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Perasmian Penutup : Dato’ Mazlan bin Mohamad, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


Objektif persidangan ialah :

a. Meningkatkan tahap profesonalisme kepimpinan pemimpin sekolah menengah

b. Meningkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan sekolah

c. Meningkatkan budaya muafakat dalam kalangan pemimpin sekolah

d. Memperkukuhkan jati diri pengurusan sekolah dalam menghadapi isu dan cabaran pendidikan semasa

Di antara pengisian slot program persidangan ialah :

a. Pembentangan Hasil Kajian Semula Sistem Pendidikan Negara Oleh Project Management Office.

b. Sesi Dialog PMO Bersama Delegasi Persidangan Hasil Kajian Semula Sistem Pendidikan Negara

c. Bicara Profesionalisme “Melindungi Masa Instruksional” oleh Y. Bhg. Tuan Haji Sufaat bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan)

d. Ceramah Korporat “ Kreativiti Dan Inovatif : Perspektif Sektor Korporat Ke Arah Negara Maju” Oleh Dato’ Mohd Hilmi bin Mohd Taib, Pengerusi Eksekutif, Hi Tech Padu Berhad

e. Ceramah Profesional “GTP Pemangkin Daya Saing Negara Dalam Pendidikan Oleh Datuk Fuad bin Hassan, Ketua Pengarah JASA, Jabatan Perdana Menteri

f. Forum Pendidikan yang bertajuk Kepimpinan Kreatif Dan Inovatif Menjana Transformasi Pendidikan Negara yang dipengerusikan oleh Dr. Roslan bin Baki, manakala ahli forum terdiri daripada Dato’ Devamany a/l Krishnasamy, Timbalan Meteri, JPM ; Dr. Amin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar) dan Prof. Dr. Asma Ismail, TNC, USM.