Sunday, May 2, 2010

LAWATAN KE SEKOLAH PEDALAMAN DAN SEKOLAH-SEKOLAH PULAU DI PEJABAT PELAJARAN KUDAT, JABATAN PELAJARAN SABAH



Tarikh : 29 April 2010
Masa : 8.00 am 2.00 pm
Tempat : SMK Pulau Banggi, Kudat

Jabatan Pelajaran Sabah mencadangkan SMK Pulau Banggi bagi kategori sekolah Pedalaman Pulau bagi negeri Sabah. SMK Pulau Banggi adalah satu-satunya sekolah pedalaman kategori pulau di Pulau Banggi dan menjadi fedder scholl kepada 14 sekolah rendah di Pulau Banggi. Secara keseluruhan sekolah ini agak memuaskan dari segi pengurusan sekolah, bekalan guru dan kemudahan asas yang lain. Memandangkan sekolah ini berada jauh di pulau maka selalu berlaku gangguan dari segi bekalan air untuk sekolah, terutama asrama sekolah dan guru serta semua warga sekolah dan hanya menerima bekalan elektrik melalui generator. Walau bagaimana pun semangat semua guru-guru sekolah ini boleh dibanggakan kerana mereka sangat gigih dan bersemangat walaupun secara dasarnya berada jauh di pulau dan masih serba kekurangan..Syabas kepada semua warga SMK Pulau Banggi...