Tuesday, September 27, 2011

PENGLIBATAN MENENGAH DALAM JAWATANKUASA UNJURAN KEPERLUAN GURU KPM BIL 2/2011





Tarikh : 19 - 22 September 2011
Tempat : Hotel Copthorne, Pulau Pinang
Pegawai : En Zanol Bin Haji Awang

Sektor Pengurusan Sekolah Menengah telah memberi kerjasama yang sepenuhnya sepanjang perbengkelan bagi unjuran keperluan guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Program dimulakan dengan lawatan audit keperluan guru di Pusat Permata Negara (PPN) bagi Program Permata Negara dan ke SMK Pokok Sena bagi perjawatan bagi sekolah menengah, tujuan utama lawatan ialah bagi melihat perjawatan sedia ada dan dari segi keperluan sebenar sekolah menengah. Selain itu beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh sektor menengah, antaranya ialah:

i) Isu lebihan guru sedia ada bagi beberapa opsyen tertentu.

ii) Isu sekolah menengah yang akan melaksanakan subjek Teknik dan Vokasional

iii) Isu Tingkatan 6 berhubung dengan guru Akedemik

iv) Isu guru Pendidikan Khas Kelas Intergrasi

v) Isu Guru JQaf Menengah

vii)Isu Latihan Guru sedia ada( Intervensi)