Tuesday, September 27, 2011

MESYUARAT PENYELARASAN DATA OPMEN BIL. 3/2011 BPSH BERSAMA SEMUA JABATAN PELAJARAN NEGERI



Tarikh : 22 - 25 Ogos 2011
Tempat : Hotel Coronade, Kuala Lumpur
Bil Ahli : 45 Orang


Mesyuarat adalah bagi menyelaras data OPMEN pada peringkat KPM berdasarkan kepada data berakhir pada 31 Julai 2011. Berdasarkan kepada makluman dan data ini BPSH akan dapat melaksanakan beberapa keputusan yang penting berkaitan dengan kedudukan guru mengikut semua negeri bagi tujuan penempatan pada 3 Oktober 2011, iaitu kumpulan DPLI-PPC pelbagai opsyen yang tamat kursus pada Jun 2011. Selain itu beberapa makluman penting yang menjadi agenda BPSH setiap kali kutipan data dapat digunakan selepas makluman berkaitan kedudukan data dapat disahkan oleh semua JPN bersama dengan BPSH.