Thursday, April 30, 2009

TAKLIMAT PEMANTAPAN MS ISO 9001 : 2008 KUMPULAN SOKONGAN BHG/JPN DANPPD

Taklimat diadakan di MayTower Hotel, Kuala Lumpur pada 27 - 29 April 2009. Taklimat ini penting untuk keberkesanan pelaksana MS ISO 9001 : 2008. Taklimat ini juga dapat memantapkan dokumen dan bagi memastikan ia dapat dilaksana bagi Tahun 2009. Taklimat ini juga dapat menambah baik terhadap semua temuan Laporan Audit. Disamping itu penambahbaikan Sistem Rekod Pengurusan Fail telah juga diberi pendedahan oleh Tn Hj. Mohd Yazid Buntal dari PPD Kuala Pilah. Semua peserta yang hadir terdiri dari Bahagian Pngurusan Sekolah Harian, JPN dan beberapa peserta dari PPD. Keramaian peserta seramai 70 orang.

Wednesday, April 29, 2009

MESYUARAT PENYELARASAN TEKNIKAL OPMEN BAGI SEMUA PEGAWAI DATA JPN BERSAMA J/KUASA TEKNIKAL OPMEN KPM BIL. 1/2009


Tarikh : 26 - 29 April 2009
Tempat : Federal Hotel, Kuala Lumpur
Bil Ahli : 40 Orang

Mesyurat adalah bertujuan bagi menyelaraskan data pergerakan guru mengikut negeri berdasarkan kepada isu Arahan Pertukaran dan Penempatan Semula serta Pertukran Antara Bahagian-Bahagian KPM. Mesyuarat juga memutuskan bagi melaksanakan pembersihan data OPMEN bagi menangani beberapa Isu-Isu berbangkit terutama kepada 4 opsyen setakat ini iaitu Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Islam dan Pendidikan Khas bagi semua negeri. Panduan pelaksanaan disediakan sebagai rujukan kepada negeri.

Monday, April 27, 2009

Kursus TOT Pengurusan Aset Alih dan Stor



Perkara :
Kursus Kejurulatihan (T.O.T) Pengurusan Aset Alih dan Stor Kerajaan

Penganjur :
Anjuran bersama BPPA dan INTAN Sabah

Tarikh :
26-30 April 2009

Tempat :
Kampus INTAN Sabah

Kehadiran :
Pegawai Aset dan Stor Bahagian KPM, JPN dan IPGM

Perasmian :
Y.Bhg. Dato' Fatimah bt Md. Deni TKSU (Pembangunan) KPM

Antara isi ucapan perasmian :
  1. Patuhi arahan Menteri Pelajaran supaya dikurangkan formaliti. Dalam ucapan, hadkan solutasi kepada 2 atau 3 orang sahaja. Selainnya disapa dengan"hadirin dan hadirat",
  2. Kursus ini dijalankan tepat pada waktu. Dalam krisis ekonomi masa kini, aset kerajaan perlu diurus dengan baik untuk memastikan penjimatan dan mengelakkan pembaziran,
  3. Faedah pengguna perlu menjadi pertimbangan utama dalam perolehan aset, bukannya tekanan daripada pembekal,
  4. Tadbir urus aset yang baik merupakan tuntutan amanah kerana wang yang digunakan adalah wang rakyat yang terhasil daripada cukai yang dibayar,
  5. Perancangan teliti amat perlu kerana KPM menerima peruntukan paling besar (RM2.8B untuk pembelian harta modal dan RM172 juta utuk penyelenggaraan). KPM juga harus bersedia sekiranya peruntukan dikurangkan 10% pada tahun hadapan jika ekonomi negara tidak puih,
  6. Elakkan perancangan ad-hoc, data yang tidak seragam, tidak lengkap. Kemelut ini bakal mengundang SPRM, Jabatan Audit Negara untuk menjalankan penyiasatan.
  7. Pastikan Ketua Bahagian mengambil berat mengenai pengurusan aset bahagian. 
  8. Semua peserta kursus perlu bersedia kerana dengan kehadiran mereka ke kursus ini, bermakna mereka adalah dilantik sebagai jurulatih yang akan menyebarkan ilmu, mengadakan kursus kepada agensi-agensi di bawah kawalan mereka.   

Mesyuarat JKPAK KPM Bil.2/2009

Perkara :
Mesyuarat JK Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) KPM Bil.2/2009

Tarikh :
24 April 2009 / Jumaat / 9.00 pagi 

Tempat :
Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 6, Blok E8

Pengerusi :
Y.Bhg Dato' Fatimah bt Md. Deni, TKSU (Pembangunan)

Kehadiran BPSH :
Tn Hj Zulkifly bin Mohd Wazir, Pengarah BPSH

Isi utama :
  1. Semua bahagian perlu memastikan aset diurus dengan sempurna,mengelakkan pembaziran dan memaksimakan penggunaan.
  2. Semua laporan perlu dihantar ke BPPA / Kementerian Kewangan mengikut jadual.
  3. Ketua Bahagian perlu memberi keutamaan menghadirkan diri dalam mesyuarat-mesyuarat utama berkaitan aset yang sekali gus menggambarkan keprihatinan mereka terhadap perkara ini.  

Mesyuarat Kali Ke 4 Jawatankuasa Pengelola Perayaan Hari Guru Kebangsaan 2009

Mesyuarat Kali Ke 4
Jawatankuasa Pengelola Perayaan Hari Guru Kebangsaan 2009

Tarikh : 23 April 2009 jam 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Kemboja BPSH
Pengerusi : Tuan Haji Zulkifli bin Haji Mohd Wazir
Pengarah BPSH
Tujuan :
Mesyuarat adalah bertujuan untuk memantau status tindakan oleh jawatankuasa kerja dan jawatankuasa pelaksana.

Catatan :

Semua keputusan pertandingan dan anugerah telah diterima oleh pihak urus setia. Mesyuarat yang turut dihadiri oleh semua Setiausaha-Setiausaha Perayaan Negeri telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Zulkifly Mohd Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Mesyuarat juga di hadiri oleh YBhg. Dato’ Alimuddin Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dr. Khair b. Mohamad Yusof, Pengarah Institut Aminudin Baki, dan Encik James Alip, Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum.

Acara-acara yang akan dianjurkan sempena dengan majlis pelancaran ialah:
Pameran Pendidikan pada 13 – 17 Mei 2009 di Terengganu Trade Centre
Bahas Guru pada 15 Mei 2009 (jam 0900) di Institut Perguruan Dato’ Razali Ismail
Forum Pendidikan pada 15 Mei 2009 (1500) di Wisma Darul Iman

Mesyuarat seterusnya menetapkan bahawa:

1. Teks perutusan Menteri dan KPPM hendaklah disediakan pada 30 April 2009. Teks ini perlu disemak oleh Menteri dan KPPM terlebih dahulu bagi mengelak pindaan berlaku pada hari rakaman.

2. Hanya kata alu-aluan Pengarah BPSH sahaja yang diterima oleh JK Buku Cenderamata. JPN Terengganu telahpun menyerahkan draf kata alu-aluan Pengarah negeri Terengganu dan Menteri Besar Terengganu untuk disemak.

3. BTP bersetuju untuk menyerah gerai (booth)nya untuk tujuan pameran kerja hasil inovatif guru yang berjaya menerima Anugerah Inovatif Guru anjuran BPK.

4. Latar pentas cadangan ke tiga diterima dengan pindaan untuk digunapakai sebagai latar pentas Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru 2009.

5. Syarikat Utusan Melayu (Malaysia (Bhd) bersedia untuk merubah rekabentuk kain rentang dan banting supaya lebih bersesuian dengan perayaan.

6. Surat pindaan maklumat acara penyampaian hadiah di majlis pertandingan Bahas Guru dan Majlis Makan Negeri perlu dikeluarkan dengan segera bagi memaklumkan pindaan.

7. Maklumat penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan, Tokoh Kempimpinan Pendidikan dan Tokoh Khas Kepimpinan Pendidikan perlu disertakan dengan surat makluman rasmi kepada BTP.

8. Format persembahan multi media penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan, Kepimpinan Pendidikan dan Khas Kepimpinan Pendidikan dipersetujui bagi tempuh 2 minit setiap seorang. Perarakan penerima anugerah hendaklah ditiadakan.

9. Persembahan multi media Perdana Menteri dipersetujui supaya diadakan sebelum ucapan perasmian.

10. Dipersetujui hakim-hakim yang menelai Anugerah Guru KMT dan Pemimpin KMT diberikan saguhati. Kadar saguhati diserahkan kepada pihak urus setia.

11. Jemputan kenamaan untuk acara pameran hendaklah diuruskan oleh pihak urus setia. Pihak pengelola hanya perlu mencadangkannya sahaja.

Friday, April 24, 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL KPM BERSAMA PEGAWAI DATA OPMEN PPD SELURUH NEGARA BIL. 1/2009

Tarikh : 22 - 24 April 2009
Tempat : Hotel Brisdale, Kuala Lumpur
Bilangan Perserta : 230 Orang

Mesyuarat adalah bertujuan bagi menyelaras kutipan data OPMEN seluruh negara. Mesyuarat juga bersetuju bagi melaksanakan kaedah kutipan yang sama seperti SOP KPM, melalui mesyuarat ini bengkel pelaksanaan kutipan OPMEN di peringkat PPD telah ditetapkan.

Thursday, April 23, 2009

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Ke BPSH



13 April 2009 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah menerima kunjungan lawatan kerja oleh YB. Dr. Mohd. Puad bin Zarkhasi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia yang baru.

Beliau telah diberikan taklimat oleh Pengarah Bahagian berkenaan fungsi dan peranan BPSH dalam struktur organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Di dalam sesi pertemuan tersebut beliau telah berkesempatan bertukar-tukar fikiran dengan semua pegawai BPSH bagi memenuhi hasrat dan cita-cita YAB. Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Tuesday, April 21, 2009

Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. BPSH



Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. peringkat BPSH telah diadakan pada hari jumaat 10 April 2009 bersamaan 14 Rabiul Akhir 1430 Hijriah. Badan Kebajikan dan Sukan bersama Puspanita BPSH telah mengelolakan majlis berkenaan.

Majlis ditambah keberkatan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Tn Hj saari Mian. Penceramah jemputan pula adalah y.bhg Ustaz Ahamd Husni Dato' abdul Rahman daripada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan. Beliau telah memberikan ceramah yang amat berkesan kepada hati pendengar mengenai perawakan dan sifat fizikal Rasulullah S.A.W.

Semoga sambutan sebegini akan menambah kecintaan kita warga BPSH terhadap Rasulullah S.A.W. Amin...


Mesyuarat JPKA SOP (JPN) Bil.2/2009



Perkara :
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Sektor Operasi Pendidikan (Jabatan Pelajaran Negeri) Bil.2/2009

Tarikh :
19-21 April 2009

Tempat :
Hotel Everly, Melaka

Kehadiran :
Pegawai-pegawai Sektor Pengurusan dan Pembangunan JPN

Pengerusi :
Tn Hj Zulkifly bin Mohd Wazir, Pengarah BPSH

Urus Setia :
Unit Kewangan Sektor PKICT

Objektif :
  1. Melaporkan prestasi kewangan dan perkaunan JPN untuk suku tahun pertama 2009 (Jan-Mac)
  2. Mengemukan masalah berkaitan pengurusan kewangan dan aset yang dihadapi oleh JPN untuk diangkat ke pengetahuan pengurusan tertinggi KPM
  3. Mempertemukan JPN dengan Bahagian-Bahagian di bawah SOP yang bertanggungjawab menurunkan waran peruntukan kecil kepada JPN
  4. Mengenal pasti amalan terbaik "best practices" dalam pengurusan kewangan dan aset di JPN untuk dikongsi dan dimanfaatkan bersama.

MESYUARAT KETUA SEKTOR SPPK JPN DENGAN SPKD, BPSH


MESYUARAT
KETUA SEKTOR SPPK JABATAN PELAJARAN NEGERI
DENGAN SEKTOR PENGURUSAN KAUNSELING DAN DISIPLIN (BPSH)

Tarikh :
15 – 17 April 2009

Tempat :
Hotel Putra Brasmana
Kuala Perlis

Pengerusi :
Haji Mohd Anuar bin Haji Abdul Hamid
Ketua Sektor Pengurusan SPKD (BPSH)

Tujuan :
Selama dua malam Ketua-ketua Sektor telah didedahkan dengan program dan aktiviti yang dianjurkan oleh SPKD pada tahun 2009 disamping isu-isu semasa pengurusan Adu Disiplin, Bimbingan dan Kaunseling dan Disiplin. Turut serta dalam mesyuarat ini ialah wakil dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Khas, dan Bahagian Sekolah Berasrama Penuh & Kluster. Beberapa pandangan telah dikemukakan oleh ahli-ahli mesyuarat untuk dipertimbangkan oleh pihak kementerian bagi mempertingkatkan pengurusan murid dalam bidang bimbingan dan kaunseling, dan disiplin. Ketetapan mesyuarat kali ini adalah seperti berikut:

1. JNJK memaklumkan bahawa lantikan kaunselor sepenuh masa tidak dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak JPN. Sekolah terpaksa melaksanakan lantikan dalaman.

2. Kes aduan hendaklah dikendalikan melalui saluran JPN dan PPD supaya maklumat yang diperolehi lebih adalah tepat dalam konteks isu setempat.

3. Bagi membolehkan latihan kepada kaunselor dan Pengetua/Guru Besar dapat dilaksanakan secara meluas, peruntukan OS 29000 hendaklah dibekalkan kepada JPN.

4. Didapati ramai dalam kalangan Pengetua dan Guru Besar tidak memahami keperluan pelaksanaan kaunseling di sekolah. Banyak kejadian salah faham mengenai dasar pengurusan kaunseling oleh pentadbir sekolah mengganggu kelancaran dan keberkesanan kaunseling dalam mengurus pembangunan murid.

5. Agensi luar perlu menyediakan peruntukan makan, penginapan dan pergerakan guru pengiring dalam merancang kegiatan yang melibatkan murid.

6. Peruntukan yang dibekalkan oleh KPM kepada JPN, PPD dan sekolah untuk maksud kegiatan murid dalam bidang HEM hendaklah dikendalikan secara khusus dan berasingan dari bidang kokurikulum.

7. Peraturan disiplin dalam Akta 550 (Pelajaran) hendaklah dipercepatkan bagi menangani isu disiplin semasa. Peraturan sedia ada (Ordinan Pelajaran 1956, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah 1957) didapati tidak menepati untuk digunakan bagi penyelesaian isu disiplin hari ini.

8. Aduan-aduan yang diterima oleh KPM disalurkan kepada bahagian dan jabatan berkaitan untuk siasatan. Unit Pendaftaran dan Perhubungan di Sektor Pengurusan Sekolah JPN dijadikan sebagai focal point di negeri. Unit ini juga dijadikan focal point bagi mengumpul dan menyelaras maklumat bencana alam sekolah.

9. Perlu diadakan kajian bagi mengenalpasti dengan tepat faktor-faktor yang menyebabkan murid terlibat dalam kegiatan salahlaku disiplin.

10. Pelaksanaan hukuman rotan perlu dilihat sebagai tindakan mendidik tetapi bukan sebagai hanya sebagai tindakan hukuman.

11. Sekolah diminta supaya melaporkan semua kejadian salahlaku murid. Laporan tidak sepatutnya dijadikan sebagai kelemahan pentadbiran sehingga menjejas prestasi kenaikan pangkat Pengetua dan Guru Besar sekolah berkaitan.

12. Penglibatan murid dalam kegiatan jenayah ialah 0.03%. Hanya 27% murid ini terlibat dalam kegiatan jenayah kekerasan dan selainnya dalam jenayah harta benda.

13. Peruntukan disiplin (Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin) disediakan untuk semua sekolah. Walaupun begitu peruntukan lain (kokurikulum dan sukan) disediakan secara khusus dan berasingan untuk sekolah-sekolah dibawah pengurusan BPI, BSSK dan JP Khas.

14. Pegawai risik polis hendaklah dilibatkan dalam program dan aktiviti latihan literasi undang-undang.

15. Pihak JPN perlu mengadakan mesyuarat dengan pihak MCPF bagi memanfaatkan peruntukan dari pihak berkenaan.

16. Bahagian latihan di kementerian (IAB dan BPG) perlu memberi ruang kepada penerangan mengenai dasar pengurusan semasa dalam bidang seperti disiplin, bimbingan dan kaunseling, kokurikulum, kebajikan murid dan kesihatan.

17. Kursus literasi undang-undang hendaklah juga diberikan kepada pentadbir sekolah, PPD dan JPN.

18. Pegawai kewangan HEM hendaklah dilantik untuk mengawal dan memantau peruntukan-peruntukan yang dibekalkan kepada JPN dalam bidang ini.

19. Pihak JPN perlu jelas berhubung dengan fungsi kaunselor pentadbiran dan kaunselor murid.

20. Kaunselor sekolah tidak perlu berdaftar sebagai pengamal kaunselor kerana mereka berfungsi sebagai guru dan memberi khidmat hanya kepada murid sekolah.

21. Pergerakan guru (kaunselor) ke luar sekolah adalah atas sokongan dan kebenaran Pengetua dan Guru Besar sekolah masing-masing.

22. Panduan bimbing di sekolah rendah perlu diwujudkan secara menyeluruh dan komprehensif supaya guru yang dilantik dapat berperanan dengan lebih berkesan dan berkesinambungan dengan kaunselor di sekolah menengah.

23. Penegasan pelaksanaan bimbingan dan kaunseling perlu dilakukan juga didedahkan kepada Pengetua dan Guru Besar bagi memastikan program dan aktiviti dapat dikendalikan dengan sokongan penuh di peringkat sekolah.


Friday, April 17, 2009

Selamat Bersara Tn Hj Ibrahim



Tn Hj Ibrahim bin Ahmad, Timbalan Pengarah (Murid) BPSH telah "punch out" buat kali terakhir di BPSH pada petang 10 April 2009.
Sebelum daripada itu, satu majlis ringkas penyerahan tugas TP(M) telah dijalankan di ruang legar pejabat pengarah BPSH.
Semua warga BPSH tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat bersara kepada Tn Hj Ibrahim.

Pemeriksaan Mengejut Stor BPSH


Tuan Pengarah BPSH, Tn Hj Zulkifly bin Mohd Wazir telah menjalankan pemeriksaan mengejut ke stor peralatan pejabat BPSH pada 13 April 2009.

Daripada pemerhatian beliau, stor peralatan pejabat telah diurus dengan baik. Beliau berharap agar stor-stor lain (stor peralatan ICT, fail dll) juga dapat dipertingkatkan kekemasannya. Beliau juga mengarahkan agar semua kad petak J4 dilengkapkan dan dilekatkan di tempatnya. 

Tuesday, April 14, 2009

PEMANTAUAN GURU SANDARAN SISWAZAH TERLATIH BIL. 3/2009 NEGERI MELAKA


Tarikh : 14 April 2009
Tempat : SMK Ayer Keroh & SMK Munshi Abdullah
Bil Ahli : 2 Pegawai KPM(Men) & 2 Pegawai JPN Melaka

Pemantauan GSST adalah bertujuan memantau program orientasi guru baru bagi penempatan ke Melaka seamai 7 orang. Pemantauan bagi memastikan JPN dan PPD melaksanakan program yang telah dirancang oleh BPSH.(Men)KPM. Program orientasi ini adalah bertujuan bagi memastikan semua GSST yang beru ditempatkan mendapat maklumat awal berkaitan dengan profesion perguruan, perkhidmatan dan peranan guru baru di sekolah selain bagi memastikan semua guru baru yang ditempatkan bersedia untuk menjalankan tugas dengan baik.

Pemantauan Pengurusan Kewangan dan Akaun JPN Sabah


Perkara :
Pemantauan Pengrusan Kewangan dan Akaun JPN Sabah

Tarikh :
8 April 2009

Pengisian :
Lawatan pemantauan ke JPN Sabah dilakukan untuk memantau pengurusan kewangan dan akaun JPN Sabah. Lawatan juga melibatkan pemantauan terhadap tatacara pengurusan sebut harga yang dilaksanakan oleh JPN Sabah.

Bengkel Pengurusan Kewangan Cemerlang Peringkat Negeri Pahang



Perkara :
Bengkel Pengurusan Kewangan Cemerlang Sekolah-sekolah Negeri Pahang

Tarikh :
2 April 2009

Tempat :
SMK Bukit Rangin, Kuantan, Pahang

Pengelola :
BPSH & JPN Pahang

Pengisian :
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada SK dan SMK Negeri Pahang terhadap pengurusan kewangan dan akaun yang cemerlang.
Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Pembantu Tadbir SMK Bukit Rangin, Pn Normah bt Jais.
SMK Bukit Rangin telah dipilih sebagai tuan rumah kerana sekolah berkenaan telah memenangi tempat ke-3 Pertandingan Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan dan Akaun Kebangsaan tahun 2009.
Peserta yang hadir adalah terdiri daripada pengetua dan guru besar 29 buah sekolah negeri Pahang yang mendapat sijil audit berteguran 2007.

Monday, April 13, 2009

MESYUARAT PENGURUSAN MODUL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEK REN BPSH. KPM


Tarikh : 13 - 16 April 2009
Tempat : Hotel Ancasa, MITC Melaka
Bil Ahli : 80 Orang Kaunselor dan Urusetia

Mesyuarat adalah bertujuan menyediakan Modul Perkhidmatan Bimbngan dan Kaunseling (B&K) Sekolah Rendah. Modul adalah sebagai rujukan dan panduan kepada Guru B&K di semua sekolah rendah seluruh negara. Panduan ini bagi membantu guru B&K untuk melaksanakan perkhidmatan B&K di semua sekolah rendah. Modul mengandungi bidang Akademik, Kerjaya, Psikososial dan Kesejahteraan Mental, Keibubapaan, Pembanggunan Diri Murid dan Pendidikan Pencegahan.

Thursday, April 9, 2009

MESYUARAT PEMERIKSAAN ABM PERJAWATAN (B41)TAHUN 2010 BAGI SEKOLAH MENENGAH DIBAWAH KPM BAGI WP KUALA LUMPUR DAN NEGERI SEMBILAN

Tarikh : 7 & 8 April 2009
Tempat : Hotel Emperor. Melaka
Bil Ahli : Semua Bhg-Bhg KPM dan Pengurusan Sekolah Negeri.

Mesyuarat ini adalah bertujuan bagi menyelaraskan semakan kelulusan ABM perjawatan bagi tahun 2010 bagi negeri WP Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Pembentangan ini di Pengerusikan oleh Pn Faridah Awang dari BPSM dan pegawai-pegawai dari BPSM. Pembentangan ini bagi kelulusan perjawatan bagi tahun 2010 bagi semua perjawatan guru dan bukan guru.

Monday, April 6, 2009

Pemantauan Pengurusan Kewangan, Akaun dan Aset Alih JPN Pahang




Perkara :
Pemantauan Pengurusan Kewangan, Akaun dan Aset Alih JPN Pahang, PPD Temerloh dan Sekolah Harian di bawah kawalan JPN

Tarikh :
31 Mac hingga 2 April 2009

Tempat Lawatan :
PPD Temerloh
JPN Pahang

Ketua Pasukan :
Tn Hj Mustafa bin Sidi, KPP PKICT

Rasional Lawatan :
  1. BPSH adalah penyelaras pengurusan kewangan Sektor Operasi Pendidikan yang melibatkan 7 Bahagian dan 16 JPN.
  2. Dari sudut Perjanjian Program, BPSH bertanggungjawab menyelaras dan memantau 5 aktiviti utama iaitu Pendidikan Menengah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah, Asrama Harian dan Pentadbiran Negeri.
  3. Manakala dari sudut pengurusan aset alih kerajaan, BPSH perlu melakukan pemantauan ke atas agensi bawahannya sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

Tujuan :

1. Memantau pengurusan kewangan, akaun dan aset alih di JPN, PPD dan sekolah dengan memberi fokus kepada :
  • Pengurusan Mesyuarat JPKA JPN,
  • Pengurusan Pesanan Tempatan (L.O),
  • Pengurusan Pembayaran bil tidak melebihi 14 hari,
  • Pengurusan Stor dan Aset Alih Kerajaan,
  • Pengurusan Waran Peruntukan Kecil

2. Mengenal pasti amalan terbaik "best practices" JPN berkaitan pengurusan kewangan, akaun dan aset alih kerajaan, untuk dikongsi bersama JPN lain dalam mesyuarat JPKA.


Wednesday, April 1, 2009

Mesyuarat & Bengkel Semakan Kertas Makluman Dan Kertas Cadangan e-GTukar dan Isu-Isu Pertukaran & Penempatan

Tarikh : 01 April 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat Nilam .BPSH
Bil Ahli : 10 Orang
Mesyuarat adalah bertujuan bagi membuat semakan terhadap kertas makluman dan kertas cadangan berhubung dengan e-GTukar dan Isu-isu berhubung dengan penempatan dan pertukaran. Antara isu-isunya ialah terdapat unsur dan kecenderungan guru-guru menggunakan pengaruh luar bagi tujuan penempatan dan pertukaran. Kertas ini bagi tujuan memaklumkan kepada Mesyuarat Profesional KPM berhubung perkara tersebut.