Sunday, May 2, 2010

PROGRAM LAWATAN KE SEKOLAH KELAS RANCANGAN KHAS(KRK), DAN SEKOLAH MENUMPANG BAGI PPD KOTA BELUD, SABAH



GAMBAR BERSAMA STAF SMK LANGKON
KATEGORI SEKOLAH MENUMPANG



SMK KOTA BELUD 2
KELAS RANCANGAN KHAS(KRK)

Tarikh : 28 April 2010
Masa : 8.00 am - 5.00pm
Tempat : SMK Kota Belud 2 dan SMK Langkon.

Kesempatan berada di negeri di bawah bayu, rombongan KPM yang diketuai oleh KPP Menengah telah membuat lawatan rasmi ke beberapa buah sekolah menengah yang mempunyai kreateria tertentu seperti Kelas Rancangan Khas (KRK) bagi SMK Kota Belud 2. Program ini di atur lebih awal memandangkan KRK di Sabah adalah merupakan Program baru dan hanya baru bermula mulai tahun lepas 2009. Bagi ujuan itu JPN mencadangkan SMK Kota Belud 2 yang mempunyai 2 kelas rancangan khas.

Seterusnya rombongan KPM bergerak pula ke SMK Langkon, merupakan sekolah ketogori menumpang yang mana sekolah ini menumpang sejak tahun 2000 iaitu sudah 10 tahun tanpa bangunan sendiri. Untuk makluman SMK Langkon menumpang bangunan SK Langkon yang beroperasi pada sebelh pagi dan SMK Langkon beroperasi pada sebelah petang. Seklah yang serba kekurangan ini sangat-sangat memerlukan bangunan sendiri dan ahli rombongan telah berbincang dengan pengurusan sekolah, Jabatan Pelajaran Sabah dan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud bagi tujuan mencari penyelesaian.