Saturday, December 4, 2010

Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST)Bil.5/2010



Tarikh : 22-25 November 2010
Tempat : Hotel Gold Course, Kelang Selangor
Bil Ahli : 235 Orang
vvip : En Aidie Bin Haji Jantan / En AB.Rahim Othman

Penempatan dilaksana secara berpusat bagi GSST ke Sabah dan Sarawak dan seluruh negara bermula pada 22 November 2010. BPSH menyelaraskan penempatan ke Sabah dan Sarawak bagi menguruskan sesi taklimat secara berpusat dan pengurusan ke KLIA dan seterusnya mengiringi semua GSST ke negeri Sabah dan Sarawak sehingga diserahkan secara rasmi kepada kedua-dua JPN berkenaan. BPSH juga berpuas hati dengan pelaksanaan program orientasi bagi guru baru bagi kedua-dua negeri yang dilaksanakan secara seentak. Program ini banyak membantu guru baru/permulaan bagi memulakan kerjaya sebagai guru baru.