Saturday, December 4, 2010

KARNIVAL PRA-U SEKOLAH-SEKOLAH TINGKATAN ENAM 2010


Penyerahan Resolusi Tingkatan Enam kepada Y.Bhg.Dato' Noor Rezan bt. Bapoo Hashim


Aktiviti Eksplorasi Minda di tepi pantai



Bahas Mini-Parlimen di Dewan Cherating Bay Resort, Kuantan, Pahang

TARIKH : 5-8 JULAI 2010
TEMPAT : CHERATING BAY RESORT, PAHANG

Karnival ini disertai oleh 602 orang peserta termasuk 50 orang urusetia. Dengan tema”Pra-U Pemangkin Kecemerlangan Masa Depan” ia dijalankan dengan merangkumi beberapa aktiviti-aktiviti mengikut konsep karnival. Antaranya ialah Kolokium penyelidikan dan kajian, bahas mini parlimen, mengacara majlis, eksplorasi minda, jati diri, ‘team-building’ wacana ilmu, selangkah menuju puncak menara dan ceramah kenegaraan.

Objektif karnival ini adalah untuk menyediakan bakal mahasiswa dan mahasiswi yang berdaya maju, berinovasi, berdikari, bertanggungjawab, berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kurikulum dan kokokurikulum. Karnival ini juga diharapkan dapat memberikan pendedahan dan pengalaman kepada peserta tentang aspek pengurusan masa, pengurusan majlis, perdebatan/perbahasan dan pengucapan awam.

Selain itu, ia dapat menyediakan bakal mahasiswa dan mahasiswi dengan semangat kerjasama, motivasi, keyakinan dan menanamkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan yang pelbagai serta menghormati pegangan kepercayaan masing-masing.