Wednesday, September 28, 2011

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGURUSAN PENDIDIKAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA KALI KE-50 TAHUN 2011







Tarikh : 21 -23 Jun 2011
Tempat : Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya Selangor
Peserta: 900 orang Pengetua seluruh Malaysia

Perasmian : YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia

Perasmian Penutup : YB. Dr. Hj. Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Tema Persidangan : Kepimpinan Holistik Menjana Tranformasi Pendidikan Negara

Matlamat :

Persidangan Kebangsaan Pendidikan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk meningkatkan kecemerlangan pengurusan pendidikan di peringkat sekolah dalam semua bidang kea rah menjadikan sekolah berkualiti, berkesan dan berprestasi tinggi.

Objektif :

i. Meningkatkan tahap profesionalisme kepimpinan pemimpin sekolah menengah agar jurang antara sekolah berprestasi tinggi dan sekolah berprestasi rendah dapat dikecilkan melalui perkongsian amalan terbaik di kalangan Pengetua

ii. Meningkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan sekolah bagi mengekalkan sekolah sebagai pusat pembelajaran cemerlang.

iii. Meningkatkan budaya muafakat dalam kalangan pemimpin sekolah.

iv. Memperkukuhkan jati diri pengurusan sekolah dan memantapkan ketrampilan Pengetua sebagai pemimpin sekolah dalam menghadapi cabaran dan isu-isu pendidikan semasa.

Slot Program :

1. Ucapan Dasar : Y.Bhg. Dato’ Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

2. Ceramah Profesional : Y. Bhg. Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad, mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

3. Ceramah korporat : Y. Bhg. Dato’ Zahri bin Ismail, Pengarah One Malaysia F1 Team dan Y. Bhg. Prof. Dato Wira Dr. Mohd Shukri bin Ab. Yajid, Presiden Kumpulan PTPTL

4. Forum Pendidikan : Y. Bhg. Tan Sri Dr. Asiah Abu Samah, mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ; Dato’ Profesor Dr. Jamil Maah, Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya dan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia