Saturday, December 4, 2010

Program Peningkatan Profesionalisme Guru Pedalaman Sabah dan Sarawak Tahun 2010



Tarikh : 7 - 10 November 2010
Tempat : Hotel One Borneo (Sabah) dan Hotel Regency (Sarawak)
Bil Peserta : 100 (Sabah) 80 (Sarawak)
Vip : En Aidie Bin Haji Jantan

Program Peningkatan Profesionalisme Guru Pedalaman adalah program yang julung-julung kali diadakan bagi kedua-dua negeri tersebut bagi guru pedalaman. Program ini merupakan program peningkatan profesionalisme kepada guru pedalaman dan pihak urusetia bersama BPSH dan JPN Sabah dan Sarawak telah menyediakan slot-slot profesionalisme khusus kepada semua guru-guru pedalaman bagi kedua-dua negeri. Program ini sangat memberi impak positif terhadap semua guru pedalaman dan semua peserta sangat mengalu-alukan program ini dan berharap pihak KPM boleh melaksanakan secara tetap dan menjadi program khusus kepada guru pedalaman bagi negeri Sabah dan Sarawak. Semua peserta adalah dari semua sekolah dikawasan pedalaman 3, 2, dan 1 bagi kedua-dua negeri bagi Sabah dan Sarawak.