Sunday, May 2, 2010

PROGRAM ORIENTASI GSST BIL 2. 2010 OLEH KPM DAN JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH


Tarikh : 27 - 29 April 2010
Tempat : Hotel Beverly, Kota Kinabalu
Bil Ahli : 100 Orang(Pegawai dan GSST)
Program Orientasi GSST Bil2. 2010 bagi JPN Sabah di teruskan di Hotel Beverly, Kota Kinabalu dan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah JPN Sabah, turut hadir Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah dan Pegawai-pegawai dari JPN Sabah, khususnya sektor pengurusan Sklah Menengah. Program Orientasi di peringkat negeri lebih kepada perkhidmatan sebagi guru, surat pelantikan dan surat penempatan, maklumat awal berkaitan budaya dan pengetahuan asas masyarakat dan etnik-etnik di Sabah. Melalui program ini juga GSST diperkenalkan dengan semua wakil bagi PPD seluruh Sabah bagi tujuan kebajikan kepada bakal-bakal guru yang akan mengajar di seluruh Sabah seperti tempat tinggal dan sebagainya. Melalui program ini juga berlansungnya majlis penyerahan calon GSST kepada JPN Sabah secara rasminya oleh KPP BPSH dan JPN Sabah.